Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMOHA FAQs

  

1: Bagaimanakah cara Memohon bagi mendapatkan lesen rampaian?

2: Bagaimanakah cara memohon bagi membahrui lesen rampaian?


3: Bagaimanakah cara memohon tukar milik rumah / bangunan kampong ayer?


4: Bagaimanakah cara memohon membahrui / membaiki / menambah / ubahsuai rumah?


5: Bagaimanakah cara memohon membangun teratak sementara?

6: Bagaimanakah cara memohon lesen perniagaan di kawasan Bandar Seri Begawan ?

7: Bagaimanakah cara memohon bagi membina / menambah / mengubahsuai dan meroboh bangunan di kawasan Bandar Seri Begawan ?

8: Berapakah kadar bayaran letak kereta di kawasan Bandar Seri Begawan ?





Tatacara Mendapatkan lesen Rampaian


1: Bagaimanakah cara Memohon bagi mendapatkan lesen rampaian?

Jawapan:
Setiap perniaga yang ingin mendapatkan lesen rampain hendaklah mengisikan borang permohonan bagi sesuatu lesen dibawah undang-undang lesen rampaian, 1978, peraturan-peraturan lesen-lesen rampaian, 1982 (Peraturan 3) dan menyertakan perkara-perkara berikut dengan lengkap:

•    7 salinan Kad Pengenalan
•    7 salinan Pendaftaran Perniagaan  (Business Enactment Section 16 and 17) atau Form X
•    7 salinan Geran Tanah/Lesen TOL yang telah diluluskan untuk menjalankan perniagaan disuatu tempat yang akan dilesenkan
•    7 set pelan lokasi (site plan) kedai/premis yang akan dilesenkan
•    7 set pelan lantai dan atur susun (lay out plan) dalam kedai/premis yang akan dilesenkan
•    7 salinan surat kebenaran pembinaan/tambahan atau ubah suai daripada Pesuruhjaya Tanah/Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa bagi tempat yang dipohonkan termasuk ebenaran menduduki bangunan (OP) bagi kegunaan baru
•    1 salinan surat penjanjian penyewaan kedai/premis



2: Bagaimanakah cara memohon bagi membahrui lesen rampaian?

Jawapan:
Setiap perniaga yang ingin membahrui lesen rampain hendaklah mengisikan borang permohonan bagi sesuatu lesen dibawah undang-undang lesen rampaian, 1978, peraturan-peraturan lesen-lesen rampaian, 1982 (Peraturan 3) dan menyertakan perkara-perkara berikut dengan lengkap:

•    1 salinan sijil lama  yang hendak diperbahrui (jika sijil belum mansuh) dan (jika sijil mansuh sijil asal hendaklah disertakan)
•    2 keping gambar wajah pemohon yang terbaharu berukuran paspot
•    Sijil Kesihatan badan pemohon dan semua pekerja/pembantu (bagi Kedai Makan dan Minum,  Rawatan Kecantikan, Gunting dan Keriting Rambut Dan penjaja-penjaja yang terlibat dalam Penyediaan, pembungkusan dan Penjualan barang-barang makanan




Kampong Ayer


3: Bagaimanakah cara memohon tukar milik rumah / bangunan kampong ayer?

Jawapan:
Setiap permohon hendaklah melengkapkan borang dibawah akta kesalahan-kesalahan kecil penggal 30 (kesalahan-kesalahan berhubung dengan bangunan-bangunan di Kampong Ayer – Bahagian VIII) dan menyertakan perkara-perkara berikut:

•    Salinan kad pengenalan pemohon / suami / isteri
•    Surat persetujuan menjual rumah berkenaan
•    Surat persetujuan dan tandatangan adik beradik
•    Surat persetujuan dan tandatangan jiran-jiran berdekatan
•    Hendaklah menyertakan pelan / rajah kasar berikut:
    Pelan kedudukan rumah yang dicadangkan
    Pelan besar dalam rumah (floor Plan)



4: Bagaimanakah cara memohon membahrui / membaiki / menambah / ubahsuai rumah?

Jawapan:
Setiap permohon hendaklah menghadapkan permohonan melalui Penghulu dan Ketua Kampong berkenaan untuk ulasan dan pandangan mengunakan borang permohonan bangunan-bangunan di rumah Kampong Ayer di bawah Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, 1959 (Perintah Di Bawah Bab 83), Perintah Dzarurat (Kesalahan Kecil) Pendaan 1982, Bahagian VIII Kesalahan-Kesalahan Berhubung Dengan Bangunan Di Kampong Ayer. Setelah mendapat kebenaran, setiap permohon hendaklah menyertakan perkara-perkara berikut serta surat daripada Penghulu dan Ketua Kampong:

•    Surat persetujuan dan tandatangan jiran-jiran berdekatan
•    Pelan kedudukan rumah yang dicadangkan
•    Pelan kasar dalam rumah (floor plan)



5: Bagaimanakah cara memohon membangun teratak sementara?

Jawapan:
Setiap permohon hendaklah mengisikan borang permohonan membina teratak secara sementara di Kampong Ayer, Daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam di bawah akta kesalahan-kesalahan kecil penggal 30 (kesalahan-kesalahan berhubung dengan bangunan-bangunan di Kampong Ayer – Bahagian VIII). Pemohon hendaklah menghadapkan permohon melalui Penghulu dan Ketua Kampong berkenaan untuk ulasan dan pandangan. Pelan / rajah kasar kedudukan teratak hendaklah dilukis di belakang muka surat dalam borang berkenaan  serta menyertakan salinan kad pengenalan.




Tatacara Memohon Lesen Perniagaan


6: Bagaimanakah cara memohon lesen perniagaan di kawasan Bandar Seri Begawan ?

Jawapan:
1.    Yang Perlu dilakukan Untuk Memohon Lesen :-

Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Kewangan
mengikut jenis perniagaan yang hendak dipohonkan dengan harga $2.00 setiap satu borang.

BORANG ‘A’ (PERATURAN 3)
UNTUK JENIS-JENIS LESEN

•    Kedai runcit
•    Kedai kayu
•    Kilang perabot
•    Bengkel


BORANG ‘B’ (BY-LAWS)
UNTUK JENIS-JENIS LESEN

•    Kedai kopi, kedai makan
•    Rumah Penginapan, rumah tumpangan
•    Tempat kunjungan dan hiburan orang ramai serta panggung wayang
•    Penjaja, pasar
•    Kedai gunting dan keriting rambut (SALON)
•    Dobi
•    Membuat roti dan membuat air minuman


2.    Garis Panduan Bagi Pemohon-Pemohon :-

Permohonan Mendapatkan Lesen Perniagaan (Permohonan Bagi Pertama kali)

i.    Borang Permohonan                                                            -  8 salinan

ii.    Salinan Sijil Pendaftaran                                                    -  8 salinan
Seksyen 16 dan 17 (copies of Certificate of Business Registration
Section 16 and 17 dengan memasukkan alamat perniagaan yang
dipohonkan untuk dilesenkan.

iii.    Pelan lokasi (site plan) kedai/                                           -  8 salinan

iv.    Pelan Lantai susunatur (Floor Plan)                                -  8 salinan

v.    Surat Perjanjian Penyewaan Kedai                                   -  1 salinan

vi.    Salinan Kad Pengenalan                                                   -  1 salinan

vii.    Salinan surat kebenaran menduduki bangunan         -  8 salinan
viii.    (Occupational Permit atau O.P).

ix.    Gambar wajah terbaru ukuran passport.                        -  3 keping



Tatacara memohon bagi membina / menambah / mengubahsuai dan meroboh bangunan di kawasan Bandar Seri Begawan.



7: Bagaimanakah cara memohon bagi membina / menambah / mengubahsuai dan meroboh bangunan di kawasan Bandar Seri Begawan ?

Jawapan:
MENDIRIKAN BANGUNAN / RUMAH BARU
•    Surat Permohonan.   
•    Borang PPB4 (Borang Permohonan Rasmi).
•    Borang PPB5.
•    Salinan Borang PPB3 (Borang Catatan Pengedaran Permohonan diPeringkat Pertama yang diisi lengkap).
•    Salinan Sijil Pendaftaran Arkitek Kementerian Pembangunan (CPRU).
•    Salinan Geran Tanah yang tidak dikecualikan.
•    Salinan Peta Ukur (Survey Sheet) yang menunjukkan kedudukan Lot Tanah atau Tanah TOL berkenaan serta sekitarnya.
•    Lukisan-lukisan Pelan Tapak dan Pelan Lengkap Bangunan (Detailed Plans) yang telah disahkan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Kawalan Pembangunan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan dan ditandatangani oleh semua Pemilik Tanah dan Arkitek.
•    Salinan surat Kebenaran Kerja-kerja Tanah (jika berkenaan.
•    Bayaran Pendaftaran Pelan (Plan Registration Fee) hendaklah dijelaskan semasa mengemukakan permohonan.


MEMBUAT TAMBAHAN / UBAHSUAI KEPADA BANGUNAN


•    Surat Permohonan.   
•    Borang PPB4 (Borang Permohonan Rasmi).
•    Borang PPB5.
•    Salinan Borang PPB3 (Borang Catatan Pengedaran Permohonan diPeringkat Pertama yang diisi lengkap).
•    Salinan Sijil Pendaftaran Arkitek Kementerian Pembangunan (CPRU).
•    Salinan Geran Tanah yang tidak dikecualikan.
•    Salinan Peta Ukur (Survey Sheet) yang menunjukkan kedudukan Lot Tanah atau Tanah TOL berkenaan serta sekitarnya.
•    Lukisan-lukisan Pelan Tapak dan Pelan Lengkap Bangunan (Detailed Plans) yang telah disahkan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Kawalan Pembangunan Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan dan ditandatangani oleh semua Pemilik Tanah dan Arkitek.
•    Jika kerja-kerja Ubahsuai / Tambahan hendaklah dibuat. Warna Timbul hendaklah dibubuh pada Ubahsuai / Tambahan yang dimaksudkan didalam lukisan pelan.
•    Salinan Surat Kebenaran Kerja-kerja Tanah (jika berkenaan).
•    Bayaran Pendaftaran Pelan (Plan Registration Fee) hendaklah dijelaskan semasa mengemukakan permohonan.


GARISPANDU
UBAHAN / TAMBAHAN KECIL


Permohonan ubahan / tambahan kecil yang tidak melibatkan Struktur atau menambah / mengurangi keluasan seperti mengganti atap, mengganti dan / atau mencat dinding, mengganti pintu, penyapar bilik, mengganti tangga, membuat rak-rak dan seumpamanya.

Permohonan hendaklah menghadapkan lukisan pelan A3 size yang teratur dan mudah difahami / diteliti dan mengambil kira kehendak PIAWAIAN BRUNEI DARUSSALAM (PBD 12:1994) dengan menyertakan perkara berikut :-

•    Pemohon hendaklah menyertakan sebanyak 3 salinan plan cadangan.
•    Cadangan ubahan /  tambahan kecil hendaklah dibuat Warna Timbul pada cadangan yang dimaksudkan.
•    Segala ukuran dan sukatan mengenai ubahan / tambahan yang akan dibuat atau dicadangkan hendaklah menggunakan ukuran dalam system metric.
•    Pelan kedudukan (location plan).
•    Pelan susunatur lantai (layout plan).
•    Rajah atursusun paip air dan pengaliran air (plumbing & layout) jika ada cadangan.




Kadar pembayaran letak kereta di kawasan Bandar Seri Begawan.


8: Berapakah kadar bayaran letak kereta di kawasan Bandar Seri Begawan ?

Jawapan:
Seperti yang dilampirkan bersama (kadar bayaran letak kereta).
  

1:  Dimana borang permohonan boleh di-dapatiI?

2: Dimana borang permohonan dihadapkan?


3: Bila keputusan permohonan dapat diketahui?

4: Siapa yang menilai permohonan?

5: Bagaimana proses permohonan lesen rampaian dilaksanakan?




TATA-CARA MEMOHON LESEN RAMPAIAN AKTA
LESEN-LESEN RAMPAIAN, PANGGAL 127


1:  Dimana borang permohonan boleh di-dapatiI?

Jawapan:
1.    Setiap pemohon perlu terlebih dahulu mendapatkan borang permohonan di  Bahagian Perlesenan  Jabatan Daerah Tutong.
2.    Borang permohonan boleh didapati dengan harga $2.00 (1) satu set.
3.    Terdapat (2) dua jenis permohonan Lesen Rampaian :-

a.    Permohonan Mendapatkan Lesen Rampaian buat pertama kali seperti Lampiran A1, A2 dan A3. Setiap satu set borang permohonan mempunyai (3) keping dokumen-dokumen berikut:-

i).    1 keping borang senarai semak seperti Lampiran A1. Borang senarai semak ini adalah untuk panduan pemohon menyediakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk disertakan bersama borang permohonan. Borang Senarai semak ini juga adalah  untuk memudahkan petugas kaunter menyemak perkara perkara  yang dikehendaki.  Dan seterusnya bukti pengesahan pegawai petugas penerimaan borang yang dihadapkan.
ii).    Satu (1) keping borang permohonan Akta Lesen Lesen Rampaian Penggal 127 seperti Lampiran A2.  Borang permohonan perlu diisi dengan lengkap.  Terdapat ruang khas di sebelah atas kanan borang bagi kegunaan mencatit pengesahan pembayaran borang di jelaskan.
iii).    Satu (1) keping borang maklumat seperti Lampiran A3.  Borang ini juga perlu diisi dengan lengkap oleh setiap pemohon, bagi memudahkan urusan-urusan pentadbiran bahagian perlesenan.


b.    Permohonan pembaharuan Lesen Rampaian seperti Lampiran B1, B2 dan B3. Setiap satu set permohonan mempunyai dokumen-dokumen berikut:
i).    Satu (1) keping borang senarai semak seperti Lampiran B1. Borang senarai semak ini adalah untuk panduan pemohon menyediakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk disertakan bersama borang permohonan. Borang Senarai semak ini juga adalah  untuk memudahkan petugas kaunter menyemak perkara perkara  yang dikehendaki.  Dan seterusnya bukti pengesahan pegawai petugas penerimaan borang yang dihadapkan.
ii).    Satu (1) keping borang permohonan Akta Lesen Lesen Rampaian Penggal 127 seperti Lampiran B2.  Borang permohonan perlu diisi dengan lengkap.  Terdapat ruang khas di sebelah atas kanan borang bagi kegunaan mencatit pengesahan pembayaran borang di jelaskan..
iii).    Borang senarai nama-nama pekerja yang berkerja di premis yang dilesenkan  Lampiran B3.



2: Dimana borang permohonan dihadapkan?

Jawapan:
-Borang permohonan yang sudah lengkap hendaklah dihadapkan ke Kaunter Bahagian Perlesenan, Jabatan Daerah Tutong pada waktu- waktu pejabat di buka.
-Borang permohonan yang lengkap  diterima akan dikeluarkan sekeping slip yang mengandungi keterangan dibawah. Contoh slip di  Lampiran C.

a).    Keterangan Fail
b).    Ketegori Permohonan Baru /Membaharui
c).    Keterangan orang yang menghadapkan borang permohonan asal
d).    Keterangan Pegawai yang menerima / tanda tangan pegawai yang menerima permohonan berkenaan.



3: Bila keputusan permohonan dapat diketahui?

Jawapan:
-  Setiap permohonan yang lengkap diterima untok diproses, Bahagian perlesenan akan mengeluarkan surat pemberitahuan bahawa permohonan diproses, Surat ini adalah juga  pemberitahuan denda kesalahan perlanggaran  Akta Lesen Rampaian penggal 127. Contoh surat seperti  Lampiran D.

-  Tempoh proses bagi permohonan (TPOR).
a).    Permohonan Baru 30 hari (Hari Kerja)
b)    Permohonan membaharui 7 (Hari Kerja)

Note: Papan tanda makluman  berhubung dengan Tekad Pemedulian Orang Ramai  (TPOR) untok orang ramai disediakan dan di letakkan dihadapan pintu masuk ke Bahagian Perlesenan Jabatan Daerah Tutong.

-  Setelah keputusan permohonan diperolehi Bahagian Perlesenan akan memaklumkan kepada pemohon melalui persuratan seperti berikut:
a).    Bagi permohonan yang diluluskan, surat makluman untuk menjelaskan kadar bayaran dan seterusnya waktu dan ditempat membayar. Contoh Lampiran E.
b).    Bagi permohonan yang ditolak,surat makluman permohonan tidak dapat dipertimbang seperti  contoh di Lampiran F.

-  Permohonan - permohonan yang diluluskan akan diberi surat tawaran syarat syarat lesen dan seterusnya dikehendaki menandatangani surat pengakuan persetujuan menerima syarat.
  • Contoh surat tawaran lesen seperti Lampiran G.
  • Contoh surat pengakuan penerimaan syarat lesen seperti Lampiran H
  • Contoh sijil rampaian yang sudah di luluskan seperti Lampiran K.



4: Siapa yang menilai permohonan?

Jawapan:
Setiap permohonan lesen rampaian akan dinilai / di pertimbangkan  oleh Jawatankuasa Lembaga Melesen Daerah Tutong. Ahli-Ahli Juatankuasa  Lembaga Melesen Daerah Tutong yang dilantik terdiri;

Pengerusi    -    Pegawai_Daerah Tutong

Ahli-Ahli    -    Pegawai Perubatan Bahagian Kesihatan, Tutong
-    Wakil Pesuruhjaya Tanah
-    Wakil Pesuruhjaya Perancang Bandar Dan Desa
-    Wakil Pengarah Unit Perancang Ekonomi
-    Wakil Pengarah BINA



5: Bagaimana proses permohonan lesen rampaian dilaksanakan?

Jawapan:
Proses permohonan  lesen rampaian dilaksanakan mengikut garis pandu Manual Prosedur Kerja (MPK) seperti berikut:

1.    Tatacara memproses pemohonan bagi mendapatkan Lesen Rampaian.

a)    Lampiran  L      -    Manual Procedur Kerja ( MPK )
Permohonan      mendapatkan Lesen
Rampaian bagi  pertama kali.

b)    Lampiran M     -    Tata –cara Proses kerja memproses
permohonan  Lesen Rampaian bagi
pertama kali.

2.    Tatacara memproses permohonan membaharui.

a)    Lampiran N            Manual Prosedur Kerja ( MPK )
permohonan membaharui Lesen
Rampaian.

b).    Lampiran O            Tata-cara proses kerja
permohona membaharui Lesen
Rampaian.

*contoh-contoh borang
  

1: Bagaimanakah cara memohon bagi mendapatkan Lesen Rampaian?

2: Bagaimanakah cara memohon bagi membaharui Lesen Rampaian?

3: Bagaimana cara Memohon bagi mendapatkan Bantuan Pembuatan Penurunan Perahu/Tembatan?




TATACARA MENDAPATKAN LESEN RAMPAIAN


1: Bagaimanakah cara memohon bagi mendapatkan Lesen Rampaian?

Jawapan:
Setiap peniaga yang ingin mendapatkan Lesen Rampaian hendaklah mengisikan borang permohonan bagi sesuatu lesen di bawah undang-undang Lesen Rampaian, 1978, peraturan-peraturan Lesen-Lesen Rampaian, 1982 (Peraturan 3) dan menyertakan perkara-perkara berikut dengan lengkap:

•    7 salinan Kad Pengenalan
•    7 salinan Pendaftaran Perniagaan (Business Enactment Section 16 and 17) atau Form X
•    7 salinan Geran Tanah/Lesen TOL yang telah diluluskan untuk menjalankan perniagaan di suatu tempat yang akan dilesenkan
•    7 set pelan lokasi (site plan) kedai/premis yang akan dilesenkan
•    7 set pelan lantai dan atur susun (lay out plan) dalam kedai/permis yang akan dilesenkan
•    7 salinan surat kebenaran pembinaan/tambahan atau ubai suai daripada Pesuruhjaya Tanah/Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa bagi tempat yang dipohonkan termasuk kebenaran menduduki bangunan (OP) bagi kegunaan baru
•   1 salinan Surat Perjanjian Penyewaan kedai/permis



2: Bagaimanakah cara memohon bagi membaharui Lesen Rampaian?

Jawapan:
Setiap peniaga yang ingin membaharui Lesen Rampaian hendaklah mengisikan borang permohonan bagi sesuatu lesen di bawah undang-undang Lesen Rampaian, 1978, peraturan-peraturan Lesen-Lesen Rampaian, 1982 (Peraturan 3) dan menyertakan perkara-perkara berikut dengan lengkap:

•    1 salinan sijil lama yang hendak diperbaharui (jika sijil belum mansuh) dan (jika mansuh sijil asal hendaklah disertakan)
•    2 keping gambar wajah pemohon yang terbaharu berukuran paspot
•    Sijil Kesihatan badan pemohon dan semua pekerja/pembantu (bagi Kedai Makan dan Minum, Rawatan Kecantikan, Gunting dan Keriting Rambut dan penjaja-penjaja yang terlibat dalam Penyediaan, Pembungkusan dan Penjualan barang-barang makanan




TATACARA MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN PEMBUATAN PENURUNAN PERAHU/TEMBATAN


3: Bagaimana cara Memohon bagi mendapatkan Bantuan Pembuatan Penurunan Perahu/Tembatan?

Jawapan:
•    Permohonan melalui Majlis Perundingan Mukim atau Melalui Majlis Perundingan Kampong
•    Permohonan orang perseorangan atau berkumpulan

Peringatan: Permohonan yang dihadapkan melalui Majlis Perundingan Mukim dan Majlis Perundingan Kampong adalah lebih diberikan keutamaan


SYARAT-SYARAT UTAMA UNTUK PERMOHONAN DIPERTIMBANGKAN

•    Setiap permohonan adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan dan keupayaan Jabatan Daerah Temburong
•    Rekabentuk, ukuran dan had-had bantuan adalah tertakluk pertimbangan Jabatan Daerah Temburong
•    Perkara yang dipohonkan hendaklah bukan untuk kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu
•    Pemohon hendaklah menghadapkan cadangan tapak dan tapak yang dicadangkan mestilah bukan di atas tanah-tanah persendirian
•    Sekiranya tapak atau laluan ke tapak yang dicadangkan itu melibatkan tanah-tanah persendirian maka pemohon adalah dikehendaki menyertakan surat-surat akuan kebenaran dari pemilik-pemilik tanah berkenaan itu
•    Cadangan tapak yang dihadapkan hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan dari penduduk kampong dan minit-minit mesyuarat mengenai pemilihan tapak berkenaan dan satu set peta tanah (RSO) hendaklah disertakan bersama-sama permohonan
•    Pemohon hendaklah menyatakan nama, alamat dan nombor talipon orang yang boleh dihubungi berkaitan dengan perkara yang dipohonkan


SYARAT-SYARAT PEMINJAMAN PERALATAN-PERALATAN
KERUSI/MEJA-MEJA/KEM KEPUNYAAN JABATAN DAERAH TEMBURONG


1.    Peralatan-peralatan yang dipinjamkan hendaklah di jaga dengan baik sebarang kerosakan (jika ada) akan dikenakan bayaran kepada pemohon
2.    Pemohon-pemohon hendaklah mengambil sendiri peralatan-peralatan yang dipohonkan dan seterusnya mengembalikannya semula ke Jabatan Daerah tidak lewat 2 hari dari tarikh acara yang dijalankan berakhir
3.    Perkhidmatan pengangkutan dan tenaga buruh Jabatan Daerah tidak disediakan
4.    Kebenaran peminjaman boleh dibatalkan pada bila-bila masa sekiranya peralatan-peralatan yang dipohonkan diperlukan oleh Jabatan Daerah


MEMO GARIS PANDU LESEN RAM
Garispandu Bagi Pemohon-Pemohon
Lampiran B - Perniagaan yg dijlnkan dibgn-bgn (warna Hijau)
Lampiran C - Berniaga di kawasan yg disediakan oleh Kerajaan
Lampiran D - berjaja (warna Biru)
Lampiran E - Membaharui semua jenis perniagaan (warna putih)
TPOR (BAHAGIAN PERLESENAN)


  

1: Bagaimana melaporkan kejadian kebakaran?

2: Bagaimana melaporkan kejadian kebakaran rumah?

3: Bagaimana melapurkan pokok tumbang?

4: Bagaimana melaporkan memburu binatang?

5: Bagaimana melaporkan meminta bantuan menimba air?

6: Bagaimana melaporkan kemalangan kereta?

7: Bagaimanakah cara penghantaran pelan?

8:  Apakah perkara-perkara yang perlu disertakan (pelan) oleh Arkitek dan Konsultan apabila menghantar pelan?

9: Apakah tindakan Arkitek dan Konsultan setelah pelan selesai diproses?

10: Apakah yang perlu dibuat apabila projek sudah siap?

11: Apakah tindakan yang perlu semasa pemeriksaan?

12: Bagaimanakah sokongan pengeluaran OP (Occupation Permit) boleh diperolehi?

13: Bagaimanakah sokongan OP tidak dapat dipertimbangkan?


 

TALIAN KECEMASAN 995


1: Bagaimana melaporkan kejadian kebakaran?

Jawapan:
Jika kecemasa berlaku, sila hubungi talian kecemasan 995 Jabatan Perkhidmatan Bomba dan melapurkan perkara-perkara seperti berikut:
1.    Jenis kecemasan
2.    Tempat kejadian
3.    Nama pemanggil dan numbur telefon
4.    Bangunan-Bangunan yang berdekatan (jika ada)

Contoh Kebakaran Bangunan

Operator:  Kecemasan Bomba, Selamat Pagi Tuan
Pemanggil:  Ada kebakaran bangunan

Operator:  Di mana tempatnya?
Pemanggil:  Jalan Batu Bersurat, Bangunan Haji Razali

Operator:  Macamana keadaan bangunan tersebut?
Pemanggil:  Keluar asap tebal di tingkat 1 bangunan tersebut

Operator:  Banguanan tersebut maseh ada penghuni/orang?
Pemanggil:  Tidak ada

Operator:  Bangunan tersebut yang terbakar adakah kedai atau sebaliknya?
Pemanggil:  Sebuah kedai

Operator:  Siapa nama penuh Tuan dan no. telefon?
Pemanggil:  Simon Lee Foo Kiat, 8812041

Operator:  Bangunan tersebut berdekatan dengan mana?
Pemanggil:  Berdekatan dengan Pizza Hut

Operator:  Pihak Bomba akan segera ke sana.



2: Bagaimana melaporkan kejadian kebakaran rumah?

Jawapan:
Jika kecemasan berlaku, sila hubungi talian kecemasan 995 Jabatan Perkhidmatan Bomba dan melaporkan perkara –perkara seperti berikut:
1.    Jenis kecemasan
2.    Tempat kejadian
3.    Nama pemanggil dan numbur telefon
4.    Bangunan-bangunan yang berdekatan (jika ada)

Contoh Kebakaran Rumah

Operator:  Kecemasan Bomba, Selamat Pagi Tuan
Pemanggil:  Ada kebakaran rumah

Operator:  Dimana alamatnya
Pemanggil:  3, Spg. 726 Kg. Manggis 2

Operator:  Macamana keadaan rumah tersebut?
Pemanggil:  Tidak dapat dikawal, minta bantuan segera

Operator:  Ada orang di dalam rumah?
Pemanggil:  Tidak ada

Operator:  Siapa nama Tuan dan numbur telefon?
Pemanggil:  Mohd Ali bin Bujang, 8844637

Operator:  Baiklah, pihak Bomba akan ke sana dengan segera , Tuan



3: Bagaimana melapurkan pokok tumbang?

Jawapan:
Jika kecemasan berlaku, sila hubungi talian kecemasan 995 Jabatan Perkhidmatan Bomba dan melapurkan perkara-perkara seperti berikut:
1.    Jenis kecemasan
2.    Tempat kejadian
3.    Nama pemanggil dan numbur telefon
4.    Bangunan-Bangunan yang berdekatan (jika ada)

Contoh Pokok Tumbang

Operator:  Kecemasan Bomba, Selamat Pagi Tuan
Pemanggil:  Selamat Pagi, kan melapurkan pokok tumbang:

Operator:  Pokok tumbang, adakah menghalang jalan raya?
Pemanggil:  Ya

Operator:  Di mana alamatnya Tuan?
Pemanggil:  34, Spg 887, Kg. Lambak Kiri

Operator:  Siapa nama Tuan dan numbur telefon?
Pemanggil:  Saiful bin Abdullah, 2392000

Operator:  Baiklah, pihak Bomba akan ke sana dengan segera, Tuan.



4: Bagaimana melaporkan memburu binatang?

Jawapan:
Jika kecemasan berlaku, sila hubungi talian kecemasan 995 Jabatan Perkhidmatan Bomba dan melaporkan perkara-perkara seperti berikut:
1.    Jenis kecemasan
2.    Binatang yang dikenalpasti
3.    Tempat kejadian
4.    Nama pemanggil dan numbur telefon

Contoh Memburu Binatang

Operator:  Kecemasan Bomba, Selamat Pagi Tuan
Pemanggil:  Selamat Pagi, minta tolong menangkap binatang.

Operator:  Apa binatangnya Tuan?
Pemanggil:  Ada biawak dalam kereta arah enjin kereta

Operator:  Kita cuba sudah mengeluarkan Tuan?
Pemanggil:  Sudah tapi inda mahu keluar.

Operator:  Dimana alamat Tuan?
Pemanggil:  1, Spg. 232, Simpanan Hutan Rimba, hampir horticulture.

Operator:  Nama Tuan dan numbur telefon?
Pemanggil:  Hj Bakri bin Ibrahim, 8810101

Operator:  Baiklah, pihak Bomba akan ke sana dengan segera, Tuan.



5: Bagaimana melaporkan meminta bantuan menimba air?

Jawapan:
Jika kecemasan berlaku, sila hubungi talian kecemasan 995 Jabatan Perkhidmatan Bomba dan melapurkan perkara-perkara seperti berikut:
1.    Jenis kecemasan
2.    Tempat kejadian
3.    Nama pemanggil dan numbur telefon

Menimba Air

Operator:  Kecemasan Bomba, Selamat Pagi Tuan
Pemanggil:  Selamat Pagi, kan betanya, boleh minta tolong menimba air bekas kebanjirankah?

Operator:  Dimana tempatnya Tuan sebab kami utamakan untuk panggilan kecemasan yang melibatkan nyawa dan bangunan kerajaan saja.

Pemanggil:  Di surau, Polis Headquarters, Gadong
Operator:  Nama Tuan dan numbur telefon?

Pemanggil:  KPL 009, 2222222 ext 123

Operator:  Baiklah, pihak Bomba akan ke sana dengan segera, Tuan.



6: Bagaimana melaporkan kemalangan kereta?

Jawapan:
Jika kecemasan berlaku, sila hubungi talian kecemasan 995 Jabatan Perkhidmatan Bomba dan melaporkan perkara-perkara seperti berikut:

1.    Jenis kecemasan
2.    Tempat kejadian
3.    Jumlah kereta yang terlibat dalam kemalangan
4.    Mangsa dalam kereta (jika ada)
5.    Nama pemanggil dan numbur telefon

Contoh Kemalangan Kereta

Operator:  Kecemasan Bomba, Selamat Pagi Tuan
Pemanggil:  Kan melaporkan kemalangan kereta

Operator:  Dimana tempatnya?
Pemanggil:  Di highway Jerudong dekat Bukit Shahbandar

Operator:  Berapa buah kereta terlibat dan ada mangsa di dalamnya?
Pemanggil:  2 buah kereta, ada mangsa di dalam

Operator:  Nama Tuan dan numbur telefon?
Pemanggil:  Haji Awang bin Damit, 8887788

Operator:  Baiklah, pihak Bomba akan ke sana dengan segera, Tuan.


 

MEMPROSES PELAN BANGUNAN


7: Bagaimanakah cara penghantaran pelan?

Jawapan:
Pelan yang dihantar hendaklah melalui Arkitek atau Konsultan yang berdaftar di Kementerian Pembangunan
Arkitek atau Konsultan hendaklah mengisi Borang A (Borang Pendaftaran) dan menjelaskan pembayaran sebanyak $5.00 setiap satu projek yang dihadapkan.
Menyatakan dengan jelas maksud pelan yang akan diproses sama ada dalam bahasa melayu atau Inggeris
Menyatakan alamat pelan/projek berkenaan.



8:  Apakah perkara-perkara yang perlu disertakan (pelan) oleh Arkitek dan Konsultan apabila menghantar pelan?

Jawapan:
Pihak Arkitek dan Konsultan hendaklah menyertakan pelan lengkap seperti:-

Pelan Tapak
-    Kedudukan Jalan Raya bagi laluan jentera-jentera bomba
-    Kedudukan Pili-pili Bomba
-    Sempadan Bangunan dengan menggunakan skala (Scale).

Pelan Rekabentuk
-    Jadual bagi pintu/jendela (jenis tahan api)
-    Sataran (Fire Compartmentation)
-    Tangga-tangga
-    Atap/ruangan sinta
-    Jarak perjalanan keselamatan

Pelan Mekanikal dan Elektrikal
-    Tanda-tanda Keluar
-    Lampu-lampu kecemasan
-    Fire Damper
-    Lift Bomba
-    Smoke Curtain
-    Fire Shutters
-    Sistem Pengeluaran Asap
-    Janakuasa – Bundwall (110%)
-    Sistem Tekanan Udara bagi tangga dalam

Pelan Alat Pencegahan / Perlindungan Kebakaran (Fire Protection)
-    Sistem penyembur air automatik
-    Sistem pancut Basah /  Kering
-    Gulongan hos api
-    Sistem pemasangan gas otomatik
-    Sistem pengesan otomatik seperti alat pecah kaca, pengesan haba / asap, Fire Alarm Panel dan Mimic Drawing
-    Alat-alat pemadam api mudah alih

Peringatan:-
Semua alat-alat pencegahan dan perlindungan kebakaran seperti di atas hendaklah dimasukkan ke dalam pelan secara berasingan mengikut lembaran pelan.



9: Apakah tindakan Arkitek dan Konsultan setelah pelan selesai diproses?

Jawapan:
Pihak Arkitek dan Konsultan hendaklah datang sendiri ke Jabatan ini untuk mengambil pelan dan sijil kelulusan pelan dengan terlebih dahulu, membayar perkhidmatan penelitian pelan dalam borang A (Borang Pendaftaran) mengikut kategori atau kenyataan / maksud seperti di para 1.4.


 

PEMERIKSAAN PROJEK


10: Apakah yang perlu dibuat apabila projek sudah siap?

Jawapan:
Arkitek hendaklah menghadapkan permohonan secara bersurat bagi pemeriksaan kesiapan bangunan.
Arkitek hendaklah membawa bersama Pelan yang di Endos.
Bekalan Air dari paip utama JKR (bahagian Air) telah disambung ke pili-pili bomba
Mempunyai kemudahan bekalan elektrik penjanakuasa.
Keperluan alat pencegahan kebakaran telah sempurna sepenuhnya berfungsi



11: Apakah tindakan yang perlu semasa pemeriksaan?

Jawapan:
Pihak-pihak yang berkaitan seperti di bawah hendaklah hadir bersama bagi perbincangan, pemeriksaan ke atas sistem yang dijalankan.
-    Arkitek
-    Jurutera Perunding
-    Kontraktor Utama
-    Pembekal / pemborong sistem yang dipasang
-    Pemilik bangunan atau wakilnya



12: Bagaimanakah sokongan pengeluaran OP (Occupation Permit) boleh diperolehi?

Jawapan:
OP boleh dipertimbangkan asalkan perkara berikut dipatuhi.
-    Mematuhi keperluan Jabatan ini seperti dalam sokongan Pelan.
-    Kesiapan bangunan / pemasangan alat-alat pencegahan dan perlindungan kebakaran disahkan.
-    Sistem keperluan kebombaan diuji / berfungsi dalam keadaan baik dan memuaskan.



13: Bagaimanakah sokongan OP tidak dapat dipertimbangkan?

Jawapan:
Pihak Arkitek hendaklah menghadapkan permohonan sekali lagi, bagi pemeriksaan mana-mana sistem atau alat-alat pencegahan kebakaran yang tidak berfungsi atau tidak selaras dalam tempoh tidak lebih dari 2 bulan dari tarikh surat dikeluarkan pada pemeriksaan pertama.  Jika gagal dalam tempoh berkenaan pihak Arkitek akan dikenakan bayaran dengan jumlah yang sama dan ujian juga akan dijalankan keseluruhan ke atas sistem-sistem berkenaan.

Untuk keterangan dan makluman lanjut sila datang berurusan dengan Pegawai-Pegawai Cawangan Pencegah Kebakaran Ibu Pejabat Perkhidmatan Bomba, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam.

  

1: Bagaimanakah Cara Memohon Lesen Pengambilan Pekerja Asing?

2: Setelah Lesen Dikeluarkan, Bagaimanakah Cara Mendatangkan Pekerja Asing yang dikehendaki?

3: Apakah yang patut dilakukan setelah Lesen Pengambilan Pekerja Asing (Quota) & Sokongan Pas Kerja (BUR 500) dibenarkan?


4: Setelah pekerja asing tersebut sampai ke-negara ini, Apakah yang harus dilakukan?


5: Berapa lamakah setiap pekerja asing boleh tinggal dan bekerja di negara ini?





Tatacara Pengambilan Pekerja Asing dan Syarat-Syarat Permohonan Lesen


1: Bagaimanakah Cara Memohon Lesen Pengambilan Pekerja Asing?

Jawapan:
Setiap majikan yang ingin mendatangkan pekerja asing ke negara ini hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya Buruh dengan memohonkan Lesen Pengambilan Pekerja Asing (Quota) dibawah Bab 118, Akta Buruh 1954 (pindaan 1984) dengan menyertakan perkara-perkara berikut:

•    Borang Permohonan (2 keping) yang lengkap diisi
•    Salinan sijil pendaftaran syarikat Bab 16 & Bab 17 bagi syarikat persendirian atau salinan Borang X (MOU) khas bagi syarikat dibawah “SDN BHD” yang mempunyai seorang atau lebih rakan kongsi (Director).
•    Salinan tempat penyewaan perniagaan/kedai (tenancy agreement)
•    Salinan tawaran projek/aktiviti dan kegiatan yang sedang atau akan dijalankan
•    Salinan lesen rampaian (jika dikehendaki); khusus bagi restoran/kedai makan/kedai minum, kedai runcit, kedai gunting, kedai dobi, bengkel, stesen minyak dan sebagainya
•    Dokumen-dokumen lain bagi membantu permohonan



2: Setelah Lesen Dikeluarkan, Bagaimanakah Cara Mendatangkan Pekerja Asing yang dikehendaki?

Jawapan:
Majikan yang telah berjaya memperolehi Lesen Pengambilan Pekerja Asing (Quota) akan dibenarkan untuk mendatangkan pekerja asing yang dikehendaki mengikut jumlah, jawatan dan negara yang dibenarkan di dalam lesen sahaja. Tempoh Kebenaran Lesen yang diberikan biasanya selama 2 tahun. Majikan bolehlah seterusnya mengisikan Borang Permohonan Pas Kerja (BUR 500) dengan menghadapkan perkara-perkara berikut:

•    BUR 500 (2 keping; 1 keping borang asal & 1 salinan)
•    Salinan lesen buruh/surat kebenaran yang sah tempoh (hendaklah melebihi tempoh 3 bulan sebelum mansuh)
•    Salinan surat tawaran projek/kegiatan pekerjaan bagi perusahaan pembinaan dan yang berkaitan sahaja
•    Pengesahan pembayaran wang taruhan (deposit/bank guarantee)
•    Salinan lesen rampaian bagi perusahaan yang menghendaki kebenaran lesen rampaian seperti dinyatakan di atas.
•    Salinan pasport pekerja
•    Salinan sijil bagi jawatan yang memerlukan sijil pemohon
•    1 keping gambar pemohon
•    2 set borang perumahan pekerja bagi perusahaan yang mempunyai pekerja 50 orang keatas
•    Dokumen-dokumen lain bagi membantu permohonan



3: Apakah yang patut dilakukan setelah Lesen Pengambilan Pekerja Asing (Quota) & Sokongan Pas Kerja (BUR 500) dibenarkan?

Jawapan:
Majikan yang sudah memperolehi Kebenaran Sokongan Pas Kerja (BUR 500) bolehlah menghadapkan permohonan seterusnya ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bagi proses permohonkan Visa Kemasukan (Entry Visa) bagi pekerja yang dimaksudkan ke negara ini.



4: Setelah pekerja asing tersebut sampai ke-negara ini, Apakah yang harus dilakukan?

Jawapan:

Pekerja asing yang baru sampai ke negara ini pada kebiasaannya akan diberikan had tempoh tinggal sementara di negara ini selama 2 minggu di mana dalam jangka waktu tersebut majikan hendaklah memastikan pekerja asing tersebut;

•    Menjalani pemeriksaan kesihatan (Medical Check-Up) di Hospital Kerajaan bagi mempastikan pekerja asing tersebut sihat tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit berjangkit atau menular.
•    Sijil Kesihatan yang sudah dikeluarkan hendaklah dibawa bersama semasa menandatangani Kontrak Pekerjaan (Employment Contract) di Jabatan Buruh
•    Kontrak Pekerjaan yang telah ditandatangani hendaklah dibawa bersama semasa memohon Kebenaran Pas Kerja (Employment Pas) di Jabatan Imigresen biasanya bagi tempoh 2 tahun atau mengikut tarikh mansuh Lesen Pengambilan Pekerja Asing (Quota).



5: Berapa lamakah setiap pekerja asing boleh tinggal dan bekerja di negara ini?

Jawapan:
Setiap pekerja asing boleh tinggal dan bekerja di negara ini sehingga umur mereka mencapai 55 tahun dengan syarat mereka hendaklah terlebih dahulu kembali ke negara asal masing-masing setiap penyambungan kontrak atau setiap 2 tahun. Bagi pekerja asing berjawatan peringkat pengurusan atau bertahap ‘high skill’ dan ‘professional’, mereka dibenarkan tinggal dan bekerja di negara ini sehingga umur mereka mencapai 60 tahun. Kebenaran Bagi pekerja asing yang melebihi umur 55 tahun hanya dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Buruh atau Timbalan Pesuruhjaya Buruh mengikut pertimbangan (discrection). 



Title 
body