Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMOE FAQs

  
  

1: Pengambilan Pelajar

2: Memohon kursus

3: Pegawai dan kakitangan kerajaan yang tidak mempunyai kelulusan yang mencukupi

4: Syarat Kemasukkan Pelajar

5: Pengiktirafan kelulusan HND dan melanjutkan ke peringkat Ijazah

6: Higher National Diploma (HND)

7: Degree (Ijazah)

8: Elaun Pelajar

9: Kemudahan Asrama

10: Dialog Kerjaya

11: Pemilihan tempat

12: Memohon pertukaran tempat




1: Pengambilan Pelajar

Jawapan:
Penggambilan Pelajar-Pelajar baru setiap bulan Julai dan hanya satu penggambilan tiap-tiap setahun.           



2: Memohon kursus

Jawapan:
Pihak ITB hanya menerima permohonan dalam tempuh satu bulan dimana  iklan tawaran kursus dikeluarkan yang dijangka pada bulan Februari / Mac setiap tahun



3: Pegawai dan kakitangan kerajaan yang tidak mempunyai kelulusan yang mencukupi

Jawapan:
•    Pihak ITB akan meneliti pengalaman-pengalaman bekerja seperti dijelaskan dalam borang permohonan berserta dengan sokongan yang kuat dari majikan. Mereka ini akan di panggil untuk menjalani ujian dan temuduga.
•    Pihak ITB akan membuat penilaian dan membuat sokongan dari hasil ujian dan temuduga tersebut.



4: Syarat Kemasukkan Pelajar

Jawapan:
Institut Teknologi Brunei menyediakan dua peringkat kursus iaitu
HND dan Ijazah.
1.    Bagi  kursus peringkat HND ialah:-
•    Satu mata pelajaran yang bersesuaian diperingkat lanjutan (A’Level)
•    Kredit dalam 4 mata pelajaran yang bersesuaian di peringkat  biasa (O’Level) termasuk Bahasa Melayu
atau
OND dalam jurusan yang berkaitan dengan kursus yang dipohonkan.
Lain-lain kelulusan dan pengalaman kerja yang bersesuaian juga akan dipertimbangkan.

2.    Bagi kursus peringkat Ijazah ialah:-
•    HND dalam bidang yang berkenaan
•    Tiga (3) mata pelajaran pangkat C di peringkat lanjutan (‘A’ Level ).
•    4 ‘O’Level

Pelajar dinasihatkan untuk bersemuka dengan Pegawai Kesejahteraan Pelajar untuk memilih kursus-kursus yang sesuai untuk diikuti kerana berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu, ada di antara pelajar yang salah memilih kursus yang mengakibatkan mereka tidak dapat mengikuti kursus yg diambil.



5: Pengiktirafan kelulusan HND dan melanjutkan ke peringkat Ijazah

Jawapan:
Kelulusan HND dari ITB diiktiraf untuk melanjutkan pengajian di peringkat izajah terus ke tahun dua di Universiti-Universiti di United Kingdom. Contohnya kelepasan pelajar-pelajar ITB yang memperolehi keputusan yang baik telah diterima masuk ke tahun dua di bidang B.Eng in Civil Engineering terus ke tahun dua di QUB.



6: Higher National Diploma (HND)

Jawapan:
Ketika ini ITB telah menawarkan kursus-kursus di peringkat HND seperti:

1.    HND in Business and Finance (Accounting)
2.    HND in Business and Finance (Banking)
3.    HND in Business and Finance (Management) ,
4.    HND in Computing
5.    HND in Information System , 
6.    HND in Electrical Power and Building Services Engineering,
7.    HND in Communication and Computer Systems Engineering,
8.    HND in Civil Engineering,
9.    HND in Construction Engineering Management 
10.  HND in Mechanical Engineering.

Jangka lama kursus peringkat HND ialah selama 2 ½ tahun (5 semester).     



7: Degree (Ijazah)

Jawapan:
Ketika ini ITB telah menawarkan kursus-kursus di peringkat Ijazah Sarjana seperti:

1.    B.Eng Civil Engineering [Twinning program ITB (1 tahun)  dan Queens University of Belfast QUB (2 tahun)].
2.    Bachelor of Engineering in Electronic and Electrical Engineering [Twinning program ITB (2 tahun) dan University of Glassgow (2 tahun).

Jangka lama kursus peringkat Ijazah ialah selama 2 ½ tahun (5 semester).



8: Elaun Pelajar

Jawapan:
Setiap pelajar akan menerima elaun-elaun seperti berikut:

•   Elaun sara hidup
-    Setiap pelajar ITB yang berhak mendapatkan kemudahan ini hendaklah mendaftar kepada pihak bank bagi mendapatkan nombor akaun simpanan. Pihak ITB akan menguruskan  pembayaran elaun dengan   menghantar awal permohonan tersebut kepada Kementerian Kewangan. Jika sekiranya terdapat kelambatan bagi beberapa pelajar untuk menerima elaun tersebut, diminta bagi mereka untuk merujuk kepada pihak bank berkenaan.

•   Elaun kacamata
•   Elaun projek
•   Elaun buku

Pihak ITB tidak akan memberikan elaun buku dan projek dalam bentuk tunai merujuk kepada memo yang diluluskan daripada Jabatan Kewangan dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran dan Kesihatan sejak tahun 1986. Ini adalah satu inisiatif bagi membantu pelajar dalam menggunakan kemudahan tersebut seperti membelikan buku-buku teks yang bersesuaian dengan pengajian setiap pelajar. Berkenaan dengan elaun projek pula, setiap pelajar hendaklah memberikan resit asal pembelian bagi mendapatkan elaun tersebut.



9: Kemudahan Asrama

Jawapan:
Pada masa ini ITB belum mempunyai asrama. Walau bagaimanapun, jika seseorang pelajar tersebut benar-benar memerlukan asrama, ITB seperti lazimnya akan sentiasa mengusahakan pelajar-pelajarnya mendapatkan kemudahan berkenaan dan biasanya pelajar-pelajar ini akan “ditumpangkan” di asrama Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam, Jalan Muara dan ini tertakluk kepada kekosongan. Memandangkan kemudahan ini adalah terhad, pelajar yang cuma dibolehkan memohon ialah bagi pelajar yang tinggal di luar Daerah Brunei Muara sahaja. Perlu juga diingatkan bahawa bagi pelajar yang mendapat kebenaran dan mendapat tempat untuk tinggal di asrama tetapi menolak di saat-saat akhir, mereka ini tidak dibenarkan untuk memohon kali yang kedua. Masalah seperti ini sering berlaku sebab itulah ITB mengambil tindakan yang tegas.



10: Dialog Kerjaya

Jawapan:
Di sini, pelajar akan berpeluang untuk mengetahui lebih mendalam mengenai dengan dunia pekerjaan yang  akan diceburi serasi dengan kursus-kursus yang di ikuti di Institut Teknologi Brunei. Dialog Kerjaya akan diadakan setiap tahun pada akhir bulan Januari. Pihak ITB akan menulis surat untuk menjemput organisasi-organisasi yang berminat untuk menyertai dialog kerjaya ini.



11: Pemilihan tempat

Jawapan:
Pelajar tidak berhak untuk memilih tempat mereka menjalani skim tersebut tetapi mereka boleh mencadangkan tempat-tempat yang mereka berminat dengan mengisi borang yang disediakan. Pihak ITB lah yang menentukan tempat seseorang pelajar itu menjalani skim ini.



12: Memohon pertukaran tempat

Jawapan:
Pihak ITB tidak melayan alasan-alasan yang remeh temeh seperti tidak sesuai, tidak ada kenderaan, dimarahi oleh majikan, banyak kerja dan sebagainya. Sepatutnya pelajar bersyukur ditempatkan di dalam satu suasana yang seperti itu. Ini kerana apabila mereka ini keluar dari ITB dan bekerja dalam suasana yang pernah mereka alami dulu, mereka sudah biasa dengan keadaan itu dan sudah mengetahui bagaimana mengatasi situasi tersebut. ITB tidak akan memanjakan pelajar-pelajarnya malah memberikan mereka semangat bekerja yang berdaya saing yang benar-benar wujud dalam dunia pekerjaan yang sebenarnya. ITB cuma akan mempertimbangkan pertukaran tersebut jika sekiranya tidak ada kerja dan pekerjaan yang ditawarkan tidak sesuai dengan kursus yang diambil di ITB.
  
  
  

1: Apakah data/maklumat yang terdapat di Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan ?

2: Bagaimanakah cara mendapatkan data/maklumat yang tersebut di atas?

3: Berapa lama data/maklumat yang dipohonkan dapat diperolehi/disediakan oleh Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan ?

4: Siapakah pegawai/kakitangan Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan yang boleh dihubungi untuk mengetahui status permohonan mendapatkan data/maklumat yang dinyatakan di atas atau untuk mengetahui jenis data/maklumat yang terdapat di Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan ?

5: Adakah permohonan bagi mendapat data/maklumat ini dikenakan bayaran ?

6: Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan ?

7: Bagaimanakah cara mendapatkan perkhidmatan yang tersebut di atas?

8: Siapakah pegawai/kakitangan Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan yang boleh dihubungi untuk mengetahui status permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan di atas atau untuk mengetahui jenis perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan.

9: Adakah perkhidmatan-perkhidmatan ini dikenakan bayaran ?





Tatacara mendapatklan data/maklumat dan perkhidmatan Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan.


1: Apakah data/maklumat yang terdapat di Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan ?

Jawapan:
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan mempunyai data/maklumat pendidikan seperti :
a.    Data pelajar,
b.    Data tenaga pengajar
c.    Maklumat bangunan
d.    Maklumat Projeksi Pelajar
e.    Maklumat Projeksi Guru
f.    Buku Perangkaan Tahunan
g.    Buku Tren Perangkaan 10 Tahun
h.    Buku Panduan Telefon Sekolah/Institusi
i.    Buku Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan



2: Bagaimanakah cara mendapatkan data/maklumat yang tersebut di atas?

Jawapan:
Cara mendapatkan data/maklumat yang disebutkan di atas.

Hadapkan surat permohonan kepada:

Pengarah Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan
Jabatan Perancangan Perkembangan Dan Penyelidikan
Kementerian Pendidikan
Lapangan Terbang Lama, Berakas
BB3510

Isi kandungan permohonan hendaklah termasuk perkara berikut:
-    Jenis data/maklumat yang diperlukan
-    Tujuan memerlukan data/maklumat
-    Tahun yang dikehendaki
-    Format data/maklumat yang diperlukan seperti perangkaan pelajar mengikut peringkat persekolahan/institusi/daerah/jantina/kelulusan/syarat
perkhidmatan dll.



3: Berapa lama data/maklumat yang dipohonkan dapat diperolehi/disediakan oleh Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan ?

Jawapan:
Jangka masa penyediaan data/maklumat yang diperlukan  oleh pemohon adalah tertakluk kepada (ketersediaan) ‘availability’ data/maklumat berkenaan yang ada dalam simpanan.
-    Jika maklumat ada tersedia dalam simpanan anggaran tempoh data/maklumat didapatkan di antara 1 ke 2 minggu.
-    Jika maklumat perlu dianalisa atau laporan anggaran tempoh data/maklumat didapatkan di antara 2 ke 4 minggu.
-    Jika maklumat tidak ada dalam simpanan anggaran tempoh data/maklumat didapatkan ialah 4 minggu ke atas.



4: Siapakah pegawai/kakitangan Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan yang boleh dihubungi untuk mengetahui status permohonan mendapatkan data/maklumat yang dinyatakan di atas atau untuk mengetahui jenis data/maklumat yang terdapat di Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan ?

Jawapan:
Pegawai/kakitangan yang boleh dihubungi adalah seperti berikut :

-    Penolong Pengarah [DP]
Bilik C312, Tingkat 3, Blok C,
Jabatan Perancangan    Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2382127
e-Mail : rokiah_t@moe.edu.bn

-    Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan [DP]
Bilik C209, Tingkat 2, Blok C,
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2382449
e-Mail : prpj@moe.edu.bn

-    Ketua Bahagian Penyelidikan
Bilik C305, Tingkat 3, Blok C,
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2381945
e-Mail : roslijah@moe.edu.bn

-    Ketua Bahagian Pengurusan Data Pendidikan
Bilik C201, Tingkat 2, Blok C,
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2382125
e-Mail : ramlee@moe.edu.bn

-    Ketua Bahagian Perkembangan & Pemantauan Pendidikan
Bilik C210, Tingkat 2, Blok C,
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2381737
e-Mail : mhm@moe.edu.bn

-    Ketua Bahagian Perancangan
Bilik C211, Tingkat 2, Blok C,
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2381757
e-Mail : janidij@moe.edu.bn



5: Adakah permohonan bagi mendapat data/maklumat ini dikenakan bayaran ?

Jawapan:
Untuk mendapatkan data/maklumat, pada masa ini,  jabatan  tidak mengenakan sebarang bayaran. Walaubagaimanapun di masa akan datang jabatan ini akan mengenakan bayaran yang memadai mengikut kadar yang diluluskan oleh pihak berkenaan.



6: Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan ?

Jawapan:
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan memberi perkhidmatan-perkhidmatan seperti :

a.    Kemudahan menggunakan bilik Latihan Komputer
b.    Memberi latihan/bengkel mengenai matematik dan sains rendah
c.    Kemudahan menggunakan bahan rujukan bilik sumber seperti Thesis/Dissertation/  Cekera padat pendidikan matematik dan sains/buku-buku rujukan
d.    Kemudahan menggunakan laporan kajian/penyelidikan Pendidikan
e.    Kemudahan menggunakan/merujuk Buku Manual Projek/program pendidikan seperti AMIC dan ASIC



7: Bagaimanakah cara mendapatkan perkhidmatan yang tersebut di atas?

Jawapan:
Cara mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disebutkan di atas ialah dengan menggunakan prosedur berikut :

Hadapkan surat permohonan kepada  Pengarah Perancangan Perkembangan dan    Penyelidikan dengan menyatakan perkara berikut:

-    Jenis perkhidmatan yang diperlukan
-    Tujuan memerlukan perkhidmatan
-    Tahun yang dikehendaki, jika merujuk buku
-    Jika menggunakan bilik latihan, nyatakan tempoh menggunakan
-    Jika membuat rujukan, nyatakan bidang yang akan dirujuk
-    Sertakan surat sokongan dari Jabatan/Institusi pengajian, jika ada



8: Siapakah pegawai/kakitangan Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan yang boleh dihubungi untuk mengetahui status permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan di atas atau untuk mengetahui jenis perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan.

Jawapan:
Pegawai/kakitangan yang boleh dihubungi adalah seperti berikut :

-    Penolong Pengarah [DP]
Bilik C312, Tingkat 3, Blok C,
Jabatan Perancangan    Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2382127
e-Mail : rokiah_t@moe.edu.bn

-    Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan [DP]
Bilik C209, Tingkat 2, Blok C,
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2382449
e-Mail : prpj@moe.edu.bn

-    Ketua Bahagian Penyelidikan
Bilik C305, Tingkat 3, Blok C,
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2381945
e-Mail : roslijah@moe.edu.bn

-    Ketua Bahagian Pengurusan Data Pendidikan
Bilik C201, Tingkat 2, Blok C,
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2382125
e-Mail : ramlee@moe.edu.bn

-    Ketua Bahagian Perkembangan & Pemantauan Pendidikan

Bilik C210, Tingkat 2, Blok C,
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2381737
e-Mail : mhm@moe.edu.bn

-    Ketua Bahagian Perancangan

Bilik C211, Tingkat 2, Blok C,
Jabatan Perancangan Perkembangan dan Penyelidikan
Talian Telefon : 2381757
e-Mail : janidij@moe.edu.bn



9: Adakah perkhidmatan-perkhidmatan ini dikenakan bayaran ?

Jawapan:
Untuk mendapatkan perkhidmatan, pada masa ini,  jabatan  tidak mengenakan sebarang bayaran. Walau bagaimanapun di masa akan datang mana-mana perkhidmatan yang dikehendaki dari jabatan ini seperti pengendalian bengkel/kursus; perkhidmatan konsultan dikenakan bayaran yang memadai mengikut kadar yang diluluskan oleh pihak berkenaan.


JENIS-JENIS PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH JPPP IALAH:

1.    Latihan Penggunaan Sistem Maklumat Pendidikan [EIS] bagi guru/kerani sekolah/maktab kerajaan yang bertujuan untuk membolehkan penggunaan Sistem EIS dengan lebih mudah dan berkesan
2.    Bengkel Projek Guru-Guru Khusus Matematik dan Sains [AMIC dan ASIC] bagi guru-guru sekolah rendah kerajaan yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kaedah dan pedagogi pengajaran terkini dalam bidang matematik dan sains sebagai langkah untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran berkenaan. 
3.    Laporan - laporan  kajian  dan penyelidikan bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai isu dan dasar pendidikan bagi kegunaan para pengamal pendidikan, penyelidik dan mahasiswa dan mahasiswi.
4.    Menyediakan  Laporan   Projeksi   Pelajar   dan   Tenaga Pengajar bagi kegunaan pembuat polisi dan keputusan dasar serta perancangan keperluan dan fasiiti bangunan.
5.    Menyediakan  manual   kerja   AMIC   dan ASIC bagi  Projek Guru-Guru Khusus Matematik dan Sains untuk panduan guru-guru mengajar mata pelajaran matematik dan sains di sekolah rendah kerajaan.
6.    Menerbitkan Majalah BEST bagi Projek Guru-Guru Khusus Matematik dan Sains untuk mendokumentasikan bahan-bahan/artikel-artikel pengajaran dan pembelajaran di bidang berkaitan untuk dikongsisama dengan guru-guru bukan projek. 
7.    Menerbitkan Buku-Buku Perangkaan Pendidikan dan Buku Tren Perangkaan Pendidikan 10 Tahun  untuk kegunaan pembuat keputusan [decision maker] dan penggubal dasar [policy maker].
8.    Menerbitkan Buku Panduan Sekolah/Maktab/Institusi Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan untuk rujukan dan kegunaan pihak sekolah dan orang awam dalam membuat perhubungan.



  

1: Apakah fungsi Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah?

2:  Apakah peranan Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah dalam menyumbang kepada perubahan dan peningkatan kualiti kepimpinan dan kualiti pengajaran?

3: Apakah aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Jabatan Kenaziran?

4: Apakah etika kerja nazir sekolah semasa membuat lawatan?

5: Bagaimanakah penilaian sekolah dilakukan oleh Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah?

6:  Apakah tujuan lawatan penilaian ke sekolah?

7: Bagaimanakah cara lawatan penilaian ke sekolah dapat dicapai?

8: Berapa jeniskah lawatan penilaian yang dikendalikan oleh Jabatan Kenaziran?

9: Kepada siapakah laporan-laporan penilaian sekolah dihadapkan?

10: Kenapa lawatan penilaian ke sekolah-sekolah diadakan?

11: Bilakah lawatan penilaian sekolah dilakukan?

12: Apakah aspek-aspek yang dinilai semasa Penilai Penuh Sekolah?

13: Maklumat apakah yang akan dilaporkan dalam laporan Penilaian Penuh Sekolah?

14: Apakah aspek yang dinilai semasa pencerapan dalam kelas?

15: Apakah yang aspek yang dinilai semasa memeriksa buku-buku pelajar?

16: Kemanakah hala tuju mendatang penilaian sekolah Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah ?

17: Apakah bidang kuasa dan tindakan di bawah Akta Pendidikan 2003 yang ada pada Nazir Sekolah jika pihak sekolah/guru tidak memberikan kebenaran dan kerjasama semasa lawatan sekolah?

18: Bagaimanakah pihak-pihak berkenaan  dapat menghubungi Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan?





1: Apakah fungsi Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah?

Jawapan:
Diantara fungsi jabatan yang diadaptasi daripada cabutan laporan Suruhjaya Pelajaran Brunei Tahun 1972 adalah seperti berikut:
•    Memberi maklumat kepada Menteri Pendidikan mengenai keadaan sekolah-sekolah
•    Memeriksa perjalanan sekolah-sekolah dengan tujuan untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran berkembang maju dan terpelihara
•    Melaksanakan tugas-tugas lain berhubung dengan pemeriksaan sekolah-sekolah seperti yang diarahkan oleh Menteri Pendidikan.



2:  Apakah peranan Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah dalam menyumbang kepada perubahan dan peningkatan kualiti kepimpinan dan kualiti pengajaran?

Jawapan:
Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah telah berperanan menyumbang kepada perubahan dan peningkatan kualiti kepimpinan dan kualiti pengajaran di sekolah- sekolah dengan:
•    Pihak jabatan-jabatan dalam Kementerian Pendidikan kini dapat mengunakan dokumen-dokumen penilaian sekolah untuk mengarah dan mendukung unkayah pembaikan.
•    Pengetua, Guru-guru Besar serta pentadbiran sekolah kini mempunyai objektif, penilaian luaran (external evaluation) terhadap pencapaian sekolah masing-masing dan pengetahuan mengenai kekuatan dan kelemahan yang mana boleh membantu sekolah masing-masing dalam menetapkan keutamaan dan pelan bertindak.
•    Jabatan kini mempunyai pembuktian “successful practices” di peringkat sekolah dan kelas untuk dikongsi sama atau sebagai landasan kepada perkembangan dan penglaratan ke sekolah-sekolah lain.
•    Jabatan  telah mempunyai himpunan data dan maklumat mengenai tren nasional dan isu-isu pendidikan bagi memaklumkan kepada mana-mana pihak dalam menyokong, menilai dan merebiu polisi jabatan masing-masing.
•    Jabatan akan lebih responsive terhadap perubahan dan keutamaan sekolah dan polisi Kementerian Pendidikan.
•    Jabatan akan wujud sebagai sebuah badan penilai yang ‘independent’.
•    Jabatan akan lebih supportif terhadap ungkayah pembaikan sekolah (school improvement)
•    Lebih ‘co-ordinated’ dengan penilaian, penyeliaan dan pemantauan yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan lain di Kementerian Pendidikan.
•    Lebih peka terhadap pandangan ibu bapa / penjaga, pelajar, masyarakat umum dan ‘stake holders.’



3: Apakah aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Jabatan Kenaziran?

Jawapan:
Aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Jabatan Kenaziran adalah seperti berikut:
•    Penilaian Penuh Sekolah
•    Pemeriksaan susulan Penilaian Penuh Sekolah / Pemantauan ke atas rancangan tindakan pembaikan sekolah
•    Pemantauan pengajaran dan pembelajaran
•    Lawatan dan Laporan Khas
•    Pemantauan dan penelitian kurikulum sesuatu subjek
•    Pemantauan sekolah di bawah Jagaan Nazir
•    Sumbangan khidmat kepakaran dalam mata pelajaran khusus di peringkat Menengah, Rendah dan Pra
•    Perlantikan ahli jawatankuasa mata pelajaran
•    Sumbangan khidmat dan kepakaran dalam aktiviti-aktiviti Kementerian Pendidikan dan masyarakat
•    Penyediaan laporan tahunan mata pelajaran khusus bagi peringkat menengah, Rendah dan Pra
•    Pengendalian tugas Pentadbiran Am.



4: Apakah etika kerja nazir sekolah semasa membuat lawatan?

Jawapan:
Semasa melaksanakan lawatan sekolah-sekolah, nazir-nazir hendaklah:
•    Berusaha untuk memastikan proses penilaian dilaksanakan secara adil dan saksama yang mungkin
•    Membuat penilaian hasil daripada dapatan langsung.
•    Bertanggungjawab menghasilkan penilaian dan komen-komen yang sahih dan boleh dipercayai.
•    Membuat laporan secara menyeluruh dan meliputi semua aspek yang berlaku di sekolah serta sentiasa mengambil kira keadaan dan latar belakang sekolah yang dinilai.
•    Bersama-sama membuat rumusan dapatan utama bagi menghasilkan kesepakatan pandangan terhadap perjalanan sekolah yang dinilai.
•    Berusaha mengadakan suasana kerja yang mesra dan sentiasa mengadakan permuzakarahan dari masa ke semasa.



5: Bagaimanakah penilaian sekolah dilakukan oleh Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah?

Jawapan:
Sekolah-Sekolah akan dinilai melalui Penilaian Penuh Sekolah  (PPS) iaitu proses mengumpul maklumat bagi mengenal pasti prestasi sekolah. Ia dicapai dengan menganalisis data, pencerapan pengajaran dan pembelajaran, temuramah dan kajiselidik penuntut,guru-guru, kakitangan dan ibubapa. Penilaian dilaksanakan oleh sekumpulan nazir yang diketuai oleh penyelaras sekolah. Laporan bertulis akan diserahkan kepada Menteri Pendidikan  (Akta Pendidikan 2003 Part X Section 118 ms1031).



6:  Apakah tujuan lawatan penilaian ke sekolah?

Jawapan:
Tujuan utama penilaian adalah untuk menilai dan melaporkan kualiti pendidikan yang disediakan oleh sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam, dan mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan standard pencapaian pelajar-pelajar di negara ini.



7: Bagaimanakah cara lawatan penilaian ke sekolah dapat dicapai?

Jawapan:
Untuk mencapai tujuan lawatan penilaian ke sekolah pihak kenaziran akan merangkumkan beberapa aspek:
•    Melaksanakan penilaian yang membina terhadap kualiti pendidikan yang disediakan dan memberikan pandangan serta nasihat professional yang objektif mengenai standard pendidikan yang telah dicapai.
•    Mengenalpasti kekuatan-kekuatan dan perkara yang perlu pembaikan sekolah-sekolah berkenaan agar pelan tindakan dapat dirancang bagi meningkatkan standard pendidikan.
•    Memantau dan melaporkan hasil pelaksanaan pelan tindakan dalam menangani kekuatan-kekuatan dan perkara-perkara yang perlu pembaikan yang telah dikenalpasti khususnya sejauhmana standard dapat ditingkatkan.



8: Berapa jeniskah lawatan penilaian yang dikendalikan oleh Jabatan Kenaziran?

Jawapan:
Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah melakukan beberapa jenis lawatan kesekolah-sekolah diantaranya:
•    Penilaian Penuh Sekolah
•    Penilaian Susulan
•    Lawatan Pemeriksaan ke Sekolah-Sekolah Ugama Khas
•    Lawatan Perjalanan Awal Persekolahan
•    Lawatan Pemeriksaan Ke Pusat Peperiksaan Awam
•    Pemeriksaan Khas Dalam Bidang Profesional



9: Kepada siapakah laporan-laporan penilaian sekolah dihadapkan?

Jawapan:
Laporan dapatan-dapatan penilaian sekolah dihadapkan kepada Menteri Pendidikan, Negara Brunei Darussalam



10: Kenapa lawatan penilaian ke sekolah-sekolah diadakan?

Jawapan:
Merujuk perintah Akta Pendidikan 2003 Part X (Section 115) ms 1030 menyatakan perkara berikut:
The Director of Schools’ Inspectorate shall:-
a)    be responsible, in collaboration with such authority as the Minister may appoint, for ensuring that an adequate standard of teaching is developed and maintained in educational institutions;
b)    inspect educational institutions or cause educational institutions to be inspected by an Inspector (Nazir) at such intervals as he shall consider appropriate; and
c)    undertake such other duties in relation to the inspection of educational institution as the Minister may direct or as may be prescribed.



11: Bilakah lawatan penilaian sekolah dilakukan?

Jawapan:
Sekolah selalunya akan dinilai pada bila-bila masa waktu persekolahan sepanjang tahun dan bila diperlukan atas arahan pihak atasan. Penilaian Penuh Sekolah pula diadakan dalam pusingan lima tahun. Sekolah akan diberitahu sebulan sebelum Penilaian Penuh Sekolah dimulakan.



12: Apakah aspek-aspek yang dinilai semasa Penilai Penuh Sekolah?

Jawapan:
Sepasukan nazir sekolah yang diketuai oleh penyelaras akan berada di sekolah selama lebih kurang dua minggu bergantung kepada saiz sekolah. Nazir-nazir sekolah akan membuat pencerapan pengajaran, memeriksa buku pengajaran guru, buku-buku pelajar, berbincang bersama pentadbiran sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan juga penuntut-penuntut bagi mengumpul bukti-bukti prestasi sekolah. Kajiselidik ibu bapa, guru-guru dan pelajar juga akan dilakukan.



13: Maklumat apakah yang akan dilaporkan dalam laporan Penilaian Penuh Sekolah?

Jawapan:
Perkara-perkara berikut akan diberikan perhatian dan dilaporkan semasa lawatan:
1.    Latar belakang
•    Latar belakang penilaian
•    Latar belakang sekolah

2.    Standard Pendidikan
•    Pencapaian academic pelajar
•    Profil kualiti pengajaran guru
•    Profil kualiti pembelajaran pelajar
•    Profil kualiti kerja tulis pelajar
•    Profil kualiti pelajar

3.    Laporan Setiap Mata Pelajaran

4.    Pendidikan Khas
•    Pre-vocational education
•    Provision for hearing impaired students

5.    Pengurusan dan Organisasi
•    Kepimpinan dan pengurusan
•    Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum
•    Pengurusan Kewangan
•    Tenaga pengajar dan bukan pengajar
•    Sumber pengajaran dan pembelajaran
•    Kemudahan fizikal
•    Perpustakaan
•    Asrama
•    Kebajikan pelajar
•    Hubungan dengan ibubapa dan masyarakat.

6.    Analisis Soal Selidik
•    Ibubapa
•    Guru
•    Pelajar



14: Apakah aspek yang dinilai semasa pencerapan dalam kelas?

Jawapan:
Pecerapan nazir akan menilai perkara-perkara berikut:
1.    Keperibadian        
Kemesraan, semangat mengajar, dayausaha dan sikap

2.    Penjagaan Disiplin
Perhatian kepada kelas, ketegasan, perhatian kepada kekemasan pelajar dan bilik darjah.

3.    Pertuturan dan Suara
Terang, rentak, kefahaman dan kecepatan

4.   Pengetahuan Guru

5.    Persediaan Kerja
Rancangan mengajar, persediaan mengajar dan catatan kerja-kerja bertulis

6.    Penyampaian pengajaran   
Isi pelajaran: kecukupan, penyesuaian
Menyoal: kaitan soalan dengan pelajaran, teknik, kecukupan, penyesuaian, penyusunan
Perkembangan: kelancaran, penyusunan, kesan
Penggunaan alatbantu mengajar :Papan tulis dan bantuan mengajar yang lain

7.    Penyertaan pelajar : perseorangan, kumpulan, kelas dan kecukupan

Title        Berapa kerapkah nazir akan masuk ke kelas untuk mencerap guru?

Keywords    Kekerapan nazir mencerap guru.

Details    Nazir akan masuk ke kelas sekurang-kurangnya dua kali semasa penilaian penuh sekolah dan akan memberikan maklumbalas.



15: Apakah yang aspek yang dinilai semasa memeriksa buku-buku pelajar?

Jawapan:
Buku-buku pelajar akan diperiksa dan dinilai mengenai
1.    Kecukupan: Bagi tiap-tiap minggu dan penyesuaian

2.    Pengawasan buku-buku latihan dan buku-buku kerja: Kebersihan dan kekemasan dan latihan-latihan dibuat oleh pelajar-pelajar.

3.    Mutu pemeriksaan:
Cara memeriksa : ketelitian, pembetulan dan siap pada masanya Pemberian markah dan ulasan daripada guru

4.  Ujian-ujian dan catatannya.



16: Kemanakah hala tuju mendatang penilaian sekolah Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah ?

Jawapan:
Bagi mempastikan penilaian sekolah memainkan peranan berkesan pihak jabatan akan :
•    Mengendalikan pencerapan terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah dengan lebih kerap.
•    Mempergunakan maklumat serta informasi sekolah yang sedia ada dengan berkesan agar tidak wujud pertindihan dan pembaziran tenaga.
•    Memastikan perlaksanaan penilaian kemas, teliti, tekal dan berkualiti tinggi.
•    Memastikan pasukan dan individu penilai diterima sebagai professional, disegani, dihormati dan berkredibiliti.
•    Memastikan proses penilaian transparen, berkualiyi dan prosedur diketahui oleh yang dinilai terlebih awal.
•    Menyediakan laporan segera sebaik selapas penilaian / pencerapan dilakukan agar ianya masih releven dan terkini.



17: Apakah bidang kuasa dan tindakan di bawah Akta Pendidikan 2003 yang ada pada Nazir Sekolah jika pihak sekolah/guru tidak memberikan kebenaran dan kerjasama semasa lawatan sekolah?

Jawapan:
Merujuk Akta Pendidikan 2003 : Constitution of Brunei Darussalam – Education Order 2003
1.    General powers of Inspectors of School
Education Order 2003 Part X (Section 119) Pg 1031 stated that:
For the purpose of making any inspection of an educational institution the Director or an inspector may-
•    (a) At any time enter an educational institution; and
•    (b) require the chairman of the board of governors, a governor, principal, head teacher, teacher or pupil of the educational institution or any other person found in the educational institution-
(i)    to produce for his inspection any timetable, syllabus or record pertaining to subjects taught or to be taught or nay book, material, document or other article relating to or which in the opinion of the inspector may relate to the teaching carried out on in the educational institution or the management of the educational institution; and
(ii)    to furnish the Inspector with such information relating to the teaching in, or the organization of, the educational institution as the Inspector may demand, and which it is within the power of the chairman, governor, principal, head teacher, teacher, pupil or other person to furnish.

2.    Offences and penalties relating to Inspectors
Education Order 2003 Part XIV (Section 131) pg 1040 stated that:
Any person who-
(a)    obstructs or impedes the Director or an Inspector, in the exercise of any power conferred by section 115
(b)    refuses to produce any timetable, syllabus, record book, material, document or other article, or to furnish any information, in contravention of section 119(b); or
(c)    furnishes any information under section 119 (b) which is false in any material particular or which he knows to be false or does not to be  true,
shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding $30,000, imprisonment for a term not exceeding 2 years or both.

3.    Power to investigate
Education Order 2003 Part XIV Section 113) pg 1040 stated that:
The Registrar General, a public officer authorized by the Registrar General in that behalf in writing or a police officer not below the rank of Inspector
(1)    shall have the power to investigate in respect of the commission of any offence under this Order or any regulations made thereunder.
(2)    Shall in relation to any investigation in respect of an offence under this order or any regulations made thereunder, have all the powers of a police officer under Criminal Procedure Code (Chapter 7) in relation to a police investigation, except that the power to arrest without warrant in any seizable offence shall not be exercised by the Registrar General or the public officer authorised by him in that behalf in writing.

4.    Power to enter without warrant
Education Order 2003 Part XIV (Section 134) pg 1041 stated that:
Without prejudice to section 133, where the  Registrar General, a public officer authorized by the Registrar General in that behalf in writing or a police officer not below the rank of Inspector has reasonable grounds for believing that the object of any search to be conducted on any premises for the purposes of this Order is likely to be frustrated by reason of any delay in obtaining a search warrant under the Criminal Procedure Code (Chapter 7), he may, without the warrant, enter the premises for such purposes by the use of only such force as may be necessary.



18: Bagaimanakah pihak-pihak berkenaan  dapat menghubungi Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan?

Jawapan:
Pihak-pihak berkenaan bolehlah menghubungi:

Pengarah kenaziran Sekolah-Sekolah
Jabatan Kenaziran Sekolah-Sekolah
Blok 2I, Bangunan Kondominium
Jalan Ong Sum Ping
Bandar Seri Begawan BA 1311
Negara Brunei Darussalam
Tel: 2230100         Fax: 2230131
  

1: Procedur permohonan penggunaan alat-alat komputer / LCD projector?

2: Procedur Tempahan Penggunaan Bilik Mesyuarat/Conference/Lecture Hall dll. Di Jabatan Pendidikan Teknik?

3: Procedur penempahan Makanan/Kuih Muih bagi tujuan Mesyuarat, Persidangan, Taklimat dan sebagainya?

4: Procedur melapor kerosakan-kerosakan hartabenda kerajaan?

5: Bagaimana Memohon Elaun Penuntut?

6: Siapa yang layak menerima elaun penuntut (Pertimbangan Khas)?

7: Prosis Elaun Penuntut?

8: Apakah syarat kemasukan institusi pendidikan teknik dan vokasional?

9: Apakah cara kemasukan institusi pendidikan teknik dan vokasional?

10: Dimanakah terletaknya bangunan Seksyen Pendidikan Lanjutan ?

11: Saya berminat mengikuti kelas / kursus yang dianjurkan oleh Seksyen Pendidikan Lanjutan,bagaimanakah caranya ?

12: Bilakah  waktunya  untuk saya mendaftar belajar di Seksyen ini ?

13: Apakah mata pelajaran atau subjek yang boleh saya ikuti di Seksyen Pendidikan Lanjutan ini ?

14: Adakah pelajar-pelajar lepaskan Seksyen Pendidikan Lanjutan ini telah berjaya  melangkah hingga ke peringkat UBD atau Maktab Teknik ?

15: Siapakah guru-gurunya yang  mengajar di kelas-kelas Lanjutan itu ?

16: Di kawasan manakah saya harus mendaftar ?

17: Di kawasan kami ( pendalaman ) kurang penduduk bolehkah seksyen ini mengadakan kelas-kelas yang kami kehendaki ?

18: Kami berminat hendak mengikuti kursus / kelas urusan rumahtangga tetapi kami bermasalah mengenai dengan tempat menjalankan kursus/ kelas ini. Apakah kami boleh menggunakan Balai Raya di kampong kami bagi mengadakan aktiviti menjahit atau memasak ini ?

19: Bolehkah sijil-sijil   Pelajaran Lanjutan digunakan sebagai satu kelebihan untuk memohon sebarang  pekerjaan?

20: Selain daripada sijil-sijil,  apakah lagi  yang boleh kami perolehi dari Seksyen ini?

21: Saya bermasalah dengan pembayarannya, adakah boleh saya membayar secara beransur atau saya  membayar lepas bonus ?

22: Saya salah seorang tenaga pengajar Seksyen Lanjutan tetapi saya sering mengalami pembayaran elaun yang lambat dari Seksyen ini. saya ingin mengetahui mengapakah terjadinya demikian ?

23: Penuntut saya semakin merosot , apakah tindakan Seksyen ini dan bagaimana saya mengatasinya?

24: Saya mahu bertukar ke Sekolah lain kerana guru saya kurang menarik ?

25: Apakah pelajaran yang terkandung dalam urusan Ruamahtangga ?




1: Procedur permohonan penggunaan alat-alat komputer / LCD projector?

Jawapan:
Permohonan hendaklah dihadapakan tidak lewat Satu (1) minggu sebelum tarikh yang dikehendaki kepada Unit ICT, Seksyen Perkhidmatan

1.    Mengisi borang ‘Tempahan Komputer / LCD Projector’ dengan lengkap
2.    Borang ‘Tempahan Komputer / LCD Projector’ boleh didapati di Unit ICT, Seksyen Perkhidmatan atau melalui laman web Intranet Jabatan Pendidikan Teknik.
3.    Hadapkan borang yang telah lengkap kepada Pembantu Teknik Unit ICT



2: Procedur Tempahan Penggunaan Bilik Mesyuarat/Conference/Lecture Hall dll. Di Jabatan Pendidikan Teknik?

Jawapan:
Permohonan hendaklah dihadapakan tidak lewat Satu (1) minggu sebelum tarikh yang dikehendaki kepada Seksyen Perkhidmatan

1.    Mengisi borang ‘Tempahan Bilik’ dengan lengkap
2.    Borang ‘Tempahan Bilik’ boleh didapati di Seksyen Perkhidmatan atau melalui laman web Intranet Jabatan Pendidikan Teknik.
3.    Hadapkan borang yang telah lengkap kepada Kerani Seksyen Perkhidmatan.



3: Procedur penempahan Makanan/Kuih Muih bagi tujuan Mesyuarat, Persidangan, Taklimat dan sebagainya?

Jawapan:
Permohonan hendaklah dihadapakan tidak lewat Satu (1) minggu sebelum tarikh yang dikehendaki kepada Seksyen Kewangan

1.    Mengisi borang ‘Makanan/Kuih Muih’ dengan lengkap
2.    Borang ‘Makanan/Kuih Muih’ boleh didapati di Seksyen Kewangan atau melalui laman web Intranet Jabatan Pendidikan Teknik.



4: Procedur melapor kerosakan-kerosakan hartabenda kerajaan?

Jawapan:
Permohonan hendaklah dengan serta-merta menghadapkan borang aduan kerosakan ke Seksyen Perkhidmatan.

1.    Mengisi borang ‘Aduan Kerosakan’ dengan lengkap
2.    Borang ‘Aduan Kerosakan’ boleh didapati di Seksyen Perkhidmatan atau melalui laman web Intranet Jabatan Pendidikan Teknik.
3.    Hadapkan borang yang lengkap kepada Kerani Seksyen Perkhidmatan.



5: Bagaimana Memohon Elaun Penuntut?

Jawapan:
Elaun penuntut boleh di dapati dengan mengisikan borang permohonan yang diperolehi daripada mana-mana institusi Teknik dan Vokasional di Negara Brunei Darussalam.

Salinan-salinan yang disertakan bersama adalah seperti berikut:
1.    Kad Pintar Pelajar
2.    Kad Pintar atau Surat Beranak semua tanggungan
3.    Slip gaji ayah / ibu
4.    Slip gaji penjaga
5.    Sijil Cerai (jika ayah & ibu bercerai)
6.    Surat akuan anak angkat
7.    Surat akuan persaraan (ayah / ibu)
8.    Surat akuan kerakyatan (jika ada)
9.    Lain-Lain



6: Siapa yang layak menerima elaun penuntut (Pertimbangan Khas)?

Jawapan:
Elaun penuntut bagi pelajar Pra-Diploma Kebangsaan (PND) dan Diploma Kebangsaan (ND) adalah secara otomatik, iaitu mereka (terdiri daripada penduduk Negara Brunei Darussalam yang memegang Kad Pintar berwarna kuning sahaja) hanya layak menerima elaun penuntut seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Manakala bagi pelajar National Trade Certificate (NTC) dan National Vocational Certificate (NVC), mereka (terdiri daripada penduduk Negara Brunei Darussalam yang memegang Kad Pintar berwarna kuning sahaja), hendaklah memohon dengan mengisikan borang dan mereka ini hanya akan mendapat elaun penuntut (Pertimbangan Khas) dengan syarat pendapatan purata keluarga (termasuk gaji dan elaun) dibahagi dengan berapa orang tanggungan dan mestilah kurang daripada $250 (dua ratus lima puloh ringgit) satu kepala.



7: Prosis Elaun Penuntut?

Jawapan:
Prosis elaun penuntut adalah tertakluk kepada beberapa faktor seperti berikut:

1.    Kelewatan pihak institusi menerima nombor akaun bank daripada pemohon
2.    Kelewatan pemohon menghadapkan dokumen-dokumen yang diperlukan termasuk kedatangan semasa penempatan industri.
3.    Akaun bank pemohon didapati sudah ditutup



8: Apakah syarat kemasukan institusi pendidikan teknik dan vokasional?

Jawapan:

Higher National Diploma
(HND)
1.    Lulus dalam sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran yang berkaitan di peringkat GCE’A” Level dan 4 GCE ‘O’ Level (kepujian) dalam mata pelajaran yang relevan

ATAU

Lulus National Diploma yang berkaitan

ATAU

Kelulusan yang berkaitan dan pengalaman bekerja yang berkaitan

DAN

2.    Lulus ujian kemasukan dan temuduga
National Diploma
(ND)
1.    Lulus PND yang berkenaan

ATAU

4 kepujian dalam mata pelajaran yang berkaitan di peringkat GCE ‘O’ Level

ATAU

Kelulusan yang berkaitan

DAN

2.    Lulus temuduga

Pre-National Diploma
(PND)
1.    Lulus dalam 4 mata pelajaran yang berkaitan di peringkat GCE ‘O’ Level

ATAU

Tamat Menengah 5N dengan mendapat Gred 2 dalam 4 mata pelajaran yang berkaitan

ATAU

Lulus NTC2 dan lulus dalam mata pelajaran ‘Core Unit’

DAN

2.    Lulus temuduga
National Trade Certificate
Grade 2 (NTC2)

1.    Lulus NTC3 atau kelulusan lain yang berkaitan

DAN

2.    1 tahun pengalaman kerja yang berkaitan

DAN

3.    Lulus temuduga
National Trade Certificate
Grade 3 (NTC3)
1.    Tamat Menengah 3

ATAU

Mempunyai kelulusan yang berkaitan dan mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan

DAN

2.    Lulus temuduga
National Vocational
Certificate (NVC)
1.    Tamat Menengah 3

ATAU

Mempunyai kelulusan yang berkaitan dan mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan

DAN

2.    Lulus temuduga




9: Apakah cara kemasukan institusi pendidikan teknik dan vokasional?

Jawapan:
1.  Pengiklanan kursus-kursus
Institusi pendidikan teknik dan vokasional dibawah Jabatan Pendidikan Teknik dibuka untuk pendaftaran pelajar pelajar baru setiap bulan Januari dan Julai.
Bagi pengambilan Januari, iklan akan dikeluarkan disurat khabar dan radio dalam bulan September sebelumnya. Manakala bagi pengambilan bulan Julai, iklan akan dikeluarkan pada bulan Februari sebelumnya.
Setelah iklan dikeluarkan, borang borang permohonan kemasukan pelajar bolih didapati daripada institusi berkenaan atau dari Jabatan Pendidikan Teknik di simpang 247, Jalan Pasar Baru, Gadong BE1310.
Keterangan lanjut mengenai dengan kursus kursus yang diiklankan juga akan diedarkan bersama dengan borang permohonan.

Sila pastikan tarikh tutup bagi penerimaan borang permohonan. Penerimaan borang permohonan hanya dibuka selama 3 – 4 minggu sahaja selepas iklan dikeluarkan. Borang borang yang lewat diterima atau pun tidak lengkap tidak akan diprosis.

Bagi pemohon pemohon yang sudah bekerja, borang permohonan mereka hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan. Pemohon pemohon yang terdiri daripada pegawai/kakitangan Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam juga dikehendaki memohon ke Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mendapatkan kebenaran melalui Ketua Jabatan masing-masing.

2. Proses pemilihan
Semua institusi institusi dibawah Jabatan Pendidikan Teknik menggunakan sistem ‘VTET Student Admission System’ iaitu satu sistem teknologi maklumat yang digunakan dalam proses pemilihan pemohon pemohon mengikut kelayakan mereka.

Sistem tersebut berdasarkan syarat syarat kemasukan yang ditentukan oleh Majlis Pendidikan Teknik dan Vokasional Brunei Darussalam dan sistem permarkahan bagi setiap kursus tersebut. Permarkahan yang diperuntukan itu adalah berbeza dari satu kursus kepada kursus yang lain. Ianya diperuntukan dengan mengambil kira mata pelajaran yang berkaitan dengan kursus yang dipohonkan itu.

Bagi pemohon yang mempunyai kelulusan yang lain, mereka akan dipertimbangkan secara individu.

Pemohon pemohon yang memenuhi syarat kemasukan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga di institusi yang berkenaan. Bilangan pemohon yang akan dipanggil untuk temuduga adalah bergantung kepada bilangan tempat yang ada dalam setiap kursus itu.

Jika terdapat pemohon yang tidak dipanggil untuk temuduga bagi pilihan pertama (first choice) kursus, permohonannya akan disalurkan kepada pilihan kedua (second choice).
Proses pemilihan temuduga dan kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Teknik akan mengambil masa 3 bulan.



10: Dimanakah terletaknya bangunan Seksyen Pendidikan Lanjutan ?

Jawapan:
a)Awda boleh datang ke alamat seperti berikut :-

Seksyen Pendidikan Lanjutan
Jabatan Pendidikan Teknik,
Simpang 347, Jalan Pasar Baru Gadong, BE 1410
Negara Brunei Darussalam.

b)    Awda juga boleh menghubungi Seksyen ini melalui  ditalian telephone di bawah ini bagi sebarang pertanyaan.

2422491    -    Ketua Seksyen Pelajaran Lanjutan
2422492    -    Penyusun Pelajaran Lanjutan
2422493    -       General Office



11: Saya berminat mengikuti kelas / kursus yang dianjurkan oleh Seksyen Pendidikan Lanjutan,bagaimanakah caranya ?

Jawapan:
a)    Pastikan Awda mendapatkan maklumat melalui TV , Radio, Surat Keliling atau melalui Media Kerajaan atau swasta bagi mempastikan bila kelas / kursus yang berkenaan akan dibuka pendaftaranya.
b)    Awda boleh juga berhubung terus ke Seksyen Lanjutan bagi mendapatkan informasi yang dikehendaki pada bila-bila masa waktu pejabat.



12: Bilakah  waktunya  untuk saya mendaftar belajar  di Seksyen ini ?

Jawapan:
a)    Apabila sudah ada pemberitahuan mengenai pendaftaran kelas / kursus dibukakan.  Awda hendaklah segera mendapatkan borang permohonan dan leaflet penerangan bagi memudahkan urusan selanjutnya .
b)    Waktu pendaftaran dibuka ialah pada waktu pejabat iaitu :-

Waktu pagi             -          7.45 am   hingga   12.15am
Waktu petang         -    1.30pm   hingga      4.30pm



13: Apakah mata pelajaran atau subjek yang boleh saya ikuti di Seksyen Pendidikan Lanjutan ini ?

Jawapan:
a)    Jika awda seorang pelajar yang ‘dropped out’ ( tercicir ) / gagal dan bercita-cita untuk menyambung lagi pelajaran awda, Pihak kami menawarkan subjek-subjek yang sama seperti di sekolah-sekolah kerajaan atau private (Swasta) dengan kata lain mata pelajaran yang dikehendaki di peringkat PMB, ‘O’ Level ataupun  ‘A’ Level.

b)    Jika Awda sudah bekerja dan ingin meninggikan taraf akademik awda, awda boleh juga mengikuti kelas-kelas diatas.

c)    Bagi suri-suri rumahtangga yang berminat dan ada masa yang terluang  pihak kami juga ada menyediakan kelas / kursus untuk Urusan Rumahtangga seperti kelas masakan, kelas kisi ( embroidery ), kelas jahitan & potongan, kelas anyaman, kelas membuat songkok, kelas seni gubahan bunga & kraftangan.

d)    Kepada sesiapa yang berminat mengikuti kursus Bahasa, pihak kami juga ada menawarkan  Bahasa Inggris, bermula dari Primary l  hingga ‘O’ Level begitu juga Bahasa Jepun, Mandrin dan Arab .  Ianya bukan saja untuk menambah bahasa yang bolih difahami / dituturi bahkan juga menjadi satu kelebihan bila memohon sebarang pekerjaan.

e)    Bagi mereka yang ingin menghalusi bacaan Mukaddam dan Al-Quraan, Sekysen ini juga menawarkan kursus-kursus ini, dari peringkat awal hinggalah kebahagian lagu -  Taranum

f)    Bagi yang ingin menambah kemahiran dalam bidang pekeranian / kesetiausahaan pihak kami juga ada menawarkan  Kursus Menaip dan Trengkas.



14: Adakah pelajar-pelajar lepaskan Seksyen Pendidikan Lanjutan ini telah berjaya  melangkah hingga ke peringkat UBD atau Maktab Teknik ?

Jawapan:
Memang sudah ada pelajar-pelajar lepasan Seksyen ini yang berjaya masuk  belajar ke institusi-institusi tinggi seperti  UBD.  Tetapi ini semua bukanlah hanya bergantung sekadar mengikuti kelas / kursus di Seksyen ini tetapi ada factor lain juga yang memainkan peranannya untuk awda mengaut kejayaan itu.



15: Siapakah guru-gurunya yang  mengajar di kelas-kelas Lanjutan itu ?

Jawapan:
Awda tidak perlu meragui kebolehan guru-guru Pelajaran Lanjutan,  Seksyen ini sentiasa memantau dan memata-matai guru-guru berkenaan mengikut system dan garis pandu yang telah diberikan oleh Seksyen Pendidikan Lanjutan.



16: Di kawasan manakah saya harus mendaftar ?

Jawapan:
a)    Awda boleh merujuk pusat-pusat pembelajaran yang ditawarkan oleh seksyen ini dari masa ke semasa.  Awda dinasihatkan supaya mengikuti kelas-kelas kami yang berdekatan dengan tempat tinggal awda.  Sila rujuk Leman Web kami bagi Pusat-pusat Pelajaran Lanjutan atau berhubung terus dengan pihak  Seksyen Lanjutan bagi keterangan lanjut.

b)    Sekiranya Awda memerlukan subjek-subjek yang tidak ada dalam tawaran kami, awda boleh berusaha mengumpulkan kawan-kawan awda tidak kurang dari 15 orang dan kemudian berunding dengan pegawai-pegawai di Seksyen Pendidikan Lanjutan mengenainya.



17: Di kawasan kami ( pendalaman ) kurang penduduk bolehkah seksyen ini mengadakan kelas-kelas yang kami kehendaki ?

Jawapan:

a)    Kalau kediaman awda di luar Bandar seperti di Kg. Pengkalan Mau, Ulu Belait atau Kg. Selapon Temburong, dimana, jumlah pelajar tidak mencukupi untuk membuka satu kelas, awda dinasihati untuk mendaftar ke pusat-pusat yang berdekatan yang sudah tertubuhnya pusat-pusat kelas Pendidikan Lanjutan.

b)    Sekiranya awda telah mengumpulkan kawan-kawan awda untuk belajar dan didapati pula  ada seorang guru sekolah yang tinggal di kawasan berkenaan yang tidak keberatan untuk mengajar di kawasan awda, awda / guru tersebut dinasihati melaporkan kepada Ketua Seksyen Pendidikan Lanjutan untuk tindakan selanjutnya.



18: Kami berminat hendak mengikuti kursus / kelas urusan rumahtangga tetapi kami bermasalah mengenai dengan tempat menjalankan kursus/ kelas ini. Apakah kami boleh menggunakan Balai Raya di kampong kami bagi mengadakan aktiviti menjahit atau memasak ini ?

Jawapan:
a)    Memandangkan Balai Raya  dikuasai oleh   Jabatan Daerah di mana  awda
berada, sebaiknya berundinglah terlebih dahulu dengan Penghulu atau Ketua Kampong yang berkenaan. Pihak Seksyen Pendidikan Lanjutan tidak keberatan menggunakan Balai Raya tersebut jika sudah didahului dengan perundingan dengan orang-orang yang berkenaan.

b)    Sebaiknya Balai Raya yang hendak digunakan itu mempunyai  bekalan api letrik dan air yang masih berfungsi.  Keselamatan  tempat yang terjamin kerana Seksyen ini akan menyediakan alat-alat memasak seperti oven dan alat menjahit seperti mesin jahit yang lazimnya diperlukan oleh sesebuah kelas urusan rumahtangga di tempat itu.



19: Bolehkah sijil-sijil Pelajaran Lanjutan digunakan sebagai satu kelebihan untuk memohon sebarang  pekerjaan?

Jawapan:

a)    Jika awda mengikuti kelas-kelas akademik, pihak kami tidak mengeluarkan sijil-sijil ‘PMB’, ‘O’ Level dan ‘A’ Level ini. Awda akan menduduki peperiksaan ini melalui Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan dan jabatan itulah nanti akan mengeluarkan siji-sijil tersebut.

b)    Jika kelas / kursus urusan rumahtangga yang di ikuti di Seksyen kami, sijil yang kami keluarkan  memang  merupakan satu kelebihan kepada awda jika awda lampirakan dalam pemohonan jawatan kosong awda.



20: Selain daripada sijil-sijil,  apakah lagi  yang boleh kami perolehi dari Seksyen ini?

Jawapan:
a)    Bukan sijil-sijil saja yang akan awda perolehi dari mengikuti kursus di ini, bahkan pengalaman dan kemahiran yang tidak ternilai hargainya juga akan awda kuasai dari kelas / kursus urusan rumahtangga ini, awda boleh menjadi seorang tukang masak / tukang jahit / tukang gubah yang berkeyakinan, berkamahiran dan berkebolehan  lagi  berwibawa.

b)    Apabila awda sudah lulus dengan cemerlang di bidang urusan rumahtangga yang awda ceburi,  awda boleh memohon sebagai tenaga pengajar, jika awda bernasib baik, awda mungkin terpileh menjadi seorang tenaga pengajar di kawasan awda tinggal bagi memanjangkan pelajaran awda pada jenerasi baru.



21: Saya bermasalah dengan pembayarannya, adakah boleh saya membayar secara beransur atau saya  membayar lepas bonus ?

Jawapan:
a)    Dasar Seksyen ini tidak membenarkan bayaran secara demikian kerana ia melibatkan kemasukan wang kerajaan dan hasil negara.               
b)    Seseorang itu tidak akan diterima belajar selagi dia belum menjelaskan wang pendaftarannya.
c)    Jika awda menghadapi masalah kewangan, dinasihat supaya awda menghadkan mana-mana subjek yang mengkehendaki bantuan, dari kelas-kelas Pelajaran Lanjutan saja yang didaftarkan.



22: Saya salah seorang tenaga pengajar Seksyen Lanjutan tetapi saya sering mengalami pembayaran elaun yang lambat dari Seksyen ini. saya ingin mengetahui mengapakah terjadinya demikian ?

Jawapan:
a)    Sebelum awda menjadi tenaga pengajar di Seksyen ini, awda sudah  diberikan penerangan mengenai peraturan-peraturan membuat dan menghantar tuntutan awda seperti :

i.    Awda memastikan tuntutan di  buat dan dihantar minggu pertama setiap bulan kepada penyelia-penyelia yang berkenaan.
ii.      Pastikan tuntutan awda tidak  mempunyai kesilapan
seperti 3 salinan , tidak di blanco , pengiraan dengan betul, surat-surat lantikan ada di kembarkan, senarai penuntut, kedatangan, penggunaan dokumen yang betul, tandatangan ketua Penuntut.

b)   Pihak Seksyen Lanjutan akan memastikan semua tuntutan  awda betul dan mematuhi syarat-syarat seperti tandatangan penyelia, tandatangan guru, tandatangan ketua penuntut, tandatangan pegawai yang mensahkan pembayaran sebelum membuat pembayaran sebelum membuat pembayaran melalui Jabatan Kewangan.

c)    Awda dinasihatkan mengikut peraturan-peraturan Jabatan ini , Insya Allah tuntutan-tuntutan awda akan segera diproses dengan sebaik-baiknya dan secepatnya.



23: Penuntut saya semakin merosot , apakah tindakan Seksyen ini dan bagaimana saya mengatasinya?

Jawapan:
a)    Awda dinasihatkan melaporkan hal ini secepat mungkin kepada Seksyen Lanjutan supaya senang pihak kami mengatasi masalah berkenaan.
b)   Pada lazimnya guru-guru terlebih dahulu  menghubungi penuntut-penuntut yang berkenaan misalannya melalui talipon sebelum memberi  amaran, atau keterangan jika mereka mahu, menyambong atau tidak.
c)    Seksyen  Lanjutan akan menyatukan mana-mana kelas yang perlu untuk mengatasi kos pembayaran yang membazir.



24: Saya mahu bertukar ke Sekolah lain kerana guru saya kurang menarik ?

Jawapan:
a.    Sebelum awda meninggalkan  Sekolah berkenaan awda dinasihatkan untuk melaporkan perkara berkenaan ke Seksyen Pendidikan Lanjutan bagi menyelesaikan masalah  awda.  Pihak Lanjutan akan sedia mendengar masalah awda.

b.    Seksyen Pelajaran Lanjutan ada menyediakan borang pertukaran pusat bagi  kemudahan urusan Seksyen. Bagaimanapun hal  ini  tidak digalakkan



25: Apakah pelajaran yang terkandung dalam urusan Ruamahtangga ?

Jawapan:
a)    Mata-mata pelajaran yang terkandung ialah :
1)    Masakan
2)    Potongan dan Jahitan
3)    Sulaman kisi
4)    Gubahan Bunga
5)    Anyaman
6)    Pembuatan Songkok
7)    Seni Reka Fesyen

1) Masakan
Dalam mata pelajaran masakan pelajar-pelajar akan belajar selama 2 tahun.

Tahun I
Mereka akan belajar jenis-jenis masakan seperti ikan, makan Laut, nasi, Kueh Asli , Roti, Daging/ Ayam, Kek dan biskut.

Tahun II
Mereka akan belajar jenis- jenis makanan seperti pastry , kueh melayu, pasta, telor pudding,  salad, rojak dan acar dan hidangan lengkap.    


2) Potongan dan Jahitan
Dalam mata pelajaran potongan dan Jahitan, pelajar-pelajar akan belajar selama 3 tahun.

Tahun I
Mereka akan belajar cara-cara menggunakan mesin jahit, alatan-alatan potongan dan Jahitan, Asas menyukat badan dan membuat pattern (Pola) asas dan menjahit beberapa jenis pakaian.

Tahun II
Diteruskan lagi dengan jahitan jenis –jenis pakaian kanak-kanak, gaun panjang, pakaian Melayu lelaki dan perempuan.


Tahun III
Membuat kelengkapan rumahtangga seperti membuat kusyen  dan langsir.

3) Seni Gubahan Bunga

Isi pelajaran dan masa pembelajaran tidak terhad. Isi dan kandungan pelajaran adalah mengikut tahun pembelajaran. Ianya akan berobah dari setahun kesetahun mengikut peredaran masa dan kehendak sekeliling. Idea-idea baru juga akan diselitkan dari masa kesemasa  semasa pembelajaran untuk memenohi cita rasa orang ramai.

Tujuan utama krusus ini ialah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada kerja-kerja kreatif yang jika diikuti dengan didikasi akan boleh mendatangkan hasil sampingan pada individu.

Seni ini secara menyeluruh mengajar cara-cara membuat bunga dari berbagai bahan termasuklah  bahan-bahan yang mudah dibeli dari kedai-kedai hinggalah kepada bahan-bahan yang sudah usang dan terbuang. Juga diajarkan cara-cara mengubah hasil-hasil yang telah siap dibuat.

4) Anyaman & Kraftangan


Pelajaran ini juga tidak terhad isi pelajaran dan masa mengikutinya. Pelajaran ini meliputi kesemua jenis-jenis anyaman dan kraftangan moden dan tradisi.

Pada peringkat permulaan, pelajar-pelajar akan didedahkan pada cara-cara asas anyaman dan kraftangan. Pelajaran asas ini dipertingkatkan lagi dari masa kesemasa untuk memperteguhkan lagi kemahiran dan untuk mencungkil bakat kreatif yang ada pada setiap pelajar yang mengikuti pelajaran ini. Skim yang akan diikuti termasuklah pembuatan renda, macramé, tatting, penggunaan manik & sequins, jahitan tempal (patchwork), smoking dll.

5) Sulaman Mesin ( Kisi )

Pelajaran ini dibahagikan kepada tiga peringkat : 
a)    Tahun I
b)    Tahun II dan
c)    Tahun III.

Tahun I
Isi pelajaran tahun ini berkisar pada pelajaran asas sulaman mesin. Ianya adalah terhas bagi pelajar-pelajar yang baru mengikuti pelajaran ini.

Pada peringkat permulaan, pelajar-pelajar akan didedahkan pada mesin-mesin kisi yang akan digunakan. Mereka juga akan diajar cara-cara menggunakan dan membaiki kerosakkan yang ringan pada mesin. Kemudian mereka akan diajar cara-cara menjahit menggunakan mesin kisi. Setiap jenis jahitan yang diajarkan akan dinilai mutu hasilnya. Sekiranya penilaian ditahap memuaskan, pelajar akan titingkatkan kepelajaran yang seterusnya.

Pelajaran diperingkat ini selalunya memakan masa lebih satu tahun untuk mendapatkan kemahiran. Ini tergantung pada komitment dan keupayaan setiap pelajar yang mengikuti pelajaran ini.

Tahun II
Setelah kemahiran asas telah diperolehi, pelajar-pelajar akan ditingkatan lagi kemahiran mereka keperingkat yang lebih tinggi. Dalam tingkatan ini pelajar-pelajar akan diajar teknik jahitan zig-zag berulang. Susunan dan aturan benang sangatlah mustahak dalam kemahiran dalam skim ini. Pelajaran tahun II ini akan memakan masa lebih satu tahun untuk mendapatkan memahiran yang sempurna, juga diambil kira komitment dan didikasi yang ada pada diri pelajar.

Walau pun pelajaran ditahun ini agak berlainan dari pelajaran yang sebelumnya, adalah menjadi kewajiban setiap pelajar untuk masih menggunakan jahitan asas disetiap kerja yang dibuat. Dengan cara begini kemahiran akan dapat dimantapkan dengan lebih berkesan lagi.

Tahun III
Diperingkat ini kemahiran adalah ditumpukan pada memahirkan lagi pelajaran-pelajaran dikedua-dua tahun yang telah dilalui.

Diperingkat ini pelajar-pelajar akan diajar cara-cara membentuk corak, memilih warna kain dan benang sesuai bagi kerja yang akan di buat. Ini akan diselajurkan belajar memerhati kesesuaian corak yang telah dibuat secara menyeluruh.

Dikeseluruhan  tahun-tahun mengikuti pelajaran ini, pelajar-pelajar adalah dikehendaki menghasilkan dua ke tiga jenis projek bagi setiap jenis jahitan kisi yang dipelajari. Dari projek-projek ini akan dapat dilihat dan dinilai kemantapan setiap pelajar dalam mengikuti pelajaran ini. Penilaian akan dibuat mulanya  oleh guru yang ditugaskan dan kemudian akan dinilai lagi oleh pegawai.

Sijil akan hanya diedarkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam semua penilaian dan ini akan berlaku hanya selesai tahun III.

6) Pembuatan Songkok

Pelajaran  ini terbahagi kepada tiga peringkat :  Permulaan, Menengah dan Tertinggi.

Permulaan
Membuat songkok biasa – fashion rata dan fashion bergunong. Tinggi songkok 3½ inchi ke 4 inchi.

Menengah
Membuat songkok berlipat dan songkok berawa.

Tertinggi
Membuat songkok biasa tetepi bertingkat dan songkok bersulam.

Siji akan diedarkan pada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti pelajaran hingga keperingkat tertinggi.

Title 
body