Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMOF FAQs

  

1: Apakah Peranan Tabung Amanah Pekerja (TAP)?

2: Apakah dia Visi, Misi dan Objektif TAP?

3: Bagaimanakah struktur Organisasi TAP

4: Berapakah KADAR DIVIDEN yang telah diperolehi di dalam simpanan di Tabung Amanah Pekerja?

5: Siapa yang dianggap MAJIKAN?

6: Siapa yang dianggap PEKERJA?

7:Apakah tanggungjawab seorang majikan?

8: Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran caruman bulanan?

9: Berapakah kadar caruman yang perlu dibayar setiap bulan?

10: Apakah yang patut saya buat jika gaji saya dipotong untuk caruman walaupun saya bukan seorang ahli TAP?

11: Bilakah tarikh terakhir bagi pembayaran caruman dan penghantaran Borang TAP02?

12: Siapakah yang layak  untuk mendaftar?

13:Apakah yang perlu saya lakukan jika saya berpindah tempat kerja?

14:Bolehkah saya menjadi ahli sekiranya saya sudah berumur 55 tahun keatas?

15: Bilakah Tabung Amanah Pekerja mengeluarkan penyata akaun?

16: Skim-Skim Pengeluaran yang terdapat di TAP?

17: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Persaraan 55 Tahun (TAP 55)

18: Apakah borang yang perlu diisikan?

19: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Pra-Persaraan 50 (TAP50)

20: Apakah borang yang perlu diisikan?

21: Siapakah yang berkelayakkan untuk membuat Pengeluaran Pembinaan dan Pembelian Rumah I (TAP 24)

22: Apakah borang yang perlu diisikan?

23: Siapakah yang berkelayakkan untuk membuat Pengeluaran Pembinaan dan Pembelian Rumah II (TAP 24)

24: Apakah borang yang perlu diisikan?

25: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran bagi Hilang Keupayaan (TAP 20)

26: Apakah borang yang perlu diisikan?

27: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran BerHijrah Ke Negara Lain (TAP 26)

28: Apakah borang yang perlu diisikan?

29: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Hak Waris (TAP 22)

30: Apakah borang yang perlu diisikan?

31: Bagaimanakah cara saya memohon skim-skim di atas?

32: Berapa lamakah tempoh penyelesaian bagi skim-skim pengeluaran dan lain-lain perkhidmatan yang diberikan oleh Tabung Amanah Pekerja?




MATLAMAT, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TABUNG AMANAH PEKERJA


1: Apakah Peranan Tabung Amanah Pekerja (TAP)?

Jawapan:
Lembaga Tabung Amanah Pekerja (TAP) adalah organisasi keselamatan sosial yang beroperasi melalui skim TABUNG atau KUMPULAN WANG di Negara Brunei Darussalam yang telah ditubuhkan pada tahun 1992, dan mula beroperasi pada 1 Januari 1993 melalui Bab 2, Perintah (Tabung Amanah Pekerja), 1992 bagi menjamin keselamatan sosial para pekerja yang terdiri daripada rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur di bawah 55 tahun.
Sebelum 1 Januari 1994, TAP hanya diperkenalkan kepada kakitangan Kerajaan sahaja, tetapi selepas tarikh itu, skim ini juga telah diperkenalkan kepada kakitangan Syarikat-Syarikat swasta.  Bagi menambahkan pengetahuan Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kerajaan serta ahli-ahli dan majikan-majikan Syarikat-syarikat Swasta mengenai faedah yang akan diperolehi dari TAP, TAP mengadakan kursus setiap bulan berkenaan dengan Skim-skim TAP.
Pada April 2001, Lembaga TAP telah rasmi menjadi ahli ASEAN Social Security Association (ASSA) di Kuala Lumpur.



2: Apakah dia Visi, Misi dan Objektif TAP?

Jawapan:
VISI
 
“MENJAMIN KESELAMATAN SOSIAL AHLI DI ALAM PERSARAAN”

MISI

“MENGOPTIMAKAN BANTUAN KEWANGAN DI HARI PERSARAAN”

OBJEKTIF TAP


  • Mempastikan majikan membayar caruman pekerjanya selaras dengan Akta TAP.
  • Mempastikan ahli-ahli mendapat pulangan simpanan yang berpatutan.
  • Menentukan ahli-ahli berkelayakan memperolehi semula semua simpanan mereka dengan mudah dan cepat.
  • Memberikan perkhidmatan yang cekap, berkesan, pemedulian dan berbudi bahasa kepada majikan-majikan dan ahli-ahli.
  • Mempastikan segala urusan perakaunan dibuat dengan betul.



3: Bagaimanakah struktur Organisasi TAP?

Jawapan:
STRUKTUR ORGANISASI TAP

(Rujuk Lampiran A)

Bagi mengetahui keterangan lanjut sila layari laman web Tabung Amanah Pekerja di www.tap.gov.bn Atau hubungi ibupejabat TAP dan mana-mana cawangan TAP.




KADAR DIVIDEN


4: Berapakah KADAR DIVIDEN yang telah diperolehi di dalam simpanan di Tabung Amanah Pekerja?

Jawapan:
Kadar Dividen yang diperolehi adalah seperti berikut :-

tap_div

Kadar-kadar pulangan TAP akan diumumkan setiap tahun bagi memaklumkan ahli pengkreditan pada kadar tersebut kedalam akaun ahli.


ELEMEN-ELEMEN YANG PENTING BAGI MEMASTIKAN OPERASI TAP DAPAT BERJALAN DENGAN LANCAR


5: Siapa yang dianggap MAJIKAN?

Jawapan:
Sesiapa yang menggaji seseorang dibawah satu kontrak perkhidmatan secara   bertulis atau lisan. Mereka termasuk:

  • Mana-mana orang, syarikat, pertubuhan sekumpulan orang samada berdaftarkan ataupun tidak.
  • Tuan punya kapal-kapal.
  • Mana-mana pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji.
  • Mana-mana kedutaan asing.



6: Siapa yang dianggap PEKERJA?

Jawapan:
Pekerja yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur dibawah 55 tahun termasuk:

  • Pekerja percubaan
  • Pengarah, Pemilik, dan Pengurus yang bergaji atau mengambil gaji
  • Pekerja sementara atau lepasan sekolah
  • Pekerja ahli keluarga yang bergaji
  • Pekerja kontrak atau secara komisyen



7:Apakah tanggungjawab seorang majikan?

Jawapan:
Pihak majikan hendaklah:

1.    Mendaftarkan syarikatnya dengan mengisikan Borang TAP01 bagi membuka akaun pembayaran caruman sesegera yang boleh.
2.    Mendaftarkan pekerja-pekerja baru dengan mengisikan Borang TAP03.
3.    Mendaftarkan pekerja-pekerja baru yang pernah bekerja di tempat lain sebelum ini dengan mengisikan Borang TAP03P.



PEMBAYARAN CARUMAN BULANAN


8: Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran caruman bulanan?

Jawapan:
Anda bolehlah menggunakan borang TAP02 bagi tujuan membuat pembayaran caruman bulanan dengan menyatakan maklumat yang lengkap.



9: Berapakah kadar caruman yang perlu dibayar setiap bulan?

Jawapan:
Kadar caruman bulanan ialah 10% (5% dipotong daripada gaji awda, dan 5% ditambah oleh majikan awda).

Majikan awda hendaklah mendaftarkan awda pada mula awda melapor untuk bekerja dan memastikan caruman awda dibayar dalam tempoh yang ditetapkan setiap bulan.



10: Apakah yang patut saya buat jika gaji saya dipotong untuk caruman walaupun saya bukan seorang ahli TAP?

Jawapan:
Gaji seorang pekerja yang bukan ahli TAP tidak boleh dipotong untuk caruman TAP.  Akan tetapi, jika ini berlaku, pekerja itu boleh memohon untuk pembayaran balik caruman dengan mengisikan borang TAP12.



11: Bilakah tarikh terakhir bagi pembayaran caruman dan penghantaran Borang TAP02?

Jawapan:
Tarikh terakhir bagi penghantaran Borang TAP02 dan pembayaran caruman ialah pada 15 haribulan pada bulan hadapannya.

Mana-mana majikan yang terlambat membayar caruman akan dikenakan denda.



PENDAFTARAN AHLI TAP


12: Siapakah yang layak  untuk mendaftar?

Jawapan:
Pekerja yang layak untuk mendaftar hendaklah terdiri daripada:

  • Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia ataupun Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam
  • Berumur kurang daripada 55 tahun
  • Pekerja yang tidak berpencen (Kerajaan ataupun Swasta)
  • Bergaji lebih daripada $80.00 setiap bulan



13:Apakah yang perlu saya lakukan jika saya berpindah tempat kerja?

Jawapan:

Jika awda berpindah tempat kerja atau jika ada perubahan pada maklumat awda, awda hendaklah mengisikan borang TAP03P (Borang Pindah Maklumat Ahli) ataupun memaklumkan TAP secara bersurat.



14:Bolehkah saya menjadi ahli sekiranya saya sudah berumur 55 tahun keatas?

Jawapan:
Ya, awda boleh memilih untuk menjadi Ahli TAP sekiranya awda masih bekerja ataupun telah mendapat pekerjaan baru.  Awda hendaklah mengisikan borang TAP04 (Borang Maklumat Peribadi Ahli Atau Pencarum Selepas Umur 55 Tahun)



PENYATA AKAUN AHLI TAP


15: Bilakah Tabung Amanah Pekerja mengeluarkan penyata akaun?

Jawapan:
TAP ada mengeluarkan penyata akaun ahli iaitu satu (1) kali dalam setahun.  Akan tetapi, ahli juga boleh mendapatkan penyata mereka dengan mencetak dari mesin e-info TAP ini pada bila-bila masa sahaja.



16: Skim-Skim Pengeluaran yang terdapat di TAP?

Jawapan:
TAP mempunyai 7 Skim-skim pengeluaran iaitu:-
1)    Persaraan 55 tahun (TAP55)
2)    Pra-Persaraan 50 tahun (TAP50)
3)    Pembinaan atau Pembelian Rumah I & II (TAP24)
4)    Hilang Keupayaan (TAP20)
5)    Hak Waris (TAP22)
6)    BerHijrah ke Negara Lain (TAP26)



17: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Persaraan 55 Tahun (TAP 55)?

Jawapan:
Skim Pengeluaran Persaraan 55 Tahun (TAP55) membolehkan Ahli mengeluarkan kesemua simpanan apabila ahli mencapai usia 55 tahun.



18: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Salinan Buku Bank (jika pembayaran dibuat melalui bank) dengan  menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun.Borang yang perlu diisikan ialah Borang TAP55 dengan menyertakan dokumen yang diperlukan iaitu:
  • Salinan Kad pengenalan
  • Salinan Surat Bersara
  • Salinan Buku Bank (jika pembayaran dibuat melalui bank) dengan  menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun



19: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Pra-Persaraan 50 (TAP50)?

Jawapan:
Skim pengeluaran Pra-Persaraan 50 (TAP50) membolehkan Ahli mengeluarkan satu per empat (1/4) daripada kesemua simpanan mereka di TAP apabila mencapai usia 50 tahun.



20: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP50 dengan menyertakan dokumen seperti:-
  • Salinan Kad pengenalan
  • Salinan Surat Bersara



21: Siapakah yang berkelayakkan untuk membuat Pengeluaran Pembinaan dan Pembelian Rumah I (TAP 24)?

Jawapan:
Jika seseorang ahli sudah memiliki rumah dan mempunyai simpanan TAP sebanyak $40,000 atau lebih, ataupun telah mendaftar dengan TAP selama 10 tahun, ahli itu boleh mengeluarkan 20% daripada harga pembinaan rumah yang sudah dimiliki asalkan ianya tidak melebihi 45% daripada simpanannya di TAP.



22: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP24 dengan menyertakan dokumen seperti:-    
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Geran Tanah
  • Perjanjian pembinaan rumah atau Surat Akuan Sumpah mengenai pembinaan rumah jika tiada perjanjian pembinaan
  • Surat Kelulusan pinjaman perumahan atau resit belian bahan pembinaan jika pembinaan dibiayai secara tunai
  • Bukti bayaran berperingkat atau laporan penilaian peringkat pembinaan yang dikeluarkan oleh pemberi pinjaman atau sijil kelayakan menduduki rumah
  • Surat penyerahan perumahan perpindahan
  • Salinan Pelan Rumah yang lengkap
  • Pengesahan nilai harga rumah
Dan jika memohon pengeluaran untuk dibayar melalui Bank, Salinan Buku Bank yang menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun hendaklah disertakan.



23: Siapakah yang berkelayakkan untuk membuat Pengeluaran Pembinaan dan Pembelian Rumah II (TAP 24)

Jawapan:
Ahli yang belum mempunyai rumah sendiri bolehlah mengeluarkan 15% daripada harga pembelian rumah yang akan dimiliki itu jika ianya bernilai $150,000 dan keatas, ataupun 10% bagi rumah yang bernilai $150,000 kebawah dengan syarat ahli mempunyai simpanan TAP sebanyak $40,000 atau lebih, ataupun telah mendaftar dengan TAP selama 10 tahun.



24: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP24 dengan menyertakan dokumen seperti:-
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Geran Tanah
  • Perjanjian pembelian atau pembinaan rumah
  • Pengesahan daripada pembina rumah atau mana-mana orang yang diluluskan oleh TAP bahawa pembinaan akan dimulakan
  • Pengesahan daripada Institusi Kewangan / Bank yang menyatakan pinjaman akan diberikan dengan syarat adanya surat pengesahan pengeluaran
  • Salinan Pelan Rumah yang lengkap dan telah diluluskan
  • Pengesahan nilai harga rumah
Dan jika memohon pengeluaran untuk dibayar melalui Bank, Salinan Buku Bank yang menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun hendaklah disertakan.



25: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran bagi Hilang Keupayaan (TAP 20)

Jawapan:
Skim ini membolehkan Ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan mereka di TAP apabila disahkan hilang keupayaan dari segi jasmani atau mental untuk terus bekerja oleh lembaga perubatan.



26: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP20 dengan menyertakan dokumen seperti:-
  • Salinan Kad Pengenalan
  • salinan Surat Menamatkan Perkhidmatan
  • Laporan Perubatan Asal,
dan jika memohon pengeluaran untuk dibayar melalui Bank, Salinan Buku Bank yang menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun hendaklah disertakan.



27: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran BerHijrah Ke Negara Lain (TAP 26)?

Jawapan:
Skim ini membolehkan ahli mengeluarkan kesemua simpanan mereka di TAP apabila mereka meninggalkan Negara Brunei Darussalam dan tidak berniat untuk pulang semula ke Negara ini.



28: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP26 dengan menyertakan dokumen seperti:
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Surat Pengesahan Penyerahan Kerakyatan dari Jabatan Imigresen Brunei Darussalam
  • Visa / Surat Pengesahan Kerakyataan atau Penduduk Tetap daripada sesebuah Negara asing
  • Tiket Perjalanan Sehala mencatatkan tarikh perjalanan dan salinan / surat pengesahan daripada agensi pelancongan
  • Bukti Perletakan Jawatan iaitu Surat Berhenti Kerja
  • Surat Akuan Sumpah menyatakan nama majikan terakhir dan tarikh awda berhenti kerja

Jika memohon pengeluaran dimasukkan ke dalam akaun bank, Salinan Buku Bank yang menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun hendaklah disertakan.



29: Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pengeluaran Hak Waris (TAP 22)?

Jawapan:
Skim ini membolehkan Waris membuat pengeluaran daripada kesemua simpanan Ahli yang telah meninggal dunia.



30: Apakah borang yang perlu diisikan?

Jawapan:
Borang yang perlu diisi ialah Borang TAP22 dengan menyertakan dokumen seperti:
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Sijil Perakuan Kematian atau asal yang disahkan oleh Pegawai TAP atau Surat Pentadbir Pusaka oleh Mahkamah Waris.
  • Jika memohon pengeluaran untuk dibayar melalui Bank, Salinan Buku Bank yang menyatakan Nama Akaun dan Nombor Akaun hendaklah disertakan.



31: Bagaimanakah cara saya memohon skim-skim di atas?

Jawapan:
Awda boleh mendapatkan borang pengeluaran skim yang tertentu dari mana-mana pejabat TAP.  Awda hendaklah membawa bersama semua dokumen tertentu seperti yang disenaraikan. Untuk keterangan lebih lanjut, sila datang ke mana-mana cawangan kami.



32: Berapa lamakah tempoh penyelesaian bagi skim-skim pengeluaran dan lain-lain perkhidmatan yang diberikan oleh Tabung Amanah Pekerja?

Jawapan:
Tekad Pemedulian Orang Ramai Tabung Amanah Pekerja (Lampiran B)

LAMPIRAN B

TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI (TPOR)

Jenis Perkhidmatan Tempoh
Pendaftaran Ahli Persendirian1 Hari Bekerja
Pendaftaran Majikan1 Hari Bekerja

Pengeluaran Caruman bagi Skim-Skim
berikut (bab17, Akta TAP Penggal 167) :


- Persaraan 55 Tahun
- Pra-Persaraan 50 Tahun
- 55 Tahun Keatas
- Hilang Keupayaan
- Hak Waris
- BerHijrah Ke Negara Lain
- Pembinaan atau Pembelian Rumah I & II





3 Hari Bekerja




3-7 Hari Bekerja

Pertanyaan mengenai dengan Akaun AhliSerta Merta

Permohonan mendapat penyata (selain daripada
penyata tahunan)

Serta Merta
Maklumbalas kepada persuratan Majikan5 Hari Bekerja
Tindakan penelitian aduan-aduan terhadap Majikan
Serta Merta

* Mengambilkira semua dokumen yang diperlukan disertakan dengan lengkap
  

1: Apakah jenis/kategori syarikat yang dikenakan Cukai Pendapatan?

2: Berapakah kadar peratus cukai pendapatan yang dikenakan?

3: Saya menjalankan perniagaan secara rakan kongsi. Apakah saya dikenakan membayar cukai pendapatan?

4: Bagaimanakah untuk mendapatkan Borang Maklumat Syarikat ?

5: Alamat syarikat saya telah berubah.Apakah saya perlu memaklumkan kepada Bahagian Hasil?

6: Syarikat saya telah mengubah penutup tahun kewangan syarikat berniaga.Apakah syarikat saya perlu memaklumkan kepada Bahagian Hasil?


7: Bilakah Borang Penyata Cukai Pendapatan (IT.1) dikeluarkan?

8: Syarikat saya belum menerima Borang Penyata Cukai Pendapatan. Bagaimanakah saya mendapatkan borang yang baru?

9: Berapa lamakah tempoh diberikan bagi mengembalikan Borang Penyata Cukai Pendapatan?

10: Akaun syarikat saya belum selesai disediakan, diaudit dan ditandatangani oleh Pengarah syarikat. Apakah syarikat saya boleh memohon pelanjutan tempoh bagi penghantaran Borang Penyata Cukai Pendapatan?

11: Apakah syarikat akan dikenakan sebarang denda jika gagal untuk mengembalikan Borang Penyata Cukai Pendapatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan?


12: Apakah dokumen yang perlu dihantar ke Pemungut Cukai Pendapatan semasa pengembalian Borang Penyata Cukai Pendapatan?

13: Adakah syarikat yang tidak aktif/tidak giat beroperasi perlu menghantar Borang Penyata Cukai Pendapatan?

14: Berapa lamakah tempoh diberikan bagi membuat pembayaran ke atas Notis Taksiran yang telah dikeluarkan?

15: Apakah syarikat dibolehkan untuk membuat bantahan ke atas Notis Taksiran?

16: Apakah yang akan terjadi jika syarikat saya gagal membalas pertanyaan daripada pihak Pemungut Cukai Pendapatan?

17: Dimanakah pembayaran cukai dapat dibuat?

18: Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa membuat pembayaran?

19: Apakah kaedah-kaedah pembayaran lain yang dapat dibuat?

20: Apa yang akan terjadi jika syarikat saya lambat dalam membuat pembayaran?

21: Apakah syarikat boleh dikenakan sebarang denda tambahan jika masih gagal membayar denda 5% beserta cukai tertunggak?

22: Mengapakah syarikat saya dikenakan denda kerana tidak menjelaskan pembayaran sedangkan saya telah membuat bantahan ke atas Notis Taksiran?


23: Bagaimanakah jika syarikat saya tidak mampu untuk membuat pembayaran disebabkan oleh masalah kewangan?

24: Apakah syarat-syarat bagi permohonan bayaran balik Cukai Pendapatan?

25: Apakah yang perlu dibuat oleh pihak Syarikat atau Ejen Cukai Syarikat setelah kebenaran diberikan ke atas permohonan bayaran balik cukai?

26: Apakah yang dimaksudkan dengan Cukai Bertangguh?

27: Apa dia Duti Setem?

28: Apa dia contoh jenis-jenis instrumen atau dokumen yang dikenakan Duti Setem?

29: Apakah dokumen/instrumen perlu dibawa ke Pejabat Bahagian Hasil bagi proses pengiraan bayaran Duti Setem?

30: Berapakah bayaran yang dikenakan ke atas pengiraan bayaran Duti Setem?

31: Dimanakah pembayaran Duti Setem boleh dibuat?

32: Apakah denda yang dikenakan jika instrumen atau dokumen lambat dihadapkan untuk dicop Duti Setem?
Bagi instrumen yang dibuat/dikeluarkan/ditandatangani  di Negara Brunei, (Bab 39 Akta Setem (Penggal 34)


33: Bagaimanakah untuk memohon mendapatkan Lesen Juruaudit?

34: Apakah syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?

35: Berapakah bayaran yuran Lesen Juruaudit?

36: Berapa lamakah tempoh kuatkuasa lesen yang diberikan?

37: Berapa lamakah pemohon baru akan mendapatkan jawapan permohonan bagi mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?


38: Apakah tindakan-tindakan selanjutnya yang perlu dibuat oleh pemohon yang berjaya mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?

39:Adakah permohonan yang tidak diluluskan akan dimaklumkan kepada pemohon berkenaan?

40: Apakah syarat-syarat untuk membaharui Lesen Juruaudit?



KATEGORI/JENIS SYARIKAT YANG DIKENAKAN CUKAI PENDAPATAN



1: Apakah jenis/kategori syarikat yang dikenakan Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Cukai Pendapatan adalah dikenakan kepada semua syarikat yang berdaftar dengan tanggungan berhad yang meraih keuntungan mengikut Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35: dan syarikat yang menghasilkan minyak dan gas mengikut Akta Cukai Pendapatan (Petroleum: (Penggal 119:



2: Berapakah kadar peratus cukai pendapatan yang dikenakan?

Jawapan:
Kadar peratus cukai yang dikenakan ialah 30% dan bagi syarikat yang menghasilkan minyak dan gas ialah sebanyak 55% dari keuntungan yang diraih.



3: Saya menjalankan perniagaan secara rakan kongsi. Apakah saya dikenakan membayar cukai pendapatan?

Jawapan:
Tidak. Pada masa ini Cukai pendapatan hanya dikenakan kepada syarikat yang berdaftar dengan tanggungan berhad.



PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BORANG MAKLUMAT SYARIKAT




4: Bagaimanakah untuk mendapatkan Borang Maklumat Syarikat ?

Jawapan:
Borang maklumat syarikat bolehlah didapati di kaunter pejabat Bahagian Hasil pada waktu pejabat dibuka.



5: Alamat syarikat saya telah berubah.Apakah saya perlu memaklumkan kepada Bahagian Hasil?

Jawapan:
Ya, sebarang perubahan alamat persuratan hendaklah dimaklumkan ke Bahagian Hasil secara bersurat.



6: Syarikat saya telah mengubah penutup tahun kewangan syarikat berniaga.Apakah syarikat saya perlu memaklumkan kepada Bahagian Hasil?

Jawapan:
Ya, sebarang perubahan maklumat dalam Borang Maklumat Syarikat hendaklah dimaklumkan ke Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan



PENGELUARAN BORANG PENYATA CUKAI PENDAPATAN




7: Bilakah Borang Penyata Cukai Pendapatan (IT.1) dikeluarkan?

Jawapan:
Borang Penyata Cukai Pendapatan dikeluarkan oleh Bahagian Hasil pada setiap awal bulan Januari pada setiap tahun. Borang ini akan dipos ke alamat syarikat-syarikat.



8: Syarikat saya belum menerima Borang Penyata Cukai Pendapatan. Bagaimanakah saya mendapatkan borang yang baru?

Jawapan:
Syarikat dikehendaki untuk menghubungi pejabat Bahagian Hasil untuk mendapatkan borang yang baru.



9: Berapa lamakah tempoh diberikan bagi mengembalikan Borang Penyata Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Borang Penyata Cukai Pendapatan asal yang telah ditandatangani  hendaklah dikembalikan ke Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Borang tersebut dikeluarkan.



10: Akaun syarikat saya belum selesai disediakan, diaudit dan ditandatangani oleh Pengarah syarikat. Apakah syarikat saya boleh memohon pelanjutan tempoh bagi penghantaran Borang Penyata Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Permohonan bagi tempoh lanjutan untuk mengembalikan Borang Penyata Cukai Pendapatan hendaklah dihadapkan ke Bahagian Hasil secara bertulis dengan menyatakan sebab-sebab kelambatan tersebut.



11: Apakah syarikat akan dikenakan sebarang denda jika gagal untuk mengembalikan Borang Penyata Cukai Pendapatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan?

Jawapan:
Menurut Bab 78, Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35), syarikat yang gagal untuk mengembalikan Penyata Borang Cukai Pendapatan adalah dianggap menyalahi Akta ini dan boleh dikenakan denda sebanyak $10,000 dan jika gagal membayar bolehlah dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan.



12: Apakah dokumen yang perlu dihantar ke Pemungut Cukai Pendapatan semasa pengembalian Borang Penyata Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Setiap syarikat hendaklah menyediakan penyata-penyata berikut:
i) Penyata Cukai Pendapatan
ii)Perkiraan Elaun Modal dan keterangan berkaitan dengannya
iii) Laporan Penyata Kewangan yang telah diaudit dan ditandatangani oleh Lembaga Pengarah termasuk Penyata Untung dan Rugi dan dan Kunci Kira-Kira.



PENGEMBALIAN BORANG PENYATA CUKAI PENDAPATAN




13: Adakah syarikat yang tidak aktif/tidak giat beroperasi perlu menghantar Borang Penyata Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Ya. Borang Penyata Cukai Pendapatan adalah wajib dihantar selagi sesebuah syarikat itu masih berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Syarikat-syarikat Negara Brunei Darussalam walaupun syarikat berkenaan tidak aktif/tidak giat beroperasi.



PEMBAYARAN KE ATAS NOTIS TAKSIRAN




14: Berapa lamakah tempoh diberikan bagi membuat pembayaran ke atas Notis Taksiran yang telah dikeluarkan?

Jawapan:
Menurut Bab 70, Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35), cukai yang dikenakan melalui Notis Taksiran hendaklah dibayar dalam tempoh  30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan walaupun syarikat berhajat untuk membuat bantahan ke atas Notis Taksiran tersebut.



15: Apakah syarikat dibolehkan untuk membuat bantahan ke atas Notis Taksiran?

Jawapan:
Menurut Bab 65 (2), Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35), syarikat boleh memohon bantahan ke Pemungut Cukai Pendapatan secara bertulis dengan menyatakan asas/dasar bagi bantahan tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh Notis dikeluarkan.



16: Apakah yang akan terjadi jika syarikat saya gagal membalas pertanyaan daripada pihak Pemungut Cukai Pendapatan?

Jawapan:

Jika didapati syarikat gagal untuk membalas pertanyaan-pertanyaan pihak Pemungut Cukai Pendapatan Notis Tambahan akan dikeluarkan menurut Bab 62, Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35)

Syarikat saya telah mengalami kerugian dalam beberapa tahun.Setelah itu, syarikat saya telah tidak giat menjalankan perniagaan. Apakah Kerugian dan Elaun Modal dari tahun-tahun lepas boleh dibawa ke hadapan?
Kerugian yang dibawa daripada Tahun-Tahun Taksiran lepas tidak dapat dikumpulkan pada tahun dimana syarikat berkenaan tidak giat berniaga. Kerugian tersebut hanya boleh dibawa ke Taahun Taksiran dimana ianya giat berniaga.

Manakala Elaun Modal  yang dibawa daripada Tahun-Tahun Taksiran lepas hendaklah diserapkan dengan jumlah Elaun Modal Pada Tahun Taksiran dimana syarikat berkenaan disahkan sebagai tidak berfungsi.



PEMBAYARAN CUKAI PENDAPATAN




17: Dimanakah pembayaran cukai dapat dibuat?

Jawapan:
Pembayaran Cukai Pendapatan secara wang tunai/cek dibayar atas nama ‘Kerajaan Brunei’ boleh dibuat di alamat berikut:

Kaunter Bahagian Hasil
Kementerian Kewangan
Level 1, Island Block
Kompleks Bangunan Kementerian Kewangan
Commonwealth Drive
Brunei Darussalam



18: Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa membuat pembayaran?

Jawapan:
Syarikat/Ejen Pencukai hendaklah membawa Notis Taksiran yang dikeluarkan semasa membuar pembayaran.



19: Apakah kaedah-kaedah pembayaran lain yang dapat dibuat?

Jawapan:
Pembayaran juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah pemindahan telegraf(Telegraphic Transfer) atau Deraf Bank(Bank Draft). Syarikat/Ejen Pencukai bolehlah menghubungi Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan bagi mendapatkan keterangan bank selanjutnya.



DENDA KE ATAS KESELAMATAN DALAM PEMBAYARAN




20: Apa yang akan terjadi jika syarikat saya lambat dalam membuat pembayaran?

Jawapan:
Jika tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran luput, Notis Tuntutan tambahan akan dikeluarkan bagi pembayaran denda sebanyak 5 % dari jumlah cukai yang tertunggak beserta jumlah cukai.



21: Apakah syarikat boleh dikenakan sebarang denda tambahan jika masih gagal membayar denda 5% beserta cukai tertunggak?

Jawapan:
Jika syarikat masih gagal membayar Notis Tuntutan setelah luput tempoh 60 hari dari tarikh Notis Tuntutan, denda tambahan 1% akan dikenakan bagi setiap tempoh mencukupi 1 bulan selama tidak lebih 12 kali(12 bulan).



22: Mengapakah syarikat saya dikenakan denda kerana tidak menjelaskan pembayaran sedangkan saya telah membuat bantahan ke atas Notis Taksiran?

Jawapan:
Walaupun syarikat Awang/Dayang telah membuat bantahan ke atas Notis Taksiran, syarikat Awang/Dayang hendaklah mengatur untuk membuat pembayaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan.



23: Bagaimanakah jika syarikat saya tidak mampu untuk membuat pembayaran disebabkan oleh masalah kewangan?

Jawapan:
Dinasihatkan untuk menghubungi Pejabat Bahagian Hasil di talian 2383933 untuk membuat rancangan pembayaran sebelum luput tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran.



PERMOHONAN BAGI BAYARAN BALIK CUKAI PENDAPATAN (TAX REFUND)




24: Apakah syarat-syarat bagi permohonan bayaran balik Cukai Pendapatan?

Jawapan:
Syarat-syarat bagi pembayaran balik Cukai Pendapatan adalah seperti berikut:

1. Jika Jumlah didalam Notis Taksiran Anggaran melebihi jumlah Notis Taksiran Sebenar dengan syarat permohonan diterima dalam tempoh 60 hari selepas tarikh Notis Taksiran Anggaran dikeluarkan seperti dinyatakan dalam Bab 65(2) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35)

2. Bayaran dua kali telah dibuat bagi Tahun Taksiran yang sama disebabkan kelambatan pembayaran melalui pemindahan telegraf

Contoh: Pada 15.05.2004, Syarikat XYZ Sdn Bhd yang beroperasi di Kanada telah membuat pembayaran cukai melalui pemindahan telegraf sebanyak $5,000.00 yang mana Notis Taksiran telah dikeluarkan pada 30.04.2004.

Oleh kerana tidak ada makluman dibuat mengenai pembayaran, Pemungut Cukai Pendapatan berpendapat syarikat berkenaan tidak membayar cukai dan Notis Tuntutan telah dikeluarkan pada 31.05.2004 mengingatkan syarikat berkenaan supaya membayar cukai dan penalti sebanyak $5,250.00. Syarikat berkenaan juga telah membayar cukai tersebut.

Dalam kes ini, syarikat berkenaan bolehlah membuat rayuan dalam tempoh masa 60 hari setelah tarikh Notis Taksiran dikeluarkan supaya pembayaran cukai yang dikeluarkan melalui Notis Tuntutan digugurkan dengan alasan pengambilan masa yang panjang ke atas proses pemindahan telegraf

3. Permohonan bantahan ke atas pembayaran cukai tambahan berdasarkan Notis Taksiran Tambahan yang dikeluarkan hasil daripada perubahan yang dibuat ke atas Laporan Penyata Cukai Pendapatan Syarikat

Contoh: Pihak Pemungut Cukai Pendapatan telah memotong separuh daripada jumlah perbelanjaan entertainment atas sebab ianya tidak berkaitan dengan perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd dan syarikat berkenaan telah membayar cukai tambahan tersebut setelah Notis Taksiran Tambahan dikeluarkan

Jika permohonan bantahan atau rayuan dibuat dengan memberikan alasan yang kukuh dalam tempoh masa 60 hari daripada tarikh Notis Taksiran Tambahan dikeluarkan seperti dinyatakan dalam Bab 65(2) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35), permohonan supaya bayaran cukai tambahan dibayar balik bolehlah dibuat



25: Apakah yang perlu dibuat oleh pihak Syarikat atau Ejen Cukai Syarikat setelah kebenaran diberikan ke atas permohonan bayaran balik cukai?

Jawapan:
Sebaik sahaja kebenaran diberikan oleh pihak Pemungut Cukai Pendapatan ke atas permohonan bantahan bagi bayaran cukai tambahan, pihak syarikat atau Ejen Cukai Syarikat akan diarahkan supaya mengembalikan resit asal pembayaran bagi kegunaan bayaran balik cukai.

Syarikat atau Ejen Cukai Syarikat akan menerima satu salinan baucer bayaran daripada pihak Jabatan Perbendaharaan sebagai pengesahan bahawa proses pembayaran balik telah dibuat

Bayaran balik cukai dibuat melalui cek yang mana akan dihantar melalui persuratan oleh pihak Jabatan Perbendaharaan



DEFINASI CUKAI BERTANGGUH




26: Apakah yang dimaksudkan dengan Cukai Bertangguh?

Jawapan:
Cukai Bertangguh ialah cukai yang dikenakan kepada faedah yang dibayar oleh syarikat yang membuat pinjaman kewangan ke dari luar negeri.
Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 20%.



DUTI SETEM




27: Apa dia Duti Setem?

Jawapan:
Duti Setem merupakan cukai yang dikenakan ke atas instrumen atau dokumen yang dinyatakan di dalam Jadual Satu di bawah Akta Setem (Penggal 34) yang mana pengiraannya adalah tertakluk kepada jenis instrument atau dokumen.
Mana-mana instrument atau dokumen yang dikenakan Duti Setem hendaklah dibayar dan ditandakan dengan  setem pengecapan (impressed) atau melekat (adhesive) dengan menyatakan harga Duti Setem ke atasnya.



28: Apa dia contoh jenis-jenis instrumen atau dokumen yang dikenakan Duti Setem?

Jawapan:
Antaralain instrumen atau dokumen yang dikenakan Duti Setem adalah seperti berikut:

i.    Perjanjian Sewa (Tenancy or Lease Agreement),
ii.    Share Certificate,
iii.    Transfer of Share,
iv.    Assignment of Monies, Bill of Exchange,
v.    Conveyance,
vi.    Convenant,
vii.    Declaration of Trust



PERMOHONAN BAGI PENGIRAAN DUTI SETEM




29: Apakah dokumen/instrumen perlu dibawa ke Pejabat Bahagian Hasil bagi proses pengiraan bayaran Duti Setem?

Jawapan:
Ya, dokumen/instrumen adalah diperlukan untuk dibawa ke Pejabat Bahagian Hasil bagi kemudahan pengiraan bayaran Duti Setem dan tujuan pengecopan (Stamping).
Menurut Bab 34 Akta Setem (Penggal 34), pemohon dinasihatkan supaya menghadapkan instrumen atau dokumen kepada pihak Pemungut sebelum ianya lagi ditandatangani



30: Berapakah bayaran yang dikenakan ke atas pengiraan bayaran Duti Setem?

Jawapan:
Bayaran perkhidmatan pengiraan sebanyak $25.00 setiap instrumen atau dokumen adalah dikehendaki dibayar terlebih dahulu seperti yang dinyatakan dalam Bab 31 Akta Setem (Penggal 34)



PEMBAYARAN DUTI SETEM




31: Dimanakah pembayaran Duti Setem boleh dibuat?

Jawapan:
Pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan.
Jika pembayaran Duti Setem diterima daripada pemohon di luar negeri, hendaklah dipastikan bayaran setem pos disertakan bagi penghantaran balik instrumen atau dokumen berkenaan



KELAMBATAN EMBAYAR DUTI SETEM




32:    Apakah denda yang dikenakan jika instrumen atau dokumen lambat dihadapkan untuk dicop Duti Setem?
Bagi instrumen yang dibuat/dikeluarkan/ditandatangani  di Negara Brunei, (Bab 39 Akta Setem (Penggal 34)

Jawapan:
Denda akan dikenakan jika instrumen lambat diterima lebih 14 hari  sebanyak DUA (2) kali ganda dari jumlah cukai yang kurang atau denda $10, yang mana satu jumlah yang lebih besar.

Bagaimanapun, jika instrumen terlambat dihadapkan lebih dari 3 bulan akan dikenakan denda 5 (Lima)kali ganda jumlah cukai yang kurang atau denda $25, yang mana satu jumlah yang lebih besar.

Contoh:
i) Lebih 14 hari

Instrumen/DokumenDuti SetemJika 2 kali gandaDenda
Share Certificate10 sen20 sen$10.00


Denda yang dikenakan ialah $10.00

Contoh:
ii) Lebih tiga (3) bulan
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Instrumen/DokumenDuti SetemJika 5 kali gandaDenda
Share Certificate10 sen50 sen$25.00


Denda yang dikenakan ialah $25.00



PENGELUARAN LESEN JURUAUDIT YANG DIBENARKAN




33: Bagaimanakah untuk memohon mendapatkan Lesen Juruaudit?

Jawapan:
Borang permohonan boleh didapati di kaunter Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan.

Borang yang telah diisikan hendaklah dikembalikan dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:
•    curriculum vitae
•    sijil-sijil kelayakan
•    surat sokongan pihak firma juruaudit dimana pemohon pernah bekerja



34: Apakah syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?

Jawapan:
Menurut Akta Syarikat-Syarikat (Aturan Juruaudit, 1997), pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut bagi mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan:-

•    Kelayakan pemohon - mempunyai kelulusan ikhtisas (ACCA, CPA dsb);
•    Berkhidmat dengan firma Juruaudit Antarabangsa tidak kurang dari 5 tahun;
•    Mempunyai pengalaman pengauditan tidak kurang dari 5 tahun;
•    Jawatan hendaklah sekurang-kurangnya Juruaudit Pelatih;
•    Mempunyai rakan kongsi Juruaudit tempatan (bagi pemohon yang mempunyai kad pengenalan hijau)



35: Berapakah bayaran yuran Lesen Juruaudit?

Jawapan:
Setiap juruaudit yang diberikan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan dikehendaki membayar yuran tahunan sebanyak B$500.00



36: Berapa lamakah tempoh kuatkuasa lesen yang diberikan?

Jawapan:
Lesen Juruaudit sah diperlakukan bagi tempoh SATU (1) tahun iaitu mulai Januari hingga Disember.



37: Berapa lamakah pemohon baru akan mendapatkan jawapan permohonan bagi mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?

Jawapan:
Ianya adalah tertakluk kepada maklumat-maklumat yang disertakan dan penelitian yang mana ianya akan mengambil masa sekurang-kurangnya selama dua (2) bulan.



38: Apakah tindakan-tindakan selanjutnya yang perlu dibuat oleh pemohon yang berjaya mendapatkan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan?

Jawapan:
Sebaik sahaja permohonan diluluskan, juruaudit berkenaan dikehendaki untuk membayar yuran tahunan Lesen Juruaudit Yang Dibenarkan sebanyak $500.00 dan resit bayaran akan dikeluarkan bagi pengesahan bayaran

Pemohon berkenaan akan diiktirafkan sebagai Juruaudit Yang Dibenarkan dengan diberikan Lesen tahunan dan surat kebenaran untuk mengaudit, dan diwartakan di dalam Warta Kerajaan bagi tahun tertentu



39:Adakah permohonan yang tidak diluluskan akan dimaklumkan kepada pemohon berkenaan?

Jawapan:
Ya, jika permohonan tidak diluluskan, pemohon akan menerima surat jawapan tidak disokong melalui persuratan yang mana mengambil masa sekurang-kurangnya lima (5) hari selepas proses permohonan tersebut



SYARAT-SYARAT PEMBAHARUAN LESEN JURUAUDIT




40: Apakah syarat-syarat untuk membaharui Lesen Juruaudit?

Jawapan:
Mana-mana Juruaudit yang telah diberikan Lesen bagi tahun tertentu ingin membaharui lesen berkenaan hendaklah menghantar permohonan tersebut tiga (3) bulan sebelum mansuh lesen berkenaan dengan menyertakan maklumat-maklumat seperti berikut:-
•    Seorang Juruaudit hendaklah berada di Negara Brunei Darussalam tidak kurang 90 hari dalam masa setahun bagi pemegang kad pengenalan berwarna hijau dan ungu;
•    Mempunyai rakan kongsi pemegang kad pengenalan berwarna kuning atau ungu;
•    Mempunyai rekod yang bersih; dan
•    Menyertakan program kerja firma audit bagi perancangan tiga (3) tahun akan datang.

Juruaudit berkenaan juga hendaklah menyertakan bayaran Yuran Lesen Tahunan (B$500.00) bagi membaharui lesen Juruaudit Yang Dibenarkan

Lesen pembaharuan akan diagihkan kepada Juruaudit berkenaan berserta surat kebenaran untuk mengaudit dan resit asal pembayaran yuran Lesen

Penyerahan akan dibuat pada awal bulan Januari yang mana Juruaudit yang diluluskan atau wakil akan dihubungi melalui telefon untuk mengambil lesen berkenaan di kaunter Bahagian Hasil

Pengesahan penerimaan daripada Juruaudit atau wakil akan dibuat yang mana penerima lesen berkenaan dikehendaki menandatangani di atas salinan surat kebenaran

  

1: Senarai semak apabila menghadapkan sijil sekatan kecekapan?

2: Dokumen-dokumen apakah yang mesti disertakan bersama baucer pembayaran?

3: Bolehkah Elaun Sarahidup dikeluarkan sebelum bersara?


4: Bagaimana hendak mengetahui status mengenai pembayaran?


5: Mengapa potongan gaji dibuat tanpa ada pemberitahuan terlebih dahulu?


6: Kenapa kadar potongan dari gaji tidak dirujuk terlebih dahulu kepada penghutang-penghutang bagi mendapatkan persetujuan mereka?


7: Mengapakah Baucar Pembetul (Journal Voucher) perlu dihadapkan?

8: Selain daripada untuk keperluan pembayaran penginapan hotel, pengangkutan, tips, yuran dan seumpamanya, apakah wang pendahuluan tambahan boleh dipohonkan bagi keperluan kontingensi / kecemasan?

9: Siapakah yang berhak untuk memberikan tips semasa berada di luar negeri atas urusan rasmi?

10: Kenapakah ‘pecahan anggaran perbelanjaan’ mesti dihadapkan?

11: Apakah tindakan yang akan diambil jika perbelanjaan yang dilakukan dengan menggunakan Wang Pendahuluan adalah melebihi daripada kadar yang dibenarkan seperti bayaran tips, hotel dan kenderaan?

12: Bagaimanakah kedudukannya jika resit asal hilang?

13: Apakah Wang Pendahuluan boleh dipohonkan bagi keperluan acara-acara rasmi atau aktibiti Jabatan yang diadakan di dalam negeri?

14: Apakah Wang Pendahuluan dapat digunakan untuk membayar ‘excess baggage’?

15: Senarai semak (Checklist) bagi permohonan wang pendahuluan rampaian E59116?

16: Bagaimana untuk membayar (early settlement) kesemua baki pinjaman wang untuk memiliki kenderaan?

17: Dimanakah untuk mendapatkan surat pengesahan baki pinjaman kenderaan untuk diserahkan kepada pihak bank?

18: Bagaimana cara untuk menuntut bayaran balik gaji yang terlebih potong setelah pinjaman selesai?

19: Mengapakah potongan bulanan bagi bayaran balik pinjaman boleh terhenti?

20: Bagaimanakah Kementerian / Jabatan mengutip jumlah potongan sebulan yang telah terhenti tersebut?

21: Bagaimana baki pinjaman rumah diselesaikan?

22: Kenapa potongan rumah saya masih dibuat sedangkan bakinya telah saya selesaikan?

23: Adakah potongan bayaran balik pinjaman rumah dapat dihentikan sementara jika saya mengambil cuti belajar dan masih menerima gaji?


24: Adakah potongan bayaran balik pinjaman rumah dapat diberhentikan sementara selama satu (1) bulan atau lebih? Adakah kadar potongan bayaran balik pinjaman rumah dapat dikurangkan?

25: Bagaimanakah cara untuk menuntut bayaran balik wang cagaran (deposits)?

26: Berapa lamakah Baucar-Baucar Pembayaran balik wang cagaran (deposits) termasuk Baucar Pembayaran nafkah diproses?

27: Bagaimana untuk mengambil cek bagi bayaran wang cagaran(deposits)?

28: Apakah rujukan atau keterangan yang diperlukan oleh Unit ini bagi mengetahui status bayaran wang cagaran atau nafkah?

29: Penyediaan Akaun Suruhanjaya Dan Kedutaan, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM di luar negeri?

30: Bagaimanakan pembayaran sewa rumah dibuat setiap bulan?

31: Bilakah pembayaran sewa rumah di buat setiap bulan?

32: Bagaimana hendak menukar pembayaran sewa rumah ke akaun baru?

33: Bilakah penyambungan sewa rumah di buat?

34: Mengapakah pembayaran sewa rumah tidak di terima?

35: Kenapakah pembayaran sewa rumah berkurangan?

36: Bagaimanakah hendak menuntut pembayaran sewa perabut?

37:  Permohanan Elaun Cuti dan Tambang?

38: Bagaimana Mengetahui Kedudukan Permohonan Elaun Pelajaran?

39: Permohonan Baru, Permohonan Seterusnya (Penyambungan) dan Pindah Sekolah?

40: Siapa yang berhak dan had umur yang boleh menuntut?

41: Bagaimana hendak memohon bantuan kemudahan kewangan untuk memiliki Perumahan?

42: Bagaimana cara mengetahui kedudukan permohonan?

(a) Mengapa permohonan lambat diperoses?
(b) Mengapa permohonan tidak diluluskan?


43: Senarai semak (Checklist) bagi permohonan pinjaman kenderaan, Tuntutan wang pendahuluan bagi pinjaman kenderaan, Elaun perjalanan dan Tukar nombor pendaftaran kenderaan?

44: Jenis-jenis vendor dan perkara-perkara yang berhubungkait dengan vendor?

45: Kaunter Pernerimaan Hasil?


46: Bagaimanakah cara hendak membuat pertukaran kemasukan gaji?
a.    Bertukar dari sesebuah bank ke sebuah bank yang lain
b.    Bertukar cara pembayaran dari bank ke tunai
c.    Bertukar dari satu nombor akaun bank ke nombor akaun lain (bank yang sama)
d.    Bertukar cara pembayaran dari tunai ke bank


47: Apakah yang perlu dilakukan jika mendapati baki simpanan elau sarahidup yang dicatitkan di dalam slip gaji bulan berkurangan / tersilap catit?

48: Bagaimanakah cara untuk cara untuk membuat kutipan gaji dan elaun-elaun yang terlebih bayar bagi pegawai / kakitangan kerajaan yang tidak sempat dihentikan yang mana proses sistem gaji berkomputer telah selesai dilakukan bagi BULAN berkenaan?

49: Proses penyediaan perkiraan pencen dan baksis?

50: Proses perkiraan pencen dan baksis turunan?

51: Penyedian pembayaran pencen dan baksis?

52: Menukar bank bagi kemasukan pencen bulanan?

53: Meminta Pengesahan Pencen Bulanan?





1: Senarai semak apabila menghadapkan sijil sekatan kecekapan?

Jawapan:
1.    BAGI MELICINKAN DAN MEMENDEKKAN TEMPOH PROSES PENGESAHAN SIJIL KECEKAPAN DAN MENGURANGKAN DARI TERJADINYA KUIRI BERULANG, BERIKUT DISENARAIKAN PERKARA-PERKARA YANG PATUT DIBERI PERHATIAN:

a. Sijil Sekatan Kecekapan yang telah dilengkapkan dalam lima salinan dan diisi dengan keterangan yang betul dan tepat.
(Ruang Pengesahan: Nama Penuh Pemohon, Nombor Kad Pengenalan Pintar, Jawatan terkini, Tarikh Lantikan, Tarikh Dinaikkan Pangkat, Kadar Gaji dan Tarikh-Tarikh Berkenaan, Tandatangan serta Cop Ketua Jabatan) 

b. Salinan Catatan Perkhidmatan dan Percutiannya yang telah dilengkapkan dan dikemaskinikan dari awal perkhidmatannya bergaji bulan sehinggalah tarikh ia dijangka berhak mencapai had sekatan kecekapannya.

c. Salinan Prestasi tahun berkenaan yang telah dilengkapkan dan disahkan oleh Ketua Jabatan serta dibubuh tandatangan pegawai dinilai, pegawai penilai dan Cop Salinan Yang Diakui Sah

Prestasi apa yang patut disertakan?
i.    Oleh kerana prestasi dinilai pada bulan yang berbeza bagi sesebuah Jabatan, Jabatan Perbendaharaan melalui Unit Gaji & E/Bar telah menggariskan supaya prestasi bagi tahun baru dikira bermula pada bulan Oktober tahun tersebut

Contoh:
Jika sijil sekatan kecekapannya dijangka berhak dalam tempoh Oktober 2004 sehingga September 2005 - Prestasi Tahun 2004 diperlukan

Oleh yang demikian, dicadangkan supaya Jabatan berkenaan hanya akan menghadapkan sijil sekatan kecekapan setelah penilaian prestasi pegawai tersebut bagi tahun berkenaan dibuat

ii.    Bagi Yang Berkursus Di Dalam  /Luar Negeri
Salinan Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan dan dibubuh Cop Salinan Yang Diakui Sah

iii.    Bagi Yang Mengikut Suami Bekerja Di Luar Negeri
Kebenaran mengikut suami berkhidmat di Laur Negeri sebagai ganti kepada prestasi yang dikehendaki

iv.    Bagi Yang Diambil Tindakan Tatatertib
Kebenaran dikenakan tindakan tatatertib dan ditarik balik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
Salinan surat Jabatan Perkhidmatan Awam bagi sebarang lantikan atau kegiatan termasuk cuti tidak bergaji atau berkahwin dari awal perkhidmatannya bergaji bulan sehinggalah tarikh ia dijangka berhak mencapai had sekatan kecekapannya

Salinan sijil sakit yang melindungi cuti lanjutan sebelum bersalin  (overdue) dan cuti lanjutan selepas bersalin (berlebihan) yang lazimnya hanya diberi 28 hari sebelum dan 28 hari selepas bersalin (terkecuali dari peraturan yang baru yang membenarkan cuti bersalin selama 56 hari)

Penyelarasan, perkiraan dan bukti kutipan / bayaran gaji dan bonus terlebih atau terkurang bayar

2.   STATUS PERMOHONAN

a.    Jika Teratur
i.    Sila semak di Jabatan masing-masing mengenai dengan memorandum makluman

ii.    Sila rujuk kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

b.    Jika Ada Kuiri
i.    Adakah kuiri Jabatan Perbendaharaan sudah diterima oleh Jabatan Pemohon? (Sila semak di Jabatan masing-masing)

ii.    Adakah maklumbalas sudah dilaksanakan? (Nyatakan Tarikh Despatch)

3. MASALAH
Senarai semak tidak lengkap / dipatuhi

JIKA MASIH TIMBUL KERAGUAN
Sila datang ke kaunter Pertanyaan E/Bar di alamat berikut:

Unit Gaji & E/Bar,
Jabatan Perbendaharaan
Tingkat 2, Bangunan Kementerian Kewangan
Commonwealth Driver, Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BB 3910,
Negara Brunei Darussalam




PROSES PEMBAYARAN & SIMPANAN ELAUN SARAHIDUP


2: Dokumen-dokumen apakah yang mesti disertakan bersama baucer pembayaran?

Jawapan:
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-
i.    Slip Gaji Terakhir bagi yang bergaji bulan
ii.    Wages Baucher bagi yang bergaji hari
iii.    Surat Tamat Perkhidmatan bagi yang akan berpencen
iv.    Sijil Surat Kematian bagi yang telah meninggal dunia



3: Bolehkah Elaun Sarahidup dikeluarkan sebelum bersara?

Jawapan:
Mengikut Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 12/1998, Elaun Sarahidup hanya boleh dikeluarkan setelah pegawai atau kakitangan berkenaan bersara atau tamat perkhidmatan dengan Kerajaan.




PERTANYAAN MENGENAI STATUS PROSES PEMBAYARAN


4: Bagaimana hendak mengetahui status mengenai pembayaran?

Jawapan:
Sila berikan maklumat seperti tersebut di bawah:-
Nama sipenerima
Jumlah Bayaran
Jenis bayaran
Contoh     :    Bayaran Elaun Sarahidup, Wang Tahanan (Retention Money), Bayaran Menggunakan Akaun Perkhidmatan Rampaian SD05A (contoh: Bayaran bagi Sambutan Hari Kebangsaan)




PENYELESAIAN / PENYELARASAN WANG PENDAHULUAN


5: Mengapa potongan gaji dibuat tanpa ada pemberitahuan terlebih dahulu?

Jawapan:
Semasa Wang Pendahuluan dipinjamkan, 1 surat / memorandum daripada Jabatan ini kepada Kementerian / Jabatan berkenaan (salinan kepada pemegang Wang Pendahuluan) telah diberikan bagi memaklumkan bahawa POTONGAN GAJI akan dibuat jika tindakan penyelarasan dan pembayaran balik wang pendahuluan gagal dilaksanakan dalam tempoh dua (2) minggu selepas menghadiri mesyuarat / persidangan / kursus / latihan dan seumpamanya.



6: Kenapa kadar potongan dari gaji tidak dirujuk terlebih dahulu kepada penghutang-penghutang bagi mendapatkan persetujuan mereka?

Jawapan:
Surat Keliling Jabatan Perbendaharaan bilangan 1/2002 bertarikh 21 Zulkaedah 1422 / 4hb. Februari 2002 (Para I. 3.a.) menyatakan bahawa baki Wang Pendahuluan yang tidak digunakan mestilah dikembalikan KESEMUANYA secara tunai dan TIDAK BOLEH DIBAYAR SECARA ANSUR ATAU DIPOHONKAN MELALUI PEMOTONGAN GAJI BULANAN. Ini bermakna pegawai-pegawai berkenaan sepatutnya memulangkan kesemua baki Wang Pendahuluan tersebut dan potongan gaji yang dibuat adalah atas dasar pertimbangan Jabatan Perbendaharaan



7: Mengapakah Baucar Pembetul (Journal Voucher) perlu dihadapkan?

Jawapan:
Surat Keliling Jabatan Perbendaharaan bilangan 1/2002 bertarikh 21 Zulkaedah 1422 / 4hb. Februari 2002 (Para I. 3.b.) menyatakan bahawa penyata perbelanjaan mestilah disediakan dan dihadapkan ke Jabatan Perbendaharaan untuk tindakan penyelesaian pinjaman Wang Pendahuluan. Jika jumlah perbelanjaan yang telah dilakukan kurang daripada jumlah wang pendahuluan yang dipinjamkan, maka lebihan (baki) wang yang tidak digunakan tersebut, hendaklah dikembalikan kesemuanya ke Jabatan Perbendaharaan dengan segera.



8: Selain daripada untuk keperluan pembayaran penginapan hotel, pengangkutan, tips, yuran dan seumpamanya, apakah wang pendahuluan tambahan boleh dipohonkan bagi keperluan kontingensi / kecemasan?

Jawapan:
Wang kecemasan tambahan hanya dipertimbangkan untuk diberikan secara pendahuluan bagi mesyuarat / persidangan / kursus / latihan dan seumpamanya yang diadakan dimana tidak terdapat Pejabat Kedutaan Besar / Suruhanjaya Tinggi / Perwakilan Tetap / Konsul Agung / Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam di negara yang dikunjungi. Pertimbangan juga diberikan jika tempat mesyuarat / persidangan / kursus / latihan dan seumpamanya jauh jaraknya daripada pejabat-pejabat tersebut di atas.



9: Siapakah yang berhak untuk memberikan tips semasa berada di luar negeri atas urusan rasmi?

Jawapan:
i.    Menteri & Timbalan Menteri
ii.    Setiausaha Tetap & Timbalan Setiausaha Tetap
iii.    Duta sewaktu menyerahkan surat watikah lantikan
iv.    Pesuruhjaya Polis
v.    Pemerintah Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei



10: Kenapakah ‘pecahan anggaran perbelanjaan’ mesti dihadapkan?

Jawapan:
Dengan adanya pecahan anggaran perbelanjaan, dapat:
i.    Mengawal jumlah perbelanjaan daripada melebihi had yang telah ditetapkan;
ii.    Memastikan jumlah dan jenis-jenis perbelanjaan yang akan dilakukan adalah berpatutan dan bersesuaian dengan jenis mesyuarat / persidangan / kursus / latihan dan seumpamanya;
iii.    Mengamalkan sifat dan tabiat berjimat cermat.



11: Apakah tindakan yang akan diambil jika perbelanjaan yang dilakukan dengan menggunakan Wang Pendahuluan adalah melebihi daripada kadar yang dibenarkan seperti bayaran tips, hotel dan kenderaan?

Jawapan:
Potong Gaji



12: Bagaimanakah kedudukannya jika resit asal hilang?

Jawapan:
Salinan resit asal yang diakui dan disahkan oleh Ketua Jabatan dapat diterima untuk proses penyelarasan.



13: Apakah Wang Pendahuluan boleh dipohonkan bagi keperluan acara-acara rasmi atau aktibiti Jabatan yang diadakan di dalam negeri?

Jawapan:
TIDAK. Jabatan berkenaan hendaklah mengikut tatacara / prosedur yang biasa dilakukan dalam membuat pembelian atau mendapatkan perkhidmatan dari pembekal iaitu dengan menggunakan ‘indent’ (purchase order) dan membuat pembayaran kemudiannya setelah ‘invoice’ diterima.



14: Apakah Wang Pendahuluan dapat digunakan untuk membayar ‘excess baggage’?

Jawapan:
TIDAK. ‘Excess baggage’ lazimnya telah diberikan kebenaran secara berasingan melalui Unit Elaun Cuti & Tambang



15: Senarai semak (Checklist) bagi permohonan wang pendahuluan rampaian E59116?

Jawapan:
a.    Baucar Pembayaran disediakan atas nama pemegang Wang Pendahuluan, iaitu salah seorang daripada ahli-ahli rombongan yang akan menghadiri mesyuarat / persidangan / kursus / latihan dan seumpamanya.

b.    1.    Memorandum / surat permohonan daripada Kementerian / Jabatan yang menyatakan:-
i.    Nama Pemegang Wang Pendahuluan dan Numbor Kad Pengenalan Pintar / Numbor ABDB / Numbor Polis;
ii.    Nama serta Jawatan Ketua & ahli-ahli rombongan;
iii.    Jenis perjumpaan rasmi yang dihadiri - samada mesyuarat / persidangan / kursus / latihan dan seumpamanya;
iv.    Tarikh menghadiri mesyuarat / persidangan / kursus / latihan dan seumpamanya serta tempat ianya diadakan;
v.    Tajuk yang akan digunakan / dikenakan bagi tindakan penyelarasan nanti.

c.    Salinan ‘air-warrant’ / ‘itinerary’ penerbangan bagi mengesahkan tempoh berada di tempat mesyuarat / persidangan / kursus / latihan dan seumpamanya.

d.    Surat / memorandum kebenaran menghadiri mesyuarat / persidangan / kursus / latihan dan seumpamanya dari Kementerian / Jabatan.

e.    Pecahan anggaran perbelanjaan.

f.    Salinan persuratan memohon peruntukan baru / khas / pindah peruntukan dari Jabatan berkenaan kepada Kementerian Kewangan (jika belum mempunyai peruntukan).




POTONGAN / PENYELESAIAN PINJAMAN KENDERAAN


16: Bagaimana untuk membayar (early settlement) kesemua baki pinjaman wang untuk memiliki kenderaan?

Jawapan:
Tatacaranya adalah seperti berikut:-
i.    Dapatkan ‘Debit Note’ di Unit Sub-Lejar dengan membawa Kad Pengenalan Pintar dan juga surat wakil (jika yang berurusan adalah wakil);
ii.    Pembayaran dibuat di Unit Pembayaran di ‘Island Block’
iii.    Resit asal hendaklah dibawa semula ke Unit Sub-Lejar;
iv.    Notis penyelesaian pinjaman (‘Memorandum Penyelesaian Baki Pinjaman’) akan diberikan kepada peminjam untuk dibawa ke Jabatan Pengangkutan Darat bagi membolehkan Kad Biru (Blue Card) di chop ‘Ceased Ownership by Government’.



17: Dimanakah untuk mendapatkan surat pengesahan baki pinjaman kenderaan untuk diserahkan kepada pihak bank?

Jawapan:
Unit Sub-Lejar, Jabatan Perbendaharaan.



18: Bagaimana cara untuk menuntut bayaran balik gaji yang terlebih potong setelah pinjaman selesai?

Jawapan:
Salinan resit pembayaran dan slip gaji hendaklah dihantar ke Kementerian / Jabatan masing-masing untuk tindakan penyediaan Baucar Pembayaran, yang mana kemudiannya akan dihadapkan ke Unit Sub-Lejar, Jabatan Perbendaharaan untuk proses bayaran balik.



19: Mengapakah potongan bulanan bagi bayaran balik pinjaman boleh terhenti?

Jawapan:
Antara sebab-sebabnya ialah:-
i.    Digantung perkhidmatan
ii.    Ditamatkan / diberhentikan perkhidmatan
iii.    Perkhidmatan sebulan ke sebulan lambat disambung.



20: Bagaimanakah Kementerian / Jabatan mengutip jumlah potongan sebulan yang telah terhenti tersebut?

Jawapan:
Jika Kementerian / Jabatan membayar gaji peminjam melalui Baucar Pembayaran, potongan hendaklah dibuat melalui baucar gaji tersebut dan satu (1) salinan baucar pembayaran hendaklah diberikan ke Unit Sub-Lejar. Apabila gaji peminjam tersebut diaktifkan semula ke Sistem Pembayaran Gaji, Kementerian / Jabatan berkenaan mestilah memaklumkannya ke Unit Sub-Lejar.




POTONGAN / PENYELESAIAN PINJAMAN RUMAH


21: Bagaimana baki pinjaman rumah diselesaikan?

Jawapan:
Tatacaranya adalah seperti berikut:-
i.    Bagi yang sudah bersara
Bayaran balik akan dibuat melalui potongan baksis sehingga selesai pinjaman dan jika masih     berbaki, kutipan akan dibuat melalui potongan pencen bulanan.
ii.    Bagi yang masih berkhidmat dengan Kerajaan
Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan cek atau bayaran secara tunai ke Jabatan ini.
iii.    Bagi yang ditamatkan perkhidmatannya (Dibuang kerja)
Tertakhluk kepada perbincangan/rundingan bersama Jabatan ini.



22: Kenapa potongan rumah saya masih dibuat sedangkan bakinya telah saya selesaikan?

Jawapan:
Ini adalah disebabkan potongan tidak sempat diberhentikan pada bulan berkenaan kerana sistem di Unit Gaji hanya akan menerima permohonan memberhentikan potongan gaji sebulan sebelum tarikh menerima pembayaran gaji. Akan tetapi bayaran yang terlebih potong akan dibayar balik kepada penghutang




23: Adakah potongan bayaran balik pinjaman rumah dapat dihentikan sementara jika saya mengambil cuti belajar dan masih menerima gaji?

Jawapan:
Potongan bayaran balik tersebut tidak dapat dihentikan selagi Awg / Dyg menerima gaji setiap bulan, kecuali    Awg / Dyg mengambil cuti tidak bergaji (CTG).



24: Adakah potongan bayaran balik pinjaman rumah dapat diberhentikan sementara selama satu (1) bulan atau lebih? Adakah kadar potongan bayaran balik pinjaman rumah dapat dikurangkan?

Jawapan:
Potongan bayaran balik pinjaman rumah tidak dapat diberhentikan sementara walaupun bagi tempoh satu (1) bulan. Pengurangan kadar potongan bayaran juga tidak dapat dipertimbangkan sebagaimana yang telah dipersetujui semasa membuat pinjaman ke Jabatan ini.




BAYARAN BALIK WANG CAGARAN (DEPOSITS) & BAYARAN NAFKAH (HOME ALLOTMENT)


25: Bagaimanakah cara untuk menuntut bayaran balik wang cagaran (deposits)?

Jawapan:
Tatacaranya adalah seperti berikut:-
i.    Tuntutan hendaklah dihadapkan berserta resit asal pembayaran terlebih dahulu ke Kementerian / Jabatan dimana wang cagaran tersebut dibayar;

ii.    Kementerian / Jabatan berkenaan akan menghadapkan Baucar Pembayaran beserta resit asal pembayaran, payslip atau salinan buku akaun ke Unit Sub Lejar, Jabatan Perbendaharaan;

iii.    Jika resit asal pembayaran hilang, salinan resit asal yang diakui sah oleh Kementerian / Jabatan berkenaan hendaklah dihadapkan beserta dengan surat sumpah mahkamah dan juga laporan polis



26: Berapa lamakah Baucar-Baucar Pembayaran balik wang cagaran (deposits) termasuk Baucar Pembayaran nafkah diproses?

Jawapan:
Baucar-baucar akan diproses dalam tempoh empat (4) hari waktu bekerja. Ini tidak termasuk baucar-baucar yang dikuiri yang mana akan dikembalikan kepada Kementerian / Jabatan berkenaan untuk dibetulkan. Tempoh empat (4) hari ini tidak termasuk proses penyediaan cek, penyimpanan wang ke bank (EFT) dan sebagainya.



27: Bagaimana untuk mengambil cek bagi bayaran wang cagaran(deposits)?

Jawapan:
Segala pembayaran melalui cek dikeluarkan oleh Unit Pembayaran. Maka sebelum ke Unit Pembayaran, orang ramai adalah dikehendaki datang ke Unit Sub-Lejar untuk mendapatkan “log. number” sebagai rujukan.



28: Apakah rujukan atau keterangan yang diperlukan oleh Unit ini bagi mengetahui status bayaran wang cagaran atau nafkah?

Jawapan:
Unit ini memerlukan numbor dan tarikh resit bayaran wang cagaran atau rujukan Jabatan.




PENYEDIAAN AKAUN SURUHANJAYA DAN KEDUTAAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI LUAR NEGERI


29: Penyediaan Akaun Suruhanjaya Dan Kedutaan, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM di luar negeri?

Jawapan:
Bagi Menyediakan Akaun Suruhanjaya dan Kedutaan di Luar Negeri, keterangan-keterangan sepertimana berikut hendaklah dihadapkan ke Jabatan Perbendaharaan:-

a.    Surat makluman mengandungi kandungan keterangan yang dikirim
b.    Buku Tunai
c.    Bank Reconciliation
d.    Penyata Bank
e.    Baucer Pembayaran
f.    Resit-resit pembayaran balik atau kutipan hasil
g.    Keterangan-keterangan yang berkaitan dengan bayaran-bayaran yang dilaksanakan

Bagi memastikan perbelanjaan di Kedutaan Besar / Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam doibuat dengan teratur, Jabatan ini melalui Unit Akaun Suruhjaya dan Kedutaan bersandarkan kepada Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Luar Negeri bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri serta Surat-Surat Keliling yang berkenaan.

Penyata Akaun Perbelanjaan Bulanan bagi setiap Perwakilan Negara Brunei Darussalam di Luar Negeri hendaklah dihadapkan pada awal minggu pertama bulan kedua. 
Contoh    :    Akaun Perbelanjaan bagi bulan Januari hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada minggu pertama bulan Mac.

Kesilapan yang sering berlaku di dalam penyediaan akaun ialah salah tajuk


JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN

Sila hubungi: 2383495



30: Bagaimanakan pembayaran sewa rumah dibuat setiap bulan?

Jawapan:
Pertanyaan lanjut mengenai Pembayaran Sewa Rumah bolehlah berurusan terus ke kaunter Unit Hasil dan Sewa Rumah berhubung dengan perkara-perkara berikut:-
1.    Pembayaran Sewa Rumah
2.    Penukaran dan Pemindahaan Pembayaran Melalui Bank
3.    Penyambungan Sewa Rumah
4.    Pembayaran Sewa Perabut



31: Bilakah pembayaran sewa rumah di buat setiap bulan?

Jawapan:
Pembayaran sewa rumah di buat setiap 1hb



32: Bagaimana hendak menukar pembayaran sewa rumah ke akaun baru?

Jawapan:
Tertakluk kepada perkara-perkara berikut:-
a.    Jika pertukaran akaun dengan bank yang sama hendaklah mengisikan borang pertukaran bank atau surat permohonan pertukaran akaun dengan menyertakan salinan buku akaun bank.

b.    Jika pemindahan akaun dengan bank yang berlainan hendaklah mengisikan borang pemindahan akaun atau surat permohonan pemindahan akaun dengan menyertakan salinan asal surat pengesahan bank yang menyatakan tidak ada halangan dan menyertakan salinan buku akaun bank.



33: Bilakah penyambungan sewa rumah di buat?

Jawapan:
Penyambungan sewa rumah sepatutnya di buat 3 bulan sebelum tempohnya tamat.



34: Mengapakah pembayaran sewa rumah tidak di terima?

Jawapan:
Pembayaran sewa rumah tidak di terima sebab-sebab berikut:-
a.    Surat Perjanjian telah mansuh atau telah di tamatkan oleh Jabatan yang menyewa.
b.    Rumah tersebut telah di tukar milik samaada:-
i.    Telah dijual
ii.    Tuan punya rumah telah meninggal dunia
iii.    Pindak Milik Tuan punya rumah



35: Kenapakah pembayaran sewa rumah berkurangan?

Jawapan:
Disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
a.    Surat perjanjian sewa rumah telah mansuh atau telah ditamatkan
b.    Rumah tersebut telah diturunkan kadarnya
c.    Pemotongan telah dibuat ke atas sewa rumah tersebut



36: Bagaimanakah hendak menuntut pembayaran sewa perabut?

Jawapan:
Pembayaran sewa perabut hanya akan dibayar setelah keterangan-keterangan berikut lengkap diterima:
Salinan asal ‘invoice-invoice’ yang lengkap atau salinan asal Taksiran Alat-Alat Perabut dari Jabatan Kerja Raya.
Borang Pengesahan alat-alat perabut yang lengkap diisikan oleh penghuni
Penyata Perkiraan Perabut
Surat atau memorandum sokongan bagi pembayaran sewa perabut


JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN

Unit Hasil dan Sewa Rumah,
Jabatan Perbendaharaan,
Tingkat 2, Tower Block,
Jalan Commonwealth Drive

Talian Telefon: 2383504




PERMOHONAN ELAUN CUTI DAN TAMBANG


37:  Permohanan Elaun Cuti dan Tambang?

Jawapan:
1.    PERMOHONAN ELAUN CUTI DAN TAMBANG BAGI PEGAWAI TEMPATAN

JENIS - JENIS PERMOHONAN
A.    PERMOHONAN ELAUN CUTI (TAMBANG 3 TAHUN)
B.    PERMOHONAN ELAUN TAMBANG (TAMBANG 10 TAHUN)
C.    PERMOHONAN ELAUN CUTI BAGI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI
D.    PERMOHONAN ELAUN TAMBANG BAGI PEGAWAI AHLI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
E.    TAMBANG MURAH KANAK - KANAK

A.    PERMOHONAN ELAUN CUTI (TAMBANG 3 TAHUN)

Senarai Semak Bagi Permohonan Elaun Cuti (Tambang 3 Tahun)
a.    Tarikh Ketetapan
i.    Sekali dalam 36 bulan perkhidmatan dari tarikh lantikan
ii.    Tarikh cuti hendaklah dalam lingkungan tempoh sebulan sebelum dan sebulan selepas tarikh ketetapan
iii.    Tarikh Ketetapan akan berganjak jika terdapat Cuti Tidak Berhak, Latihan Dalam Perkhidmatan, tarikh cuti diambil melimpasi sebulan dari Tarikh Ketetapan

b.    Jumlah Hak Elaun Cuti

i.    $760.00

Bil

Pemohon

Gaji pokok

1

Pegawai dan Kakitangan Kerajaan

< $1,930.00

2

Pegawai ber-uniform (Askar & Polis)

= $1,930.00 ke bawah

3

Penduduk Tetap, Sebulan ke sebulan,

“open-vote”

Gaji tidak diambil kira

4

Pegawai yang telah bersara dan diambil semula berkhidmat

< $3,880.00




















ii.    $1,120.00


Bil

Pemohon

Gaji pokok

1.

Pegawai yang telah bersara dan diambil semula berkhimat

= $3,880.00 ke atas


 


 





iii.    $1,750.00


Bil

Pemohon

Gaji pokok

1.

Pegawai dan Kakitangan Kerajaan

= $1,930.00 hingga > $3,880.00

2.

Pegawai dan Kakitangan Kerajaan yang telah berkhidmat 15 tahun atau lebih (Divisyen III ke atas)

Gaji tidak diambil kira

3.

Pegawai ber-uniform (Askar & Polis)

> $1,930.00

4.

Pegawai ber-uniform (Askar & Polis) yang baru berkhidmat dan berpangkat Staff Sergeant

> $1,930.00

5.

Pegawai ber-uniform (Askar & Polis) berpangkat Staff Sergeant yang telah berkhidmat 15 tahun atau lebih

Gaji tidak diambil kira

























iv.    $2,550.00

Bil

Pemohon

Gaji pokok

1.

Pegawai dan Kakitangan Kerajaan

= $3,880.00

2.

Pegawai ber-uniform (Askar & Polis)

= $3,880.00









c.    Cara-cara menilai ketetapan jika suami isteri memohon bersama
i.    Pemohon – Suami yang bergaji tinggi

Bil

Isteri

Tangungan yang dapat dipohonkan

1.

Isteri tidak bekerja dengan Kerajaan

Isteri dan 4 orang anak

2.

Isteri bekerja dengan Kerajaan tetapi bergaji lebih rendah dari suami

Isteri dan 4 orang anak

3.

Isteri bekerja dengan Kerajaan tetapi bergaji lebih tinggi dari suami

Isteri dan 4 orang anak


Jumlah Hak Elaun Cuti - ikut hak suami
Tarikh ketetapan - ikut tarikh ketetapan suami
(Tidak perlu menunggu perkhidmatan isteri mencapai 36 bulan)

ii.    Pemohon – Isteri (jawatan tetap) yang bergaji tinggi

Bil

Suami

Tangungan yang dapat dipohonkan

1.

Suami tidak bekerja dengan Kerajaan

-

2.

Suami bekerja dengan Kerajaan tetapi bergaji lebih rendah dari isteri

Suami dan 4 orang anak

3.

Suami bekerja dengan Kerajaan tetapi bergaji lebih tinggi dari isteri

Suami dan 4 orang anak


Jumlah Hak Elaun Cuti - ikut hak isteri
Tarikh ketetapan - ikut tarikh ketetapan isteri
(Perlu menunggu perkhidmatan suami mencapai 36 bulan)

d.    Pemohon yang berstatus Duda, Janda dan Balu
i.    Pemohon berstatus Duda atau Balu

Bil

Pemohon

Suami

Isteri

Anak-anak

1.

Duda

Berhak

Meninggal dunia

Berhak

2.

Balu

Meninggal dunia

Berhak

Berhak



ii.    Pemohon berstatus Duda yang berkahwin semula

Bil

 


Pemohon

Isteri

Anak-anak

1.

Isteri baru tidak bekerja dengan Kerajaan

Berhak

Berhak

Berhak

2.

Isteri baru bekerja dengan Kerajaan

Berhak

Berhak

Berhak



iii.    Pemohon berstatus Balu yang berkahwin semula

Bil

 


Suami

Pemohon

Anak-anak

1.

Suami baru tidak bekerja dengan Kerajaan

Tidak Berhak

Berhak

Tidak Berhak

2.

Suami baru bekerja dengan Kerajaan

Berhak

Berhak

Berhak


Nota :  Suami baru yang bekerja dengan Kerajaan yang akan memohonkan tambang ke bagi dirinya, isterinya dan anak-anak tirinya yang di bawah jagaan isterinya.


iv.    Pemohon yang telah bercerai

Bil

 


Pemohon

Anak-anak di bawah jagaan Ayahnya

Anak-anak di bawah jagaan Ibunya

1.

Lelaki

Berhak

Berhak

Tidak Berhak

2.

Perempuan

Berhak

Tidak Berhak

Berhak

 


 


 


 


 




v.    Pegawai Lelaki yang telah bercerai dan berkahwin semula

Bil

 


Pemohon

Isteri baru

Anak-anak di bawah jagaan Ayahnya

Anak-anak di bawah jagaan Ibunya

1.

Isteri baru tidak bekerja dengan Kerajaan

Berhak

Berhak

Berhak

Tidak Berhak

2.

Isteri baru bekerja dengan Kerajaan

Berhak

Berhak

Berhak

Tidak Berhak


vi    Pegawai Perempuan yang telah bercerai dan berkahwin semula

Bil

 


Suami baru

Pemohon

Anak-anak di bawah jagaan Ayahnya

Anak-anak di bawah jagaan Ibunya

1.

Suami baru tidak bekerja dengan Kerajaan

Tidak Berhak

Berhak

Tidak Berhak

Tidak Berhak

2.

Suami baru bekerja dengan Kerajaan

Berhak

Berhak

Tidak Berhak

Berhak


Nota :  Suami baru yang bekerja dengan Kerajaan berhak memohon tambang ke atas
anak-anak tirinya yang di bawah jagaan isterinya.



B.    PERMOHONAN ELAUN TAMBANG (TAMBANG 10 TAHUN)

a. Tarikh Ketetapan
i.    Sekali dalam tempoh perkhidmatan setelah 10 tahun berkhidmat dari tarikh lantikan
ii.    Tarikh cuti hendaklah dalam lingkungan tempoh sebulan sebelum dan sebulan selepas tarikh ketetapan
iii.    Tarikh ketetapan akan berganjak jika terdapat cuti tidak berhak, Latihan dalam Perkhidmatan, tarikh cuti diambil melimpasi sebulan dari tarikh ketetapan

b. Jumlah Hak Elaun Cuti

Bil.

Pemohon

Seorang

Suami Isteri

1.

Gaji > $1,930.00 hingga > $3,880

$6,320.00

$12,640.00

2.

Gaji = $3,880.00 ke atas

$10,850.00

$21,700.00

 


 


 


 




c. Cara-cara menilai ketetapan jika suami isteri memohon bersama
i.    Pemohon – Suami yang bergaji tinggi

Bil

Isteri

Tangungan yang dapat dipohonkan

1.

Isteri tidak bekerja dengan Kerajaan

Suami Isteri

2.

Isteri bekerja dengan Kerajaan tetapi bergaji lebih rendah dari suami

Suami Isteri

3.

Isteri bekerja dengan Kerajaan tetapi bergaji lebih tinggi dari suami

Suami Isteri


Jumlah Hak Elaun Cuti – ikut hak suami
Tarikh ketetapan - ikut tarikh ketetapan suami
Syarat-syarat lain - Tidak perlu menunggu perkhidmatan isteri mencapai 10 tahun

ii.    Pemohon – Isteri (Jawatan Tetap) yang bergaji tinggi

Bil

Suami

Tangungan yang dapat dipohonkan

1.

Suami tidak bekerja dengan Kerajaan

Isteri sahaja

2.

Suami bekerja dengan Kerajaan tetapi bergaji lebih rendah dari isteri

Suami Isteri

3.

Suami bekerja dengan Kerajaan tetapi bergaji lebih tinggi dari isteri

Suami Isteri


Jumlah Hak Elaun Cuti – ikut hak isteri
Tarikh ketetapan - ikut tarikh ketetapan isteri
Syarat-syarat lain - Tidak perlu menunggu perkhidmatan isteri mencapai 10 tahun
- Gaji suami hendaklah melebihi $1,930.00


C.    PERMOHONAN ELAUN CUTI BAGI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI
a.    Tarikh Ketetapan
i.    Setahun sekali
ii.    Tarikh ketetapannya adalah pada tarikh cuti pada tempoh tahun yang dipohonkan

b.    Jumlah Hak Elaun Cuti
Kadar “Published Fare” RBA bagi tiket “First Class” dua hala ke negara ASEAN yang terjauh pada masa ini (Myanmar) iaitu $2,130.00 (bagi tahun 2004)

c.    Tanggungan yang boleh dipohonkan
Isteri dan 4 orang anak

D.    TAMBANG MURAH KANAK - KANAK

Syarat - Syarat Permohonan :-
a.    Borang permohonan (2 salinan)
b.    Elaun Pelajaran yang diluluskan bagi anak yang dipohonkan
c.    Tiket penerbangan (satu hala atau dua hala) dari tempatan pengajian
d.    Resit pembelian atau inbois tiket penerbangan


2.    PERMOHONAN TAMBANG PENERBANGAN BAGI PEGAWAI BERKONTRAK

JENIS – JENIS PERMOHONAN
A.    TAMBANG DATANG
B.    TAMBANG PERTENGAHAN KONTRAK
C.    TAMBANG BALIK HUJUNG KONTRAK
D.    TAMBANG  MURAH KANAK-KANAK
E.    ELAUN PELAYARAN (VOYAGE ALLOWANCE)
F.    BAGGASI TAMBAHAN (EXCESS BAGGAGE) MELALUI UDARA
G.    PENGHANTARAN BARANG MELALUI LAUT

Tanggungan yang boleh dibawa
a.    Isteri
b.    4 orang anak yang dibawah umur 18 tahun

A.    TAMBANG DATANG (Pertama Kali)
Perkhidmatan yang diberikan:-
i.    Tiket
Nota   - Tiket datang ke Brunei boleh disediakan oleh Kedutaan Brunei di  Negara tersebut (Jika ada)     atau
- Pembayaran balik tiket (jika tidak terdapat Kedutaan Brunei di Negara asalnya)
ii.    Elaun Pelayaran
iii.    ‘Accompanied Excess Baggage’
(20 kilo – orang dewasa)
(10 kilo – kanak-kanak dibawah 12 tahun)
iv.    Penghantaran Barang melalui laut
(1.2 m3 – orang dewasa)   
(0.6 m3 – kanak-kanak dibawah 12 tahun

B.    TAMBANG PERTENGAHAN KONTRAK (KONTRAK PERJANJIAN YANG BERMULA SEBELUM 1.1.2003)
Tambang dua hala diberikan secara tunai mengikut kadar lama
i.    Dirinya
ii.    Isterinya
iii.    4 orang anak dibawah umur 18 tahun

C.    TAMBANG BALIK HUJUNG KONTRAK (KONTRAK PERJANJIAN YANG BERMULA SEBELUM 1.1.2003)

JIKA KONTRAK TIDAK DIPERBAHARUI
Perkhidmatan yang diberikan:-
i.    Tiket
ii.    Elaun Pelayaran
iii.    ‘Accompanied Excess Baggage’
(20 kilo – orang dewasa)
(10 kilo – kanak-kanak dibawah 12 tahun)
iv.    Penghantaran Barang melalui laut
(1.2 m3 – orang dewasa)   
(0.6 m3 – kanak-kanak dibawah 12 tahun)


JIKA KONTRAK DIPERBAHARUI
Perkhidmatan yang diberikan:-
i.    Tiket (dua hala)
ii.    Elaun Pelayaran (dua hala)
iii.    ‘Accompanied Excess Baggage’ (dibayar balik setelah kupon dihadapkan)
20 kilo – orang dewasa, 10 kilo – kanak-kanak dibawah 12 tahun
iv.    Bayaran balik baki Tambang Hujung Kontrek mengikut Kontrek Lama (yang bermula sebelum 1.1.2003)


D.    PERMOHONAN TAMBANG MURAH KANAK-KANAK (PEGAWAI BERKONTRAK)

Syarat-Syarat Permohonan:-
i.    Hanya 2 orang anak (dibawah 21 tahun) bagi pegawai berkontrak dalam Bahagian II dan ke atas boleh diberikan tambang
ii.    Tambang akan diberikan dalam tiap-tiap satu tahun kalendar
iii.    Elaun Pelajaran perlu  diluluskan terlebih dahulu sebelum tambang diberikan
iv.    Salinan Tiket penerbangan (dua hala) dari tempatan pengajian ke Brunei dan balik semula ke tempat pengajian hendaklah dihadapkan
v.    Jumlah bayaran balik tiket tidak akan melebihi kadar tiket antara Brunei Darussalam dan negara kerakyatan pegawai berkontrak

3.    ‘CHECKLIST’ PERMOHONAN

A.    TAMBANG DATANG (buat pertama kali)
i.    Borang permohonan (satu salinan)
ii.    Surat Lantikan
iii.    Surat Perjanjian Kontrak (Jika ada)
iv.    Salinan passport bagi dirinya dan isterinya
v.    Surat Beranak atau salinan passport anaknya
vi.    Salinan tiket penerbangan
vii.    Salinan asal resit pembelian tiket
viii    Kupon ‘Excess Baggage’
ix.    Salinan Bill of Lading
x.    Salinan asal resit Forwarding Company bagi tuntutan “Sea Freight Charges”


B.    TAMBANG PERTENGAHAN KONTRAK
i.    Borang permohonan (satu salinan)
ii.    Salinan kad pengenalan Brunei
iii.    Salinan surat beranak (bagi anak yang baru lahir)
iv.    Salinan surat kebenaran cuti
v.    ‘Flight Itinerary’
vi.    Surat Perjanjian Kontrak


C.    TAMBANG BALIK HUJUNG KONTRAK
i.    Borang permohonan (satu salinan)
ii.    Salinan surat beranak (Bagi anak yang baru lahir)
iii.    Salinan surat kebenaran cuti
iv.    ‘Flight Itinerary’
v.    Memorandum memaklumkan Pembaharuan Kontrak (Jika berkenaan - Untuk dihadapkan oleh Jabatan pemohon)
vi.    Memorandum memaklumkan Penamatan Kontrak (Jika berkenaan - Untuk dihadapkan oleh Jabatan pemohon)


D.    TAMBANG MURAH KANAK-KANAK
i.    Borang Permohonan
ii.    Surat Beranak (bagi anak yang baru dipohonkan)
iii.    Salinan Tiket Penerbangan
iv.    Salinan Borang Permohonan Elaun Pelajaran Yang Telah diluluskan



38: Bagaimana Mengetahui Kedudukan Permohonan Elaun Pelajaran?

Jawapan:
JIKA ADA PERTANYAAN, SILA HUBUNGI TALIAN UNIT ELAUN PELAJARAN IAITU 2383486.

A.    PERTANYAAN ORANG RAMAI MELALUI KAUNTER DAN TELEFON

Sila Nyatakan:
i.    Nama
ii.    Nombor Kad Pengenalan
iii.    Kementerian / Jabatan

Contoh       
Pelanggan    :    Ingin mengetahui permohonan elaun pelajaran anak saya?
Kaunter    :    Sila nyatakan nama, nombor ic dan jabatan.
Permohonan telah diluluskan dan akan dibayar melalui gaji bulan…. (setelah diperiksa dalam sistem TAFIS)

B.    PERMOHONAN YANG BERMASALAAH (TIDAK LENGKAP)
Masalah yang selalu timbul ialah kerana permohon tidak melampirkan penyata yuran, resit-resit pembayaran, tenancy agreement, salinan surat beranak, surat berhenti sekolah dsb.

Contoh       
Kaunter    :    Didapati Permohonan ada kekurangkan dokumen yang dilampirkan.
Pelanggan    :    Apakah kekurangan dokumen itu?
Kaunter    :    Seperti salinan surat beranak, penyata yuran asal, permohonan tidak di tandatangani oleh Ketua Jabatan dsb.

C.    PERMOHONAN YANG BELUM DITERIMA

Kaunter    :    Sila pastikan Jabatan abiskita menghadapkan permohonan tersebut?
(Setelah dipastikan dalam sistem permohonan tersebut tidak ada diterima).
Kaunter    :    Sila dapatkan salinan copy despatch jika permohonan tersebut telah dihantar ke Jabatan ini.  (Ini untuk memastikan sama ada permohonan tersebut sudah di terima Jabatan ini). 



39: Permohonan Baru, Permohonan Seterusnya (Penyambungan) dan Pindah Sekolah?

Jawapan:
A.    PEMOHONAN BARU

Borang Permohonan DUA (2) Salinan dihantar bersama:-
i.    Salinan surat beranak anak-anak yang dipohonkan (bagi permohonan pertama kali).
ii.    Salinan sijil perkahwinan bagi pegawai berkontrek (jika perlu bagi pegawai tempatan)
iii.    Salinan asal surat penerimaan daripada sekolah/kolej/universiti yang ada menyatakan tarikh bermula pengajian (tarikh tepat dd/mm/yy)
iv.    Salinan asal surat pengesahan penerimaan dari sekolah/kolej/universiti berhubung dengan pecahan bayaran sekolah, asrama, makan, buku dan lain-lain termasuk resit resmi pembayaran.
v.    Tenancy agreement / tuntutan makan berserta resit asal bayaran tempat tinggal dan makan jika tinggal diluar daripada asrama sekolah.
vi    Jika bercerai, sijil penceraian dan surat penjagaan anak daripada mahkamah

B.    PERMOHONAN SETERUSNYA (PENYAMBUNGAN)

Borang Permohonan DUA (2) Salinan dihantar bersama:-
i.    Surat asal pengesahan dari sekolah/kolej/universiti yang menyatakan anak-anak mereka masih menuntut di institusi berkenaan
ii.    Salinan asal surat pengesahan dari sekolah/kolej/universiti berhubung dengan pecahan bayaran sekolah, asrama, makan, buku dll. termasuk resit resmi pembayaran bagi tuntutan tahun berkenaan.
iii.    Tenancy agreement/tuntutan makan berserta resit asal bayaran tempat tinggal dan makan jika tinggal diluar daripada asrama sekolah.

C.    PINDAH SEKOLAH

Borang Permohonan DUA (2) Salinan dihantar bersama:-
i.    Sijil berhenti sekolah dari bekas sekolah/kolej/universiti  (Tarikh tepat berhenti ATAU tamat pengajian iaitu dengan menyatakan hari/bulan/tahun berhenti atau tamat pengajian).
ii.    Salinan asal surat pengesahan penerimaan dari sekolah/kolej/universiti berhubung dengan pecahan bayaran sekolah, buku, dll. termasuk resit resmi pembayaran
iii.    Sila rujuk perkara A untuk mengetahui dokumen-dokumen yang perlu disertakan.




SYARAT-SYARAT BAGI MENUNTUT ELAUN PELAJARAN


40: Siapa yang berhak dan had umur yang boleh menuntut?

Jawapan:
SIAPA YANG BERHAK???
a.    Pegawai lelaki berjawatan tetap yang terdiri daripada rakyat KDYMM.
b.    Pegawai wanita berjawatan tetap yang terdiri daripada rakyat KDYMM dimana suami tidak berhak menuntut.
c.    Pegawai lelaki berkontrak yang pernah berkahwin.
d.    Pegawai wanita yang berkontrak yang telah menjadi balu atau janda dimana anak-anak mereka adalah dibawah tanggungjawabnya.

HAD UMUR ANAK YANG BOLEH DITUNTUT
a.    Pegawai Tempatan
i.    Umur 5 Tahun hingga 25 Tahun (Bagi anak-anak yang menuntut dalam negeri)
ii.    Umur 10 Tahun hingga 25 Tahun (Bagi anak-anak yang menuntut diluar negeri)
iii.    Kursus PHD sehingga 28 Tahun

b.    Pegawai Berkontrak     
i.    Umur 5 Tahun hingga 21 Tahun

c.    Pegawai Gurkha
i.    Umur 5 Tahun hingga 16 Tahun (Dalam Bahagian IV dan V)
ii    Umur 5 Tahun hingga 21 Tahun    (Dalam Bahagian III ke atas)



41: Bagaimana hendak memohon bantuan kemudahan kewangan untuk memiliki Perumahan?

Jawapan:
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI UNIT PINJAMAN RUMAH, JABATAN PERBENDAHARAAN DENGAN MENDAIL 2383483

A.    SYARAT-SYARAT DAN DASAR KEMUDAHAN KEWANGAN UNTUK MELULUSKAN PERMOHONAN PINJAMAN
i.    Rakyat KDYMM
ii.    Pegawai dan Kakitangan Kerajaan termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang telah berkhidmat selama selepas 3 tahun dalam perkhidmatan kerajaan bergaji bulan atau telah menjelaskan pinjaman kewangan yang pertama maka pinjaman kedua boleh dipohonkan
iii.    Orang-orang yang dikurniakan gelaran
iv.    Mempunyai tanah di Negara Brunei Darussalam atau tanah di bawah Skim Rancangan Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati. Nama pemohon yang belum berdaftar dalam geran tidak akan dipertimbangkan kecuali mendapat pengesahan daripada Jabatan Tanah dan Jabatan Kemajuan Perumahan berhubung dengan pemilikan tanah
v.    Hak pinjaman diberikan berpandukan kepada perkiraan empat (4) tahun gaji berikutan mulai gaji pokok yang diterima semasa permohonan dihadapkan dan hak pinjaman kali kedua akan dikira mengikut perbezaan dengan jumlah hak pinjaman pertama
vi.    Hak pinjaman bagi orang-orang yang dikurniakan gelaran ialah mengikut jumlah perkiraan lima belas (15) tahun Elaun Gelaran yang diterimanya dan bayaran balik akan dikutip mengikut tempoh yang sama
vii.    Bayaran balik dibuat dengan secara potongan gaji mengikut jumlah tempoh perkhimatan yang tinggal dengan kerajaan atau jika masih berbaki akan dipotong melalui baksis dan jika perlu dipotong melalui pencen bulanan


B.    RUMAH YANG TELAH SIAP

Perkara-perkara yang diperlukan untuk perlulusan pinjaman
i.    Borang Permohonan diisikan dengan lengkap yang boleh diperolehi di jabatan dan Kementerian masing-masing yang boleh dicetak melalui  TAFIS
ii.    Borang dihadapkan melalui Ketua Jabatan dan Kementerian dimana pemohon bertugas sebelum dihadapkan ke Jabatan Perbendaharaan bagi penelitian awal disamping memberikan panduan. Seterusnya borang diedarkan ke Jabatan-Jabatan berikut:-
a.    Jabatan Kerja Raya (JKR), Bahagian Teknikal
b.    Jabatan Tanah atau Jabatan Kemajuan Perumahan jika tanah berkenaan di bawah kawalan Jabatan tersebut
c.    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
d.    Jabatan Perkhidmatan Awam
e.    Dihadapkan semula ke Unit Pinjaman Rumah, Jabatan Perbendaharaan bagi penelitian dan penyemakkan untuk tindakan lanjut
iii.    Salinan Pelan Rumah yang telah diluluskan dan surat kebenaran membina rumah daripada pihak yang berkenaan
iv.    Salinan Geran Tanah yang sudah ditukar milik atas nama pemohon
v.    Salinan Slip Gaji pemohon
vi.    Salinan Kad Pengenalan pemohon

Perkara-perkara yang diperlukan untuk Tuntutan dan Proses Pembayaran
i.    Penyerahan Geran Tanah asal yang didaftarkan atas nama pemohon untuk proses gadaian Tanah (M.O.C) dan bayaran cukai setem gadaian tanah
ii.    Bond ditandatangani di Mahkamah
iii.    Borang Persetujuan Sebagai Penjamin
iv.    Surat Perjanjian atau keterangan membina rumah yang dibuat dan ditandatangani oleh kedua belah pihak iaitu diantara pemborong dan pamilik rumah yang disahkan di Mahkamah
v.    Surat Tuntutan Pemborong dan Surat Persetujuan Pemilik Rumah
vi.    Gambar - gambar kesiapan rumah
vii.    Pengesahan dan penilaian taksiran kesiapan rumah daripada pihak JKR
viii.    Resit-resit wang tambahan jika ada
ix.    Bayaran akan dibuat secara “Lump Sum”


C.    PEMBINAAN RUMAH DI ATAS TANAH PEMOHON
i.    Jabatan tidak akan memproses sebarang permohonan jika didapati nama pemohon tidak termasuk dalam geran berkaitan yang digunakan untuk pembinaan rumah
ii.    Proses sama seperti yang diterangkan di para B kecuali cara pembayaran dibuat cara berperingkat mengikut kemajuan kerja yang dipersetujui seperti di dalam Surat Perjanjian
iii.    Gambar yang menunjukkan peringkat kerja yang telah dibuat
iv.    Pegawai Pemeriksa, Jabatan Perbendaharaan akan membuat lawatan dan laporan penilaian bagi kesiapan rumah mengikut kemajuan kerja yang telah dibuat bagi kawasan Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong sahaja. Bagi peringkat terakhir akan dinilai oleh pihak JKR
v.    Bagi rumah-rumah yang dibina dikawasan Daerah Belait dan Daerah Temburong keseluruhan peringkat kemajuan kerja dan peringkat terakhir akan dinilai oleh pihak JKR
vi.    Laporan Pemeriksaan Jabatan Perbendaharaan serta Penilaian pihak JKR akan digunakan sebagai garis pandu untuk sokongan sebarang pembayaran


D.    MEMBELI RUMAH SIAP DARIPADA PEMAJU ATAU PIHAK PERSEORANGAN (MEMBELI TANAH DAN RUMAH DI ATASNYA)
i.    Proses sama seperti yang diterangkan di para B kecuali jika nama pemohon belum lagi masuk dalam geran berkenaan, pemohon dikehendaki menghadapkan geran lain sebagai cagaran sementara
ii.    Perjanjian Jual/Beli  (Sale & Purchase Agreement), Tuntutan Pemaju atau Pihak Perseorangan dan Pengesahan Persetujuan Pemilik Rumah serta Gambar Kesiapan Rumah perlu disertakan
iii.    Sebarang pembayaran tidak akan dikeluarkan jika rumah berkenaan belum disahkan siap sepenuhnya oleh pihak JKR dan pengesahan proses tukar milik daripada Jabatan Tanah (M.O.T)
iv.    Jika pemohon memilih geran lain sebagai cagaran sementara maka bayaran 85% akan dikeluarkan daripada hak pinjaman yang dibenarkan setelah para D iii. dipenuhi
v.    Baki bayaran 15% akan dikeluarkan setelah geran asal didaftarkan atas nama pemohon dan bayaran cukai setem gadaian tanah dijelaskan

E.    RUMAH YANG TELAH DIBELI MELALUI PINJAMAN BANK ATAU LAIN-LAIN SUMBER
Proses sama seperti yang diterangkan di para B dan D tetapi geran berkenaan hendaklah terlebih dahulu bebas daripada pegangan mana-mana pihak termasuk pihak bank. Pihak bank hendaklah bersetuju membebaskan geran tersebut bagi tujuan tukar milik jika nama pemohon belum lagi masuk didaftarkan dalam geran berkenaan



42: Bagaimana cara mengetahui kedudukan permohonan?

Jawapan:
1.    JIKA INGIN MENGETAHUI KEDUDUKAN PERMOHONAN BAGI KEBENARAN PINJAMAN KENDERAAN, TUNTUTAN WANG PENDAHULUAN BAGI PINJAMAN KENDERAAN ATAU ELAUN PERJALANAN SILA DATANG KE KAUNTER UNIT PINJAMAN KENDERAAN DAN FCA, TINGKAT II, JABATAN PERBENDAHARAAN, BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN ATAU MENGHUBUNGI TALIAN 2383476 DENGAN MENYATAKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:-


i.    Sila nyatakan jenis permohonan, seperti:-
a.    Surat kebenaran pinjaman kenderaan
b.    Surat kebenaran Elaun Perjalanan Tetap atau Hitung Kilometer
c.    Tuntutan wang pendahuluan bagi pinjaman kenderaan
d.    Tukar nombor pendaftaran kenderaan

ii.    Sila nyatakan nombor kad pengenalan ketika membuat pertanyaan.
a.    Bagi pegawai/kakitangan biasa sila nyatakan nombor Kad Pengenalan Pintar
b.    Bagi pegawai/ kakitangan ABDB sila nyatakan nombor Kad Pengenalan Asgar
c.    Pegawai/kakitangan Polis Diraja Brunei sila nyatakan  nombor didalam slip gaji i.e 00800...

iii.    Sila nyatakan Jabatan pemohon

iv.    Sila nyatakan tarikh permohonan dihadapkan ke Jabatan Perbendaharaan


2.    PIHAK JABATAN PERBENDAHARAAN AKAN MENERANGKAN KEDUDUKAN PERMOHONAN DENGAN MENYATAKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:-

i.    LULUS, jika permohonan sudah diluluskan
ii.
KUIRI, jika permohonan kurang teratur. Permohonan yang lazim dikuiri ialah permohonan/dokumen yang kurang lengkap atau teratur.
iii.    DALAM PROSES, bagi permohonan yang masih dalam proses pengurusan
iv.    KIV, bagi permohonan yang belum cukup tempoh  atau pinjaman lalu masih berbaki


3.    BAGI PERTANYAAN KEBENARAN TUNTUTAN WANG PENDAHULUAN BAGI PINJAMAN KENDERAAN (CLAIM), SILA DAPATKAN NOMBOR RUJUKAN KEBENARAN DARI UNIT PINJAMAN KENDERAAN SEBELUM MEMBUAT PERTANYAAN KE UNIT PEMBAYARAN. NOMBOR RUJUKAN HANYA AKAN DIBERIKAN 3 HARI SELEPAS PERMOHONAN DILULUSKAN.


4.    SOALAN YANG SERING DIAJUKAN OLEH ORANG RAMAI


42 (a) Mengapa permohonan lambat diperoses?
Jawapan

i.    Borang permohonan kurang teratur
ii.    Dokumen tidak lengkap
iii.    Belum cukup tempoh (permohonan diKIV)
iv.    Borang permohonan belum dihadapkan ke Jabatan Perbendaharaan



42 (b) Mengapa permohonan tidak diluluskan?


Jawapan
Kebenaran Pinjaman Kenderaan:-
i.    Tidak memenuhi syarat atau pertauran
ii.    Belum cukup tempoh kerana ada potongan rumah bagi pemohon didalam bahagian III, IV dan V. Pegawai didalam bahagian ini mestilah diganjakkan tempoh permohonan menjadi 5 tahun daripada tarikh mula potongan pinjaman lalu.
iii.    Belum cukup tempoh 48 bulan
iv.    Perjalanan dari rumah ke pejabat kurang 4.8 KM

Kebenaran Elaun Perjalanan:-
i.    Tidak memenuhi syarat atau peraturan
ii.    Kebenaran yang dipohonkan bagi Elaun Rumah ke Pejabat yang mana Jabatan ini melalui Unit Pinjaman Kenderaan dan FCA hanya memberikan kebenaran bagi Elaun Perjalanan ke Luar Jabatan atas urusan resmi
iii.    Kenderaan adalah jenis Van / Mini Bus



43: Senarai semak (Checklist) bagi permohonan pinjaman kenderaan, Tuntutan wang pendahuluan bagi pinjaman kenderaan, Elaun perjalanan dan Tukar nombor pendaftaran kenderaan?

Jawapan:
1.    PERMOHONAN KEBENARAN PINJAMAN KENDERAAN


a.    Borang permohonan (1 salinan  asal). Borang permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap dan teratur
b.    Borang penjamin (1 salinan asal). Borang ini hanya diperlukan bagi pemohon yang dalam jawatan sebulan ke sebulan, open vote atau dalam percubaan. 2 orang penjamin mestilah pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan yang berjawatan TETAP
c.    Memorandum/ Surat dari Jabatan. Permohonan hendaklah dihadapkan melalui Kementerian atau Jabatan. Setiap permohonan mestilah dihadapkan berserta memorandum/surat Jabatan/Kementerian
d.    Surat Lantikan daripada JPA/SPA hanya bagi permohon yang baru berkhidmat dengan Kerajaan
e.    Memorandum penyambungan sebulan ke sebulan hanya bagi pemohon yang berjawatan sebulan ke sebulan
f.    Salinan tuntutan perjalanan 3 bulan kebelakangan hanya bagi pemohon didalam bahagian IV yang ingin mendapatkan pinjaman sebanyak $9,500.00
g.     Surat perjanjian kontrak hanya bagi pemohon yang berjawatan Kontrak


2.    PERMOHONAN TUNTUTAN WANG PENDAHULUAN BAGI MEMBELI KENDERAAN

a.    Borang Tuntutan Wang Pendahuluan Bagi Membeli Kenderaan / “Claim Form”(Satu salinan asal). Borang hendaklah diisikan dengan lengkap dan teratur

b.    Surat Kebenaran Asal. Surat kebenaran asal dari Jabatan Perbendaharaan hendaklah dihadapkan berserta borang tuntutan

c.    Persuratan:-
i.    Bagi kenderaan ‘secondhand’ yang dijual belum mencapai tempoh satu tahun, surat jual beli daripada penjual mestilah dihadapkan
-    Jika kenderaan dijual secara tunai, hendakalah dinyatakan bahawa kenderaan (no pendaftaran kenderaan) telah dijual kepada pemohon dengan menyatakan harga jualan secara TUNAI
-    Jika bukan secara tunai, hendaklah dinyatakan seperti di atas tetapi menyatakan dijual Melalui Skim Pinjaman Kerajaan.

ii    Bagi kenderaan baru dibeli yang belum mencapai satu tahun
-    Invois dan resit asal hendaklah disertakan
-    Jika wang tuntutan dibuat atas penjual, invoice berkenaan hendaklah dinyatakan jumlah yang dituntut melalui Skim Pinjaman Kenderaan
-    Bagi kenderaan yang dibeli dari luar negeri(Imported car), invois dan resit asal berserta salinan import duty kastam hendaklah dihadapkan
iii.    Jika harga kenderaan rendah daripada jumlah pinjaman yang bibenarkan maka jumlah pinjaman yang berhak dituntut hendaklah seperti harga kenderaan

d.    Kad Pendaftaran Kenderaan
i.    Bagi kenderaan jenis kereta atau motosikal hendaklah dihadapkan salinan kad pendaftaran kereta yang telah dicop “Ownership Claimed By Government berserta no CL” daripada Jabatan Pengangkutan Darat
ii.    Bagi kenderaan jenis perahu, sijil daripada Jabatan Laut hendaklah dihadapkan

e.    Sijil Taksiran daripada Jabatan Kerja Raya
i.    Sijil taksiran JKR yang asal hendaklah disertakan KECUALI kenderaan baru yang belum sampai satu tahun
ii.    Tarikh taksiran didalam sijil berkenaan tidak melimpasi enam bulan
iii.    Jika taksiran kurang dari jumlah pinjaman yang dibenarkan, maka pinjaman hanya diberikan seperti jumlah taksiran

f.    Insuran
i.    Insuran hendaklah dihadapkan yang komprehensive dan melebihi 6 bulan keatas
ii.    “Hire Purchase di dalam insuran adalah Kerajaan KDYMM
iii.    Jumlah insuran mestilah sama atau lebih daripada jumlah yang dibenarkan

g.    Surat Penyelesaian Hutang. Jika pemohon pernah mendapatkan pinjaman daripada syarikat kewangan /bank dan penyelesaian pinjaman belum mencapai setahun, maka surat penyeleseian pinjaman daripada syarikat/bank berkenaan hendaklah dihadapkan.

h.    Borang Perjanjian A Dan B ( Form A And B – 2 salinan). Sila pastikan borang yang dihadapkan diisi dengan lengkap dan kedua borang borang nerkenaan hendaklah ditandatangani pemohon dan saksi dari Jabatan pemohon. Pemohon hendaklah membaca dan memastikan semua butir keterangan didalam borang A dan B adalah betul sebelum borang berkenaan ditandatangani.


3.    PERMOHONAN ELAUN PERJALANAN TETAP/HITUNG KILOMETER ATAU PEMBEBASAN CUKAI JALAN RAYA/LESEN MEMANDU PERCUMA

a.    Bagi permohonan kebenaran Elaun Perjalanan Tetap/Hitung Kilometer (Bagi perjalanan keluar Jabatan atas urusan resmi)
i.    Borang permohonan Elaun Perjalanan (1 salinan asal). Borang hendaklah dipastikan lengkap dan teratur berserta   tandatangan, kategori dan tarikh sokongan
ii    Borang hendaklah dihadapkan melalui Jabatan atau Kementerian berserta memorandum atau surat sokongan dari Jabatan atau Kementerian. Dan permohonan hendaklah dihadapkan terus ke Kaunter Unit Pinjaman Kenderaan dan FCA
iii.    Salinan Kad Pendaftaran. Salinan kad pendaftaran bagi kenderaan yang digunakan untuk bertugas ke luar. Salinan hendaklah dipastikan lengkap dan jelas.
iv.    Salinan Lesen Memandu. Lesen memandu yang sah yang belum mansuh tempohnya
v.    Salinan Tuntutan Hitung Kilometer 3 bulan kebelakangan. Salinan tuntutan hitung kilometer 3 bulan kebelakangan yang melebihi 322 sebulan hendaklah dihadapkan bagi pemohon didalam bahagian IV yang ingin memohon Elaun Perjalanan Tetap buat kali yang pertama
vi.    Salinan Kebenaran Lalu. Salinan kebenaran lalu bagi elaun yang pernah diberikan hendaklah dihadapkan hanya bagi pemohon yang pernah diberikan kebenaran lalu

b.    Bagi permohonan Pembebasan Cukai Jalan Raya atau Lesen Memendu Percuma
i.    Memorandum atau surat sokongan daripada Jabatan atau Kementerian
ii    Surat daripada pemohon
iii.    Salinan kebenaran elaun perjalanan bagi kenderaan yang dipohonkan
iv.    Salinan kad pendaftaran kenderaan bagi kenderaan yang dipohonkan
v.    Kebenaran lalu, jika ada bagi pemohon yang pernah diberikan kebenaran sebelumnya
vi.    Salinan Tuntutan Hitung Kilometer 3 bulan kebelakangan. Salinan tuntutan hitung kilometer hendaklah dihadapkan bagi pemohon yang diberi kebenaran elaun perjalanan dibawah kategori F. Tuntutan hendaklah melebihi 322km sebulan.


4.    PERMOHONAN TUKAR NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN BAGI KENDERAAN YANG MASIH DICAGARKAN KEPADA KERAJAAN
a.    Memorandum atau surat sokongan daripada Jabatan atau Kementerian
b.    Surat daripada pemohon
c.    Salinan kad pendaftaran kenderaan
d.    Salinan surat pemberitahuan atau pengantungan daripada Jabatan Pengangkutan Darat yang ditujukan kepada pemohon



44: Jenis-jenis vendor dan perkara-perkara yang berhubungkait dengan vendor?

Jawapan:
1.    JENIS-JENIS VENDOR YANG DIMASUKKAN KEDALAM SISTEM TAFIS DI UNIT PEMBAYARAAN, JABATAN PERBENDAHARAAN

Jenis-jenis vendor yang dimasukkan kedalam sistem TAFIS dikategorikan seperti berikut:-
a.    Persendirian
b.    Syarikat
c.    Perniagaan
d.    Koperasi
e.    Persatuan
f.    Jabatan/Sekolah


SENARAI SEMAK (CHECKLIST) BAGI VENDOR


Perkara-perkara yang diperlukan bagi memproses pendaftaran ke dalam sistem TAFIS adalah seperti berikut:-

a.    Vendor diatas nama Persendirian, yang diperlukan Unit Pembayaran, Jabatan Perbendaharaan adalah:-
i.    Salinan (Photocopy) Kad Pengenalan Brunei
ii.    Lengkapkan Vendor Form (terdapat di Unit Pembayaran/ada didalam sistem TAFIS)
iii.    Salinan (Photocopy) ‘Bank Statement’ mestilah diatas Nama Penerima

b.    Vendor diatas nama Syarikat, yang diperlukan Unit Pembayaran adalah:-
i.    Salinan (Photocopy) Borang 5 Section 16 dan 17
ii.    Lengkapkan Vendor Form
iii.    Salinan (Photocopy) ‘Bank Statement’ mestilah diatas Nama Syarikat tersebut

c.    Vendor diatas nama Perniagaan, yang diperlukan Unit Pembayaran adalah:-
i.    Salinan (Photocopy) Sijil Penubuhan Perniagaan
ii.    Lengkapkan Vendor Form
iii.    Salinan (Photocopy) ‘Bank Statement’ mestilah diatas Nama Perniagaan tersebut

d.    Vendor diatas nama Koperasi, yang diperlukan Unit Pembayaran adalah
i.    Salinan (Photocopy) Surat Penubuhan Koperasi atau Surat Pengesahaan dari Jabatan Polis Diraja Brunei
ii.    Lengkapkan Vendor Form
iii.    Salinan (Photocopy) ‘Bank Statement’ mestilah diatas Nama Koperasi tersebut


e.    Vendor diatas nama Persatuan, yang diperlukan Unit Pembayaran adalah:-
i.    Salinan (Photocopy) Surat Penubuhan Persatuan atau Surat Pengesahaan dari Jabatan Polis Diraja Brunei
ii.    Lengkapkan Vendor Form
iii.    Salinan (Photocopy) ‘Bank Statement’ mestilah diatas Nama Persatuan tersebut

f.    Vendor diatas nama Jabatan/ Sekolah, yang diperlukan Unit Pembayaran adalah:-
i.    Lengkapkan Vendor Form
ii.    Photocopy ‘Bank Statement’ mestilah diatas Nama Jabatan/Sekolah tersebut

Jika pembayaran dibuat dari Jabatan ‘On-line’ semua maklumat tersebut dihantar oleh Jabatan itu sendiri ke Bahagian Vendor, Unit Pembayaran, Kementerian Kewangan.

Jika pembayaran bukan dibuat dari Jabatan ‘On-line’, semua maklumat tersebut disertakan didalam Baucer Pembayaran yang dihantar ke Unit Pembayaran.


2.    JENIS-JENIS KUIRI YANG TERDAPAT YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENDAFTARAN SYARIKAT, PERNIAGAAN, KOPERASI, PERSATUAN & SEKOLAH KEDALAM SISTEM TAFIS YANG BOLEH MENJEJASKAN KELAMBATAN PROSES PEMBAYARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

a.    Nama Syarikat didalam baucer, indent, invoice tidak sama dengan Sijil penubuhan Syarikat atau Borang 5 Section 16 dan 17.

b.    No akaun tidak sama atau tidak lengkap seperti yang tercatit didalam Bank Statement sama ada bagi Persendirian, Syarikat, Perniagaan, Persatuan, Koperasi atau Sekolah

c.    Dokumen yang disertakan tidak lengkap sama ada:
i.    Vendor Form ( Alamat yang terbaru & No Tel)
ii.    Salinan (Photocopy) Borang 5 Section 16 dan 17 bagi Syarikat
iii.    Salinan (Photocopy) IC bagi Persendirian
iv.    Salinan (Photocopy) Surat Penubuhan Perniagaan
v.    Salinan (Photocopy) Surat Pengesahan Pertubuhan Koperasi atau Persatuan dari Jabatan Polis Diraja Brunei
vi.    Salinan (Photocopy) Bank Statement



45: Kaunter Pernerimaan Hasil?

Jawapan:
1.    BAYARAN-BAYARAN DI KAUNTER HASIL

a.    Bayaran bagi Cek luar negeri-hendaklah disertakan
i.    Bank Slip
ii.    Tajuk bagi bayaran
iii.    Memorandum dari Jabatan

b.    Bayaran bagi tender dokumen mestilah disertakan
i.    Keratan Akbar Pelita Brunei
ii.    Nyatakan Nama Syarikat

c.    Bayaran bagi wang tunai mestilah disertakan
i.    Wang tunai yang betul
ii.    Debit Note / memorandum dari Jabatan
iii.    Tajuk bagi bayaran



2.    SENARAI SEMAK (CHECKLIST) BAGI PENERIMAAN PENYATA PEMUNGUT

a.    Mesti di catit resit di Penyata Pemungut mengikut resit-resit yang disertakan
b.    Mesti dipastikan resit-resit dibubuh tarikh pengutipan
c.    Tarikh, Business Unit dan Nombor Agen Pemungut mestilah sama dengan di bank advice slip
d.    Jumlah hendaklah sama dengan di Buku Tunai
e.    Mestilah di semak Business Unit, Akaun, ID Jabatan sama dengan di Buku Tunai
f.    Penyata Pemungut Kutipan hasil mestilah di tandatangani oleh Ketua Jabatan dan di cop  jabatan
g.    Buku Tunai mestilah  lengkap di catit jumlah ringgit nya dalam perkataan  dan di Cop Jabatan
h.    Jumlah Progressive mestilah di catit di Buku Tunai
i.    Tandatangan pegawai dan kakitangan yang  menyediakan dan mensahkan mestilah dibubuh di Buku Tunai




PERUBAHAN CARA PEMBAYARAN GAJI DAN MAKLUMAT BANK


46: Bagaimanakah cara hendak membuat pertukaran kemasukan gaji?
a.    Bertukar dari sesebuah bank ke sebuah bank yang lain
b.    Bertukar cara pembayaran dari bank ke tunai
c.    Bertukar dari satu nombor akaun bank ke nombor akaun lain (bank yang sama)
d.    Bertukar cara pembayaran dari tunai ke bank


Jawapan:
LANGKAH 1
Hendaklah mendapatkan ‘Clearence Letter’ terbaru daripada pihak bank yang lama bagi perubahan a dan b di atas.

LANGKAH 2
Hendaklah memaklumkan kepada Bahagian Gaji, Kementerian / Jabatan masing-masing mengenai dengan perubahan tersebut

Dokumen yang perlu disertakan:
i.    Salinan Asal (original) ‘Clearence Letter’ daripada bank lama
ii.    Salinan Buku Bank daripada bank baru

Apakah proses selanjutnya?
Bahagian Gaji, Kementerian / Jabatan masing-masing akan memproses perubahan tersebut dengan mengisikan BORANG 01 mengenai dengan perubahan tersebut untuk dihadapkan ke Unit Gaji, Jabatan Perbendaharaan.

LANGKAH 3
Jika memerlukan pengesahan gaji daripada Jabatan Perbendaharaan untuk dihadapkan ke bank, hendaklah datang ke Unit Gaji, Jabatan Perbendaharaan.

Dokumen yang perlu disertakan:
i.    Salinan Asal (original) ‘Clearence Letter’ daripada bank lama
ii.    Salinan Buku Bank daripada bank baru
iii.    Salinan BORANG 01 (yang telah disediakan oleh Bahagian Gaji, Kementerian / Jabatan masing-masing).


Pengesahan Gaji daripada Unit gaji, Jabatan Perbendaharaan hanya akan diserahkan jika dokumen-dokumen yang diperlukan LENGKAP diterima.




KEKURANGAN / KESILAPAN CATITAN BAKI SIMPANAN ELAUN SARAHIDUP


47: Apakah yang perlu dilakukan jika mendapati baki simpanan elau sarahidup yang dicatitkan di dalam slip gaji bulan berkurangan / tersilap catit?

Jawapan:
LANGKAH 1
Hendaklah memaklumkan ke Bahagian Gaji, Kementerian / Jabatan masing-masing mengenai dengan kekurangan / kesilapan catitan tersebut.

Dokumen yang perlu disertakan:
i.    Salinan Slip Gaji yang mencatitkan baki simpanan Elaun Sarahidup yang betul
ii.    Salinan Slip Gaji yang mencatitkan baki simpanan Elaun Sarahidup yang berkurangan / tersilap
iii.    Salinan slip gaji terkini


Apakah proses selanjutnya?

Proses 1
Bahagian Gaji, Kementerian / Jabatan masing-masing akan memaklumkan ke Unit Gaji, Jabatan Perbendaharaan mengenai dengan kekurangan / kesilapan catitan tersebut melalui memorandum.

Proses 2
Unit Gaji, Jabatan Perbendaharaan akan membuat penyemakan mengenai dengan kekurangan / kesilapan tersebut dan akan membuat pembetulan / penyelarasan terhadap catitan Elaun Sarahidup.


Catitan yang telah dibetulkan / diselaraskan akan dapat dilihat melalui slip gaji




KUTIPAN GAJI DAN ELAUN-ELAUN YANG TERLEBIH BAYAR


48: Bagaimanakah cara untuk cara untuk membuat kutipan gaji dan elaun-elaun yang terlebih bayar bagi pegawai / kakitangan kerajaan yang tidak sempat dihentikan yang mana proses sistem gaji berkomputer telah selesai dilakukan bagi BULAN berkenaan?

Jawapan:
LANGKAH 1
Hendaklah memaklumkan ke Unit Gaji, Jabatan Perbendaharaan untuk mengutip balik gaji dan elaun-elaun yang terlebih bayar daripada pegawai / kakitangan berkenaan melalui memorandum SEBELUM tarikh pembayaran gaji bagi bulan berkenaan

Apakah yang perlu dinyatakan di dalam memorandum berkenaan?
i.    Sebab-sebab kutipan tersebut dibuat
ii.    Perkiraan gaji dan elaun-elaun yang hendak dikutip

Apakah proses selanjutnya?

Proses 1
Unit Gaji, Jabatan Perbendaharaan akan memaklumkan kepada pihak Bank yang berkenaan untuk mengembalikan kutipan gaji dan elaun-elaun tersebut melalui surat iaitu SEBELUM tarikh pembayaran gaji bagi bulan berkenaan.
Proses 2
Gaji dan elaun-elaun terlebih bayar yang berjaya dikutip daripada pegawai  / kakitangan berkenaan oleh pihak Bank akan dikembalikan ke Unit Gaji, Jabatan Perbendaharaan melalui ‘Cashier Order’

Proses 3
‘Cashier Order’ yang diterima akan dihadapkan ke Unit Pembayaran, Jabatan Perbendaharaan melalui minit untuk mengeluarkan resit di atas nama pegawai / kakitangan berkenaan

Proses 4
Resit yang diterima daripada Unit Pembayaran akan diserahkan melalui surat / memorandum kepada Kementerian / Jabatan masing-masing untuk rujukan




PROSES PENCEN DAN BAKSIS


49: Proses penyediaan perkiraan pencen dan baksis?

Jawapan:
Perkara-perkara yang dikehendaki bagi memproses perkiraan Pencen dan Baksis:
a.    Fail peribadi Jabatan Perkhidmatan Awam (bagi penyemakkan ke atas memo dan persuratan yang tertentu yang akan menjejaskan perkiraan seperti cuti tidak bergaji, tindakan tatatertib dan sebagainya);
b.    Catatan Perkhidmatan dan Penyata Cuti yang lengkap dan dikemaskinikan;
c.    Salinan Kad Pengenalan;
d.    Alamat Tetap dan Nombor Talipon Pesara.



50: Proses perkiraan pencen dan baksis turunan?

Jawapan:
Perkara-perkara yang dikehendaki bagi memproses perkiraan Pencen dan Baksis Turunan:
a.    Fail Peribadi Jabatan Perkhidmatan Awam (bagi penyemakkan ke atas memo dan persuratan yang tertentu yang akan menjejaskan perkiraan seperti cuti tidak bergaji, tindakan tatatertib dan sebagainya;
b.    Catatan Perkhidmatan dan Penyata Cuti yang lengkap dan dikemaskinikan;
c.    Salinan Sijil Mati;
d.    Bilangan Balu – Pengesahan daripada Ketua Kampong dan Pejabat Kadi;
e.    Salinan Sijil Nikah;
f.    Salinan Kad Pengenalan balu / balu-balu dan anak-anak dibawah umar 21 tahun;
g.    Salinan surat beranak bagi anak-anak dibawah umur 12 tahun;
h.    Bagi Anak Angkat – perlu disertakan pengesahan daripada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan;
i.    Bagi pegawai yang berstatus bujang semasa meninggal dunia, perkara-perkara yang diperlukan adalah:
i.    Pengesahan daripada Jabatan mengenai status kelamin;
ii.    Surat sumpah daripada Mahkamah bagi mensahkan simati masih bujang pada tarikh simati meninggal dunia daripada waris yang terdekat;
iii.    Surat pengesahan Ketua Kampong;
iv.    ‘Letter of Administration’ yang dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa Waris



51: Penyedian pembayaran pencen dan baksis?

Jawapan:
Sebelum penyediaan pembayaran dapat dilaksanakan, perkara-perkara yang disenaraikan dibawah hendaklah diperolehi / dihadapkan dengan lengkap dan teratur:
a.    Mendapat Titah perkenaan dan sokongan daripada Ahli Jawatankuasa Penasihat Perkara-Perkara Pencen & Baksis atau telah mendapat kebenaran daripada Menteri Kewangan;
b.    Mengembalikan Sijil Penyelesaian Hutang, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan, yang telah dikelilingkan kepada Jabatan-Jabatan yang berkenaan;
c.    Pertanyaan Juruaudit Agung telah dijawab dengan betul dan teratur dan memastikan ‘suporting documents’ dihadapkan bersama;
d.    ‘Election Letter’ telah dihadapkan;
e.    Salinan Kad Pengenalan dan slip gaji terakhir telah dihadapkan;

Bayaran pencen dan baksis akan dibayar melalui akaun Bank yang tercatit pada slip gaji terakhir.



52: Menukar bank bagi kemasukan pencen bulanan?

Jawapan:

Borang menukar bank dapat diperolehi di kaunter Unit Pencen dan Baksis. Perkara-perkara berikut perlu disertakan bersama;
a.    Sijil pengesahan hutang dari Bank yang tercatit pada slip gaji terakhir itu;
b.    Salinan Buku Simpanan Bank atau Buku Cek (Akaun Semasa) baru;

Kemasukkan Pencen dan Baksis ke dalam ‘Joint Account’ tidak akan dipertimbangkan.



53: Meminta Pengesahan Pencen Bulanan?

Jawapan:
Borang meminta pengesahan dapat diperolehi di Kaunter Unit Pencen dan Baksis, Jabatan Perbendaharaan.
  

1: Tempat-tempat masuk/keluar dan pendaratan yang sah?

2: Cukai-cukai kastam?

3: Pemeriksaan barang-barang?

4: Barang-barang yang dibolehkan import & eksport?

5: Perlukah setiap barangan import & eksport diikrarkan kepada Kastam ?

6: Siapakah yang berkelayakan untuk mengikrarkan barang-barang yang diimport ?

7: Apakah syarat yang melayakkan pengimport/pengeksport untuk berurusan dengan Jabatan Kastam?

8: Dimana kah Pendaftaran Syarikat Dibuat?

9: Apakah dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran?

10: Larangan dan sekatan bagi import dan eksport?

11: Apa yang dimaksudkan dengan lesen atau permit ?

12: Bagaimana lesen/permit diperolehi ?

13: Adakah terdapat syarat tambahan selain dari lesen/permit yang dikeluarkan oleh Jabatan/Agensi yang bertanggungjawab ?

14: Jenis barang-barang dan Jabatan / Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen/permit.?

15: Pelepasan Kastam?

16: Dokumen sokongan?

17: Kaedah pemerosesan?

18: Bagaimana  permohonan diproses?

19: Kelulusan (pass for import) oleh Pegawai kanan?

20: Bahagian Pemeriksaan?

21: Pelepasan Akhir?

22: Pemeriksaan lanjut atau 100%?

23: Barang-barang persendirian?

24: Minuman Keras?

25: Pengecualian cukai import keatas barang-barang orang yang bertukar kediaman?

26: Kelayakan pengecualian cukai import keatas kenderaan bermotor?

27: Penilaian Harga?

28: Bagaimana kebenaran / A.P (Approval Permit) diperolehi ?

29: Barang barang Transit

30: Barang-barang yang boleh di “transit” ?

31: Bagaimanakan barang tersebut di kategorikan sebagai barangan transit ?

32: Perlukah barang-barang transit diikrarkan ?

33: Apakah dokumen yang diperlukan semasa pengikraran ?

34: Prosedur transit?

35: Apakah asas penilaian bagi menetukan harga barangan yang diimport ?

36: Adakah elemen-elemen tambahan yang perlu dimasukira selain harga barangan yang diimport ?

37: Kaedah?

38: Apakah tanggungjawab pengimport / Pengeksport keatas perjenisan ?

39: Bagaimana jika terdapat keraguan dalam perjenisan (classification) ?

40: Pra perjenisan barangan (Pre Entry Classification)?

41: Apa yang dimaksudkan dengan Pra perjenisan barangan?

42: Adakah perjenisan melalui sistem ini dikira sah atau boleh dibatalkan ?

43: Bagaimana dan dimana permohonan bagi sistem ini dihadapkan ?

44: Adakah bayaran (Fees) dikenakan ?

45: Berapa lamakah permohonan ini diproses ?

46: Kebenaran masuk (Approval Permit - A.P)?

47: Import Semula (Re-Import)?

48: Permohonan bagi kebenaran eksport?

49: Dokumentasi?

50: Apakah Cukai Import dikenakan keatas barangan yang dimasukkan semula (re-import) ?

51: IMPORT SEMENTARA?

52: Jenis barang-barang yang dibenarkan untuk import sementara?

53: Surat kebenaran atau pengesahan?

54: Jangka masa Import sementara yang dibenarkan?

55: Bolehkah tempoh masa dilanjutkan ?

56: Bagaimana jika gagal mengeluarkan (eksport) dalam tempoh yang ditetapkan ?

57: Perlukah sekuriti atau wang jaminan ?

58: Bolehkah wang jaminan dikembalikan ?

59: Apa dia Pulangan Balik Cukai (Refund) dan Tarikan Balik Cukai (Drawback) ?

60: “Pulangan Balik Cukai (Refund)” dan “Tarikan Balik Cukai (Drawback)” yang dibolehkan?

61: Kategori yang dibolehkan untuk “Tarikan Balik Cukai (Drawback)”?

62: Syarat dan peraturan kebenaran masuk (A.P) bagi barang am dan termasuk dibawah perintah sekatan & larangan  Kastam bab 28 Akta Kastam?

63: Syarat dan peraturan kebenaran masuk ( A.P ) kereta terpakai?

64: Syarat dan peraturan kebenaran masuk ( A.P ) jentera berat (kenderaan)?

65: Syarat dan peraturan pengecualian cukai impot mesin industri?

66: SYARAT DAN PERATURAN PERMOHONAN PULANGAN BALIK CUKAI (REFUND)?

67: Syarat dan peraturan permohonan tarikan  balik cukai (Drawback)?

68: Syarat-syarat bagi masuk sementara kenderaan persendirian dan perniagaan?

69: Syarat-syarat mengimpot minuman keras?

70: Tekad Pemendulian orang ramai (TPOR) Jabatan Kastam & Eksais Diraja?




1: Tempat-tempat masuk/keluar dan pendaratan yang sah?

Jawapan:
(I)  Melalui Udara

  • Lapangan Terbang Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam
  • Brunei Shell Air Strip

(II)  Melalui Laut

  • Pelabuhan Muara
  • Terminal Feri Serasa
  • Pos Kawalan Putat
  • Dermaga Belait

(III)    Melalui Darat

  • Pos Kawalan Kastam Sungai Tujuh
  • Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah
  • Pos Kawalan Kastam Puni
  • Pos Kawalan Kastam Labu



2: Cukai-cukai kastam?

Jawapan:
(a)    Setiap barangan bercukai yang diimport ke Negara Brunei Darussalam adalah tertakluk kepada Perintah Cukai Import Kastam yang berkuatkuasa pada masa ini.

(b)    Tarif Keutamaan Sama Rata ASEAN (CEPT) boleh diberikan kepada pengimport menurut kelayakan yang diberikan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama (MIPR).

(c)    Sebahagian besar cukai import yang dikenakan berasaskan kepada kadar “Ad Valorem” dan sebahagian kecil sahaja kadar cukai berasaskan kadar “Specific”. Kadar “Ad Valorem” ialah kadar peratus yang dinilai dari harga barangan seperti 20%, manakala kadar “Specific” pula adalah kadar harga yang dikira dari jumlah berat atau kuantiti seperti $60. per Kg. atau $220 per tonne.

(d)    Penentuan bagi perjenisan (classification) barangan yang diimport sama ada bercukai atau tidak adalah berpandukan kepada Brunei Trade Classification iaitu Harmonised Commodity Description and Coding System, versi 1996.

(e)    Negara Brunei Darussalam tidak mengenakan sebarang cukai eksport bagi pengeksportan barangan dari negara ini sejak tahun 1973. Ianya adalah bagi menggalakan perusahaan tempatan



3: Pemeriksaan barang-barang?

Jawapan:
i)    Lazimnya pemeriksaan akan dilakukan keatas sesuatu konsinmen iaitu dari kadar minima 10% sehingga kepada tahap pemeriksaan menyeluruh (bergantung kepada keadaan dan arahan tertentu keatas barangan tersebut).

ii)   Pemeriksaan dijalankan juga disaksikan oleh pengimport atau wakilnya. Pengimport atau wakilnya juga bertanggunjawab untuk membuka, membungkus semula, menyusun atau menanda barangan tersebut dan mana-mana tindakan yang munasabah diarahkan oleh Pegawai Kastam yang bertugas.

iii)    Pemeriksaan dijalankan di Pelabuhan mengimport / mengeksport atau tempat yang dibenarkan oleh Pengawal Kastam. Jika pengimport atau wakilnya memohon barangan mereka diperiksa diluar waktu berkerja mereka hendaklah membayar Kerja Lebih Masa kepada Kastam.

iv)     Pemeriksaan dilakukan dengan memuaskan hati Pegawai Kastam yang bertugas.




IMPORT  & EKSPORT


4: Barang-barang yang dibolehkan import & eksport?

Jawapan:
Semua barang-barang boleh diimport atau dieksport kecuali barang-barang yang tergolong dibawah Bab 28 Akta Kastam 1984 iaitu barang-barang tegahan, sekatan dan kawalan.



5: Perlukah setiap barangan import & eksport diikrarkan kepada Kastam ?

Jawapan:

Setiap barangan yang diimport/eksport perlu diikrarkan ke Jabatan Kastam menggunakan borang deklarasi kastam kecuali barang-barang berikut;

  • Barang-barang penumpang yang dibawanya sendiri atau yang digunakan sendiri sewaktu ketibaan penumpang berkenaan.
  • Barang-barang yang didatangkan melalui pos kecuali barang-barang bercukai.



6: Siapakah yang berkelayakan untuk mengikrarkan barang-barang yang diimport ?

Jawapan:
  • Pemilik
Pemilik juga disebut sebagai pengimport atau pengeksport berkelayakan untuk mengikrar barang-barang import /eksport kepada Jabatan Kastam.

  • Wakil
Pemilik juga boleh memberi kuasa kepada agen atau forwarder sebagai wakil mereka dalam pengikraran.



7: Apakah syarat yang melayakkan pengimport/pengeksport untuk berurusan dengan Jabatan Kastam?

Jawapan:
Pendaftaran Trader atau agen ID 

  • Setiap syarikat atau agen/forwarder dimestikan untuk mendaftar ke Jabatan Kastam bagi membolehkan mereka membuat sebarang urusan dengan Jabatan Kastam.
  • Pendaftaran bagi orang-orang persendirian tidak dimestikan, bagaimanapun mereka dinasihatkan untuk menggunakan khidmat agen-agen Kastam (forwarders).



8: Dimana kah Pendaftaran Syarikat Dibuat?

Jawapan:
  • Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan yang disediakan di Unit Perkhidmatan Pelanggan, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
  • Permohonan yang diterima akan dimasukkan ke dalam sistem berkomputer (CCIS).



9: Apakah dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran?

Jawapan:
  • Salinan Sijil pendaftaran syarikat.
  • Salinan Kad Pengenalan pintar.



10: Larangan dan sekatan bagi import dan eksport?

Jawapan:
Negara Brunei Darussalam masih mengenakan Larangan/Tegahan dan Sekatan/Kawalan keatas sebahagian jenis barangan sama ada untuk Import, Import semula, Eksport dan Eksport semula sepertimana yang terdapat dalam peruntukan Akta Kastam 1984 (Bab 28).  Terdapat 4 jadual dalam Perintah Kastam (Larangan dan Sekatan) bagi import dan eksport.

Jadual Pertama: Larangan bagi import
Mana-mana orang adalah dilarang sama sekali untuk mengimport atau membawa masuk kedalam negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini.

  • Dadah merbahaya seperti Opium, Heroin, Morphine, dan bahan-bahan Psychotrapic seperti LSD, DET, DMT, DOM, Mescaline, Barbiturates dan Amobarbital
  • Arms and ammunitions
  • “SALK” polio vaccine
  • Java sparrows (padda oryzivora)
  • Babi ternakan dalam negeri atau eksport dari Thailand
  • Fire crackers (known as “double bangers”)
  • Vaccines of Chinese Taipei origin
  • Cigarettes without health warning written on their package
  • Fabric of tissues consisting of any fibre whatsoever and of any other article whatsoever which fibre or tissue or other articles bear the imprint of any currency note, bank note or coin which are or have at any time been issue or current in any country whatsoever.

Jadual Kedua: Sekatan Bagi import
Mana-mana orang adalah disekat untuk mengimport atau membawa masuk kedalam negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini kecuali mendapat kebenaran dari atau bagi pihak Pengawal Kastam.

  • Any living plant or planting material
  • Live cattle and birds
  • Pin table, fruit machines, slot machines and any other tables or machines of a like nature whether involving an element of change or not
  • Persian glue
  • Poisons and deleterious drugs
  • Rice paddy and the products thereof
  • Separated skimmed or filled milk
  • Poh Ka,, Poh Kah or Poh Kau
  • Koyoh or Koyok
  • Liow Ko
  • Ch’ow Ko
  • Gula, Garam dan Converted Timber
  • Used (including reconditioned) motorcars, motorcycles, lorries, omnibuses, including mini buses, tractor and trailers
  • Alcohlic liquors
  • Any radioactive materials

Jadual Ketiga: Larangan bagi eksport
Mana-mana orang adalah dilarang sama sekali untuk mengeksport atau membawa keluar dari negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini.

  • Prawn refuse and copra cake
  • Stone or Gravel

Jadual Keempat:  Sekatan bagi eksport
Mana-mana orang adalah disekat untuk mengeksport atau membawa keluar dari negara ini barangan yang disenaraikan dalam jadual ini kecuali mendapat kebenaran dari atau bagi pihak Pengawal Kastam.

  • Derris Species (tuba)
  • Elaeis Quineesis (oil palm)
  • Rice, Paddy and product their of
  • Timber class 1A, 1B, 1C, Nibong, Rattans
  • Article of an antique or historical nature made or discovered in Brunei Darussalam
  • Kerosene
  • Cigarettes
  • Alcoholic Liquors
  • Sugar
  • Premium and Regular Gasoline
  • Diesoline




LESEN ATAU PERMIT IMPORT / EKSPORT


11: Apa yang dimaksudkan dengan lesen atau permit ?

Jawapan:
Lesen atau permit adalah pengesahan atau kebenaran yang diberikan/keluarkan oleh Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan dan yang bertanggungjawab keatas barang-barang tersebut sebelum barang-barang tersebut diimport atau dieksport.



12: Bagaimana lesen/permit diperolehi ?

Jawapan:
Permohonan secara bertulis atau menggunakan borang tertentu (takluk kepada kehendak Jabatan/Agensi berkenaan) hendaklah dihadapkan kepada Jabatan/Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap sesuatu barangan yang tergolong dalam sekatan dan kawalan.



13: Adakah terdapat syarat tambahan selain dari lesen/permit yang dikeluarkan oleh Jabatan/Agensi yang bertanggungjawab ?

Jawapan:
Terdapat sebahagian barang-barang sekatan atau kawalan memerlukan A.P Kastam (Approval Permit) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam selain dari lesen/permit yang dikeluarkan oleh agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan sebelum ianya diimport atau eksport.



14: Jenis barang-barang dan Jabatan / Agensi Kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen/permit.?

Jawapan:

Jenis Barang-Barang

Jabatan / Agensi Kerajaan

Talian(Hotlines) / email


Bahan-Bahan Terbitan / Cetak, Filem, CD, LD, VCD, DVD, KASET, yang berunsurkan Ugama, bacaan Al-Quran, Hadith, Azimat buku-buku agama, barang-barang  (seperti kain / baju / dll) yang mempunyai cap/gambar yang meragukan

·Polis DiRaja Brunei
·Pusat Dakwah Islamiah
·Keselamatan Dalam Negeri

·+673-2459500- info@police.gov.bn
·+673-2382525- info@pusat-dakwah.gov.bn

·+673-2223225- info@home-affairs.gov.bn

Daging-Daging Halal, Segar, Sejuk dan Beku


·Lembaga Mengeluarkan Permit
Import Halal
·Jabatan Perkhidmatan Kesihatan  
·Jabatan Pertanian
·Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja


·+673-2382525- info@religious-affairs.gov.bn

·+673-2381640- info@moh.gov.bn

·+673-2380144- info@agriculture.gov.bn

·+673-2382333- info@customs.gov.bn



Senjata Api, Bahan Letupan, Bunga Api, Senjata yang Merbahaya;
Besi-Besi Buruk.

·Polis Diraja Brunei

·+673-2459500- info@police.gov.bn


Tumbuh-Tumbuhan, Tanaman, Binatang hidup, sayur, buah-buahan, Telur

·Jabatan Pertanian

·+673-2380144- info@agriculture.gov.bn


Ikan, Udang, Kerang-Kerangan, Hidupan dalam air dan alat alat menangkap ikan dan sebagainya

·Jabatan Perikanan

·+673-2382068- info@fisheries.gov.bn


Ubat-Ubatan, Jamu, Makanan Kesihatan, Minuman dan Makanan Ringan.

Racun
, bahan-bahan  kimia dan radioaktif.

·Kementerian Kesihatan
(Rujuk Bahagian Kawalan Kualiti Permakanan di Jabatan Perkhidmatan Kesihatan
(Rujuk Seksyen Penguatkuasaan Perubatan di Jabatan Perkhidmatan Farmasi

·+673-2381640- info@moh.gov.bn


Alat-Alat Pemancar dan Penerima Radio dan Alat-Alat Perhubongan seperti Telefon, Mesin Fax, 'Walkie-Talkie' dan sebagainya.

·Jabatan Telekom
-Industri Teknologi Info-
Komunikasi (AiTi)

·+673-2382382- info@telekoms.gov.bn
·+673-2333780- aiti@brunet.bn


Kenderaan terpakai seperti Kereta, Motosikal, Bas Mini, Pickup, Trak, Trailer dan kenderaan yang tidak berjentera seumpamanya Basikal

·Jabatan Pengangkutan Darat  
·Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja

·+673-2451979- info@land-transport.gov.bn
·+673-2382333- info@customs.gov.bn


Balak dan Hasil Balak

·Jabatan Perhutanan

·+673-2381013- info@forestry.gov.bn


Lencana-Lencana, Baner, Cendera Kenangan yang menggambarkan bendera dan lambang kerajaan, Alat-Alat Kebesaran Diraja, Bendera-Bendera dan Panji-Panji Kerajaan.

·Jabatan Adat Istiadat

·+673-2243971- info@adat-istiadat.gov.bn


Barang-barang Antik yang berunsukan sejarah yang dibuat atau didapati di Brunei.

·Jabatan Muzium-Muzium

·+673-2244545- info@museums.gov.bn


Air galian dan Bahan Binaan Bangunan seperti simen.

·Kementerian Perindustrian dan
Sumber-Sumber Utama

·+673-2382822- info@mipr.gov.bn


Beras, Gula dan Garam

·Jabatan Teknologi Maklumat dan
Stor Negara

·+673-2423151- info@itss.gov.bn


Peralatan penyiaran seperti Parabola,
Dekoder dan sebagainya

·Jabatan Perdana Menteri

·+673-2242780- info@jpm.gov.bn




15: Pelepasan Kastam?

Jawapan:
Barang-barang dagangan yang diImport, Eksport, Re-import dan Re-eksport hendaklah terlebih dahulu diikrarkan kepada Jabatan Kastam dengan menggunakan Borang Khas.  Permohonan tersebut beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan terlebih dahulu diteliti dan diluluskan sebelum barang-barang tersebut dibenarkan keluar dari kawalan Kastam.



16: Dokumen sokongan?

Jawapan:
Borang Deklarasi Kastam yang dihadapkan hendaklah dalam 3 salinan dan disertakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut;

a)     Inbois atau surat belian.
b)     Surat Bayaran Tambang dan Insuran
c)      Delivery Order atau Air Waybill
d)     Packing List
e)     Surat wakil

Selain dari dokumen diatas, pengimport juga bertanggungjawab mengadakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pengimportan barangan berkenaan mengikut keperluan pihak Kastam bagi maksud ketepatan / kelurusan barangan yang  diikrar tersebut seperti berikut;

  • Pengakuan asal (certificate of origin).
  • Pengakuan Periksa (Certificate of analysis).
  • A.P (Approval Permit) yang diluluskan oleh Jabatan Kastam.
  • Lesen import yang diluluskan oleh Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan.
  • Pengesahan Import dari Jabatan/Agensi Kerajaan yang berkaitan.
  • Sijil Pengesahan dari Agensi yang diperakui diluar negeri.
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.



17: Kaedah pemerosesan?

Jawapan:
Terdapat dua kaedah pemerosesan borang-borang deklarasi yang dihadapkan seperti berikut;

A.       Penggunaan diskette (soft copy)
Data dan maklumat yang terdapat dalam diskette secara automatik  dimasukkan kedalam sistem CCIS.

B.       Penggunaan borang deklarasi sahaja
Data dan maklumat akan dimasukan secara manual kedalam sistem CCIS

Nota:
Borang Deklarasi Kastam (Customs Declaration Form) masih dikehendaki untuk dihadapkan kepada pegawai-pegawai kastam bertugas bagi kedua-dua kaedah ini yang dinyatakan diatas.



18: Bagaimana  permohonan diproses?

Jawapan:
Pendaftaran

Pendaftaran borang deklarasi kastam dibuat oleh Pegawai-pegawai kastam yang bertugas, termasuk;

i.          Mengesahkan penerimaan permohonan seperti tarikh dan waktu penerimaan.
ii.         Meneliti kod perjenisan barangan (commodity code)
iii.        Meneliti harga barangan (termasuk harga tambang, insurance dan lain-lain kos berkaitan dengan barang yang dimport selain dari cukai Kastam - CIFc)
iv.        Menentukan cukai import bagi barangan bercukai.
v.         Mengesahkan permohonan seterusnya memberikan bilangan pendaftaran seperti yang terdapat dalam CCIS.

Nota:
  • Pengmport bertanggungjawab untuk memasti segala HS kod dan harga yang diikrar dibuat dengan betul bagi mengelak kelambatan.
  • Pengmport atau pengeksport digalak untuk menggunakan kaedah diskette bagi mengelak kelambatan

Bayaran Cukai Import

  • Permohonan borang deklarasi kastam yang diterima dan disahkan akan diproses bagi bayaran cukai import dan seterusnya mengeluarkan resit cukai import.
  • Pembayaran cukai import boleh dibuat di Opis-opis kastam dalam waktu-waktu Pejabat.
  • Bayaran cukai Import boleh dibuat secara Tunai atau Cek terjamin.

Pengesahan Manifest

Permohonan borang deklarasi kastam yang telah dibayar cukai import akan diteliti bagi;

I.       Memestikan jumlah kuantiti dan tanda-tanda (marking) barangan betul.
II.       Mengesahan Manifest.



19: Kelulusan (pass for import) oleh Pegawai kanan?

Jawapan:
I.          Permohonan borang deklarasi kastam yang telah selesai diproses di bahagian kaunter Kastam akan disemak semula sebelum diluluskan oleh Pegawai kanan yang bertugas.
II.         Permohonan yang diluluskan akan diserahkan kepada pemohon untuk dihadapkan ke Bahagian Pemeriksaan.



20: Bahagian Pemeriksaan?

Jawapan:
Sebelum pemeriksaan dijalankan Pegawai kanan bertugas terlebih dahulu akan menentukan nama atau bilangan Pegawai Pemeriksa yang akan ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan.



21: Pelepasan Akhir?

Jawapan:
Sebelum barangan tersebut dibenarkan keluar dari kawalan kastam, pengimport, wakil atau pemandu kenderaan dikehendaki menunjukkan salinan borang deklarasi kastam yang disahkan oleh pegawai yang menjalankan pemeriksaan kepada pegawai yang bertugas dipintu kawalan kastam.



22: Pemeriksaan lanjut atau 100%?

Jawapan:
Pemeriksaan lanjut atau 100% sesuatu konsinmen akan dilakukan sebelum barang-barang tersebut dibenarkan keluar.  Pemeriksaan tersebut berdasarkan kepada beberapa sebab antaranya;

A.         Jika dikesan sebarang penipuan seperti perbezaan jenis barang dan jumlah kuantiti dari yang diikrarkan.
B.          Lapuran profil resiko barangan dan pengimport dari pihak perisikan, Bahagian Pencegahan.
C.          Jika dikesan sebarang barang-barang tegahan yang tidak ada lesen atau kebenaran dari Jabatan/ Agensi Kerajaan yang berkaitan.




KONSESI KEPADA PENUMPANG


23: Barang-barang persendirian?

Jawapan:
Seksyen 9, Bahagain B Perintah Cukai Import Kastam 1973, penumpang-penumpang berumur 17 dan keatas yang tiba ke negara ini dibolehkan membawa barang-barang kepunyaan mereka sendiri dengan tidak melebihi konsesi yang diberikan seperti;

i.          Barangan yang sudah digunakan sendiri (bukan baharu);
ii.          Minyak wangi                                   -           60 mililitres
iii.        Air wangi                                          -           250 grams



24: Minuman Keras?

Jawapan:
i. Bagi penumpang-penumpang yang tidak beragama Islam dan berumur 17 dan keatas yang tiba ke negara ini dibolehkan membawa dengan tidak melebihi konsesi yang diberikan seperti berikut;

2 botol minuman keras (liquor) kira-kira 2 Quart
12 tin beer

ii. Pemilik dikehendaki mengikrarkan minuman berkenaan kepada pegawai-pegawai kastam yang bertugas ditempat minuman didatangkan.

iii. Borang Khas bagi minuman keras boleh diperolehi di Pos-pos Kawalan atau Cawangan Kastam dan kapal-kapal penumpang.

iv. Syarat Syarat Mengimport Minuman Keras



25: Pengecualian cukai import keatas barang-barang orang yang bertukar kediaman?

Jawapan:
Seseorang atau sesiapa yang bertukar kediaman dari mana-mana negara ke Negara Brunei Darussalam boleh dikecualikan cukai import keatas barang-barang mereka seperti berikut;

  • Barang-barang pakaian yang terpakai.
  • Barang-barang persendirian dan perkakas rumah yang telah digunapakai diluar negara, tempat tinggal mereka yang terdahulu.
  • Sebuah kenderaan bermotor kepunyaan sendiri.



26: Kelayakan pengecualian cukai import keatas kenderaan bermotor?

Jawapan:
Pengecualian cukai import keatas kenderaan bermotor milik persendirian yang dibawa bersama kerana bertukar kediaman hanya boleh diberikan setelah memenuhi syarat-syarat berikut;

  • Hendaklah dimiliki dan didaftarkan atas nama pemohon sahaja,
  • Pemilikan tersebut hendaklah tidak kurang dari 12 bulan dan ianya tidak termasuk pelayaran.



27: Penilaian Harga?

Jawapan:
Pemohon yang gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan dikenakan cukai import.

I.       Cukai yang dikenakan bergantung kepada penilaian (nilai susut) yang dibuat oleh Jabatan Kastam.

II.       Nilai susut yang dibuat berasaskan kepada harga yang diperolehi dari pasaran tempatan.

III.       Jika kenderaan tersebut tidak terdapat dalam pasaran tempatan maka asas harganya akan ditentukan mengikut jenis yang seakan-akan sama dengannya yang terdapat dipasaran tempatan.



28: Bagaimana kebenaran / A.P (Approval Permit) diperolehi ?

Jawapan:
Pemohon yang berhajat bagi mendapatkan pengecualian cukai import keatas kenderaan yang mereka bawa sebagai barang persendirian hendaklah terlebih dahulu mendapatkan;

I.          Kebenaran dari Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat.

II.          Surat Kebenaran dari Jabatan Pengangkutan Darat dan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihadapkan kepada Jabatan Kastam bagi mendapatkan A.P (Approval Permit). Dokumen sokongan yang dikehendaki adalah seperti berikut;
  • Sijil eksport bagi kenderaan tersebut
  • Inbois belian
  • Pengesahan dari Agensi Kerajaan yang berkaitan
  • Pengesahan belajar dari institusi pengajian yang berkenaan
  • Salinan pasport pemohon

III.         A.P (Approval Permit) hendaklah terlebih dahulu diluluskan sebelum kenderaan berkenaan didatangkan ke negara ini.



29: Barang barang Transit?

Jawapan:
Transit atau dikenali sebagai persinggahan bagi barang-barang yang didatangkan dari luar negara melalui jalan darat, laut atau udara sama ada didaratkan atau tidak atau dipindah muatan dalam negara ini khusus untuk dibawa ke lain-lain negara sama ada dengan pengangkutan yang sama atau dengan pengangkutan yang lain.  Barang barang transit mestilah dinyatakan dalam MANIFEST bahawa penerima (CONSIGNEE) barangan tersebut dikhususkan untuk transit dan bukan lah untuk tujuan lain.



30: Barang-barang yang boleh di “transit” ?

Jawapan:
Semua barang-barang boleh di “transit” kecuali barang-barang yang tergolong dibawah barang-barang kawalan, dan larangan.



31: Bagaimanakan barang tersebut di kategorikan sebagai barangan transit ?

Jawapan:
Barangan tersebut perlu disokong oleh keterangan inward Manifest
Manifest hendaklah menyatakan distinasi barangan tersebut hendaklah dikhususkan untuk luar negara (bukan untuk kegunaan dalam negeri).



32: Perlukah barang-barang transit diikrarkan ?

Jawapan:
Barang-barang transit hendaklah diikrarkan dimana mana Pos Kawalan Kastam yang pertama barangan tersebut dimasukkan.



33: Apakah dokumen yang diperlukan semasa pengikraran ?

Jawapan:
Salinan Inbois
Kenyatan pembungkusan (Packing list)
Lain lain keterangan yang berkaitan dengannya.



34: Prosedur transit?

Jawapan:
Local Permit

  • Permohonan bagi barang-barang yang telah diluluskan akan dikeluarkan local permit oleh mana-mana Cawangan atau Pos Kawalan Kastam yang berkaitan.
  • Permohon hendaklah menyerahkan salinan asal local Permit di tempat Pos Kawalan terakhir (barangan tersebut dikeluarkan).

Segel (seal) Kastam

  • Barang barang yang menggunakan kemudahan kontina akan disegel (seal) tanpa dikenakan bayaran deposit.
  • Dengan keadaan apa sekalipun, segel (seal) kastam yang dipasang keatas kontina tidak boleh dibuka atau dipecahkan atau dirosakkan.
  • Segel akan diperiksa oleh Pegawai Pegawai bertugas di distinasi Pos Kawalan Kastam yang terakhir.
  • Pegawai bertugas di distinasi Pos Kawalan Kastam yang terakhir berkuasa untuk membuka dan memeriksa kontina tersebut jika ada keraguan atau atas sebab sebab tertentu.
  • Barang barang bercukai yang dimuat selain mengggunakan kemudahan kontina (loose Cargo) akan dikenakan bayaran deposit.

Sekuriti

  • Deposit dikenakan dalam bentuk jaminan bank tempatan (local Banker's Guarantee) yang juga dikenali sebagai "Custom's bond".
  • Tempoh Customs Bond adalah mengikut kebenaran yang diberikan oleh bank tempatan dan tidak melebihi tempoh sehingga satu (1) tahun.
  • Deposit dikenakan mengikut kadar cukai impot.




PENILAIAN HARGA KASTAM (CUSTOMS VALUATION)


35: Apakah asas penilaian bagi menetukan harga barangan yang diimport ?

Jawapan:
Penilaian (harga) kastam bagi barangan yang diimport berasaskan kepada rule atau kaedah yang dipraktiskan didalam perjanjian WTO Valuation Code. Penilaian yang dibuat mengikut kaedah-kaedah seperti berikut;

Kaedah1     :    Harga sebenarnya dibayar atau akan dibayar keatas barang-barang tersebut.  Nilai tambang, insuran dan kos-kos pengangkutan juga akan dimasuk kira dalam menentukan nilai harga sebenar bagi maksud pengiraan cukai kastam

Kaedah 2     :          Harga bagi barang-barang yang sama

Kaedah 3     :          Harga bagi barang-barang yang serupa

Kaedah 4     :          Nilai Tolakan (Deductive)

Kaedah 5     :          Nilai Campuran (Computed)

Kaedah 6     :          Kaedah Anjal dan Munasabah (Flexible and Reasonable)

Dalam membuat penilaian, pihak Kastam akan menggunakan rule atau kaedah secara hiraki bukan sebaliknya sebagai contoh jika kaedah 1 gagal untuk mencapai nilai (harga) sebenar maka kaedah ke 2 boleh digunapakai dan begitulah seterusnya.



36: Adakah elemen-elemen tambahan yang perlu dimasukira selain harga barangan yang diimport ?

Jawapan:
Negara Brunei Darussalam menetapkan bahawa selain dari nilai barangan yang ditentukan melalui kaedah, beberapa elemen atau kos seperti dibawah akan juga dimasuk kira bagi maksud mengenakan cukai import Kastam iaitu kaedah penggunaan CIFc antaranya;

i.    Insuran
ii.    Tambang
iii.    Caj perkhidmatan dan
iv.    Semua caj-caj yang dikenakan terhadap pembelian dan penghantaran barangan tersebut ditempat cukai import dibayar seperti Komesen Jualan, Royalti dan bayaran lesen.




KLASIFIKASI


37: Kaedah?

Jawapan:
Klasifikasi (classification) barangan yang dilaksanakan oleh Jabatan ini adalah mengikut piawaian (standard) Konvensyen antarabangsa keatas “Harmonized Commodity and Coding System” iaitu dalam versi 1996.  Bagaimanapun buat masa ini Negara Brunei Darussalam belum lagi mengikuti piawaian (standard) tersebut dengan sepenuhnya.



38: Apakah tanggungjawab pengimport / Pengeksport keatas perjenisan ?

Jawapan:
Pengimport / pengeksport atau wakilnya bertanggungjawab untuk menentukan perjenisan (classification) keatas barangan yang mereka import atau eksport.



39: Bagaimana jika terdapat keraguan dalam perjenisan (classification) ?

Jawapan:
i)            Pengimport / pengeksport atau wakilnya bolehlah mendapatkan khidmat perjenisan di Unit Klasifikasi Kastam, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
ii)           Rujukan dalam bentuk phamplets, brochures dan lain-lain ataupun contoh barangan (jika perlu) hendaklah dihadapkan bersama.
iii)          Proses menentukan perjenisan boleh diselesaikan dalam masa 3 hari waktu bertugas.



40: Pra perjenisan barangan (Pre Entry Classification)?

Jawapan:
Bagi membantu dan memudahkan golongan peniaga dalam mengenalpasti dalam perjenisan barangan dengan lebih tepat terutama yang berkaitan dengan percukaian sistem pra perjenisan pemohon bolehlah menghadapkan permohonan kepada Unit Klasifikasi Kastam, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.



41: Apa yang dimaksudkan dengan Pra perjenisan barangan?

Jawapan:
  • Pra perjenisan adalah kaedah bagi menentukan perjenisan sesuatu barangan sebelum barangan tersebut didatangkan.
  • Kaedah ini juga boleh membantu golongan peniaga dalam menghindarkan sebarang keraguan yang berkaitan dengan perjenisan dan juga percukaian.



42: Adakah perjenisan melalui sistem ini dikira sah atau boleh dibatalkan ?

Jawapan:
  • Perjenisan yang ditentukan melalui sistem ini dikira sah dan diterima pakai sewaktu pengikraran di kaunter-kaunter kastam dilakukan.
  • Perjenisan melalui kaedah ini tidak akan dikira sah jika barangan yang didatangkan tidak menepati atau bercanggah dengan contoh-contoh barangan yang dikemukakan.



43: Bagaimana dan dimana permohonan bagi sistem ini dihadapkan ?

Jawapan:
  • Sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan khidmat tersebut bolehlah mendapatkan borang permohonan dan dihadapkan kepada  Unit Klasifikasi Kastam, Ibu Pejabat Kastam dan Eksais Diraja, Jalan Menteri Besar.
  • Borang tersebut hendaklah dihadapkan beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap dan betul seperti, phamplets, brochures dan lain-lain keterangan yang berkaitan ataupun contoh barangan (jika perlu).



44: Adakah bayaran (Fees) dikenakan ?

Jawapan:
Pada masa ini Jabatan Kastam dan Eksais Diraja tidak mengenakan sebarang bayaran atau fee bagi mendapatkan perkhidmatan pra perjenisan (pre entry classification).



45: Berapa lamakah permohonan ini diproses ?

Jawapan:
  • Permohonan ini akan diproses dalam masa 7 hari waktu bekerja.
  • Permohonan yang kurang lengkap akan dimaklumkan kepada pemohon oleh pihak Kastam bagi maksud mendapatkan sebarang maklumat atau sebagainya.



46: Kebenaran masuk (Approval Permit - A.P)?

Jawapan:
A.P Kastam merupakan permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam & Eksais Diraja bagi memudahkan jabatan mengambil tindakan bersesuaian kearah langkah-langkah kawalan dan keselamatan dan juga bagi tujuan perangkaan.

Permohonan A.P hendaklah dihadapkan ke Bahagian Perkhidmatan Kastam dan Teknik dan disertakan dengan dokumen sokongan sebagaimana dikehendaki, antaranya :

i.   Borang A.P yang telah lengkap diisikan.
ii.   Lesen atau kebenaran bertulis dari Agensi-agensi yang berkenaan.
iii.  Pernyataan senarai barang-barang (packing list).
iv.  Lain-lain dokumen jika berkenaan.

Salinan A.P  yang diluluskan hendaklah dihantar (fax) ke cawangan-cawangan Kastam dimana barangan tersebut hendak dikeluarkan.

Pegawai Kastam bertugas Bahagian Perkhidmatan Kastam dan Teknik hendaklah menghubungi Ketua atau Pegawai Kanan cawangan Kastam berkaitan atau Pegawai Incharge (jika ketiadaan mereka) bagi memastikan A.P tersebut diterima untuk persediaan.

3.1 Syarat dan Peraturan Kebenaran Masuk (A.P.) am (General A.P.)
3.2 Syarat dan Peraturan Kebenaran Masuk (A.P.) Kereta Terpakai.
3.3 Syarat dan Peraturan Kebenaran Masuk (A.P.) Jentera Berat (Kenderaan)
3.4 Syarat dan Peraturan Pengecualian Cukai Impot Mesin Industri



47: Import Semula (Re-Import)?

Jawapan:
Import semula merupakan salah satu kemudahan yang membolehkan sesuatu barangan tempatan bercukai atau yang pada asalnya diperolehi dinegara ini dieksport bagi maksud-maksud tertentu dan kemudian diimport semula seperti berikut;

  • Untuk proses dibaikpulih sama ada masih dalam lingkungan jaminan atau rosak.


48: Permohonan bagi kebenaran eksport?

Jawapan:
Sebelum barangan terutama barangan bercukai tersebut dieksport, pemilik atau wakilnya hendaklah terlebih dahulu menghadapkan permohonan ke Jabatan Kastam bagi mendapatkan kebenaran. Kegagalan dalam berbuat demikian menyebabkan barangan tersebut akan dikenakan cukai import penuh semasa ianya diimport semula.



49: Dokumentasi?

Jawapan:
Selain dari dokumen yang lazimnya dikehendaki, pengimport juga dikehendaki menghadapkan dokumen seperti berikut;

  • Borang deklarasi eksport serta dokumen berkaitan yang digunakan semasa barangan tersebut dikeluarkan dan disahkan oleh pegawai Pemeriksa Kastam.
  • Surat kebenaran eksport dari Jabatan Kastam.
  • Dokumen-dokumen yang berkaitan
  • Import deklarasi



50: Apakah Cukai Import dikenakan keatas barangan yang dimasukkan semula (re-import) ?

Jawapan:
(I)         Cukai bagi barang-barang yang diimport semula (re-import) hanya dikenakan keatas elemen-elemen seperti berikut;

  • Kos alat-alat ganti
  • Kos-kos pembaikan
  • Kos pembungkusan
  • Kos Tambang dan Insuran (eksport atau eksport semula dan import semula)
  • Lain-lain kos yang bersangkut paut dengan barangan yang diimport semula.

(II)       Cukai penuh

Cukai penuh akan dikenakan atas sebab berikut;

•        Jika pemohon yang gagal membuktikan atau mengadakan borang eksport deklarasi dan dokumen yang berkaitan semasa pengeksportan barangan tersebut. Mesin atau barangan yang diimport semula akan dikenakan cukai import penuh tertakluk kepada nilai semasa barangan tersebut yang akan ditentukan oleh Jabatan Kastam.
•        Jika barang-barang yang diimport semula telah mendapat kebenaran “drawback” selepas ianya dikeluarkan.
•        Jika rupa, bentuk dan sifatnya telah berubah dari bentuk asalnya.



51: Import sementara?

Jawapan:
Negara Brunei Darussalam belum lagi mengikuti A.T.A Carnet Convention. Bagaimanapun Jabatan Kastam begitu komited dalam memudahlancarkan aliran barang-barang yang dibawa masuk secara sementara tanpa dikenakan cukai import tertakluk kepada maklumat yang tercatit dibawah.



52: Jenis barang-barang yang dibenarkan untuk import sementara?

Jawapan:
  • Barang-barang untuk pertunjukkan dan demonstrasi
  • Barang-barang contoh perdagangan



53: Surat kebenaran atau pengesahan?

Jawapan:
(A)       Bagi maksud pertunjukan atau demonstrasi kepada orang ramai, surat kebenaran hendaklah terlebih dahulu diperolehi dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
(B)       Barang-barang untuk demonstrasi kepada Agensi-agensi Kerajaan atau syarikat persendirian, surat pengesahan dari Agensi atau syarikat yang berkenaan hendaklah terlebih dahulu diperolehi.
(C)       Surat permohonan untuk import sementara beserta surat kebenaran atau pengesahan dari agensi atau syarikat yang berkaitan hendaklah dihadapkan kepada Jabatan kastam.



54: Jangka masa Import sementara yang dibenarkan?

Jawapan:
  • Dalam masa 3 bulan dari tarikh barangan tersebut dimasukkan.
  • Hendaklah dikeluarkan selepas tempoh tarikh yang dibenarkan.



55: Bolehkah tempoh masa dilanjutkan ?

Jawapan:
  • Tempoh masa kebenaran boleh dilanjutkan sehingga tidak melebihi 6 bulan dari tarikh import yang pertama tertakluk kepada kebenaran Pengawal Kastam.



56: Bagaimana jika gagal mengeluarkan (eksport) dalam tempoh yang ditetapkan ?

Jawapan:
Cukai import penuh akan dikenakan keatas barang-barang tersebut.



57: Perlukah sekuriti atau wang jaminan ?

Jawapan:
Wang jaminan dalam bentuk Tunai atau Cek bank yang terjamin akan dikenakan mengikut jumlah cukai import keatas barang-barang yang diimport sementara.



58: Bolehkah wang jaminan dikembalikan ?

Jawapan:
Wang jaminan akan dikembalikan semula sebaik sahaja barang-barang tersebut dikeluarkan dan segala syarat-syarat eksport dipatuhi.




REFUND DAN DRAWBACK


59: Apa dia Pulangan Balik Cukai (Refund) dan Tarikan Balik Cukai (Drawback) ?

Jawapan:
A.     “Pulangan Balik Cukai (Refund)” adalah merupakan pengembalian wang yang telah dibayar lebih oleh pengimport. Bab 13 Akta Kastam memberi kuasa kepada Pengawal Kastam untuk mengembalikan mana-mana wang yang telah dibayar lebih sebagai cukai kastam, sewa gudang atau lain-lain bayaran dibawah Undang-undang ini.

B.    “Tarikan Balik Cukai (Drawback)” merupakan bayaran balik sebanyak 9/10 dari cukai import yang telah dibayar keatas mana-mana barang yang diimport kemudian dieksport semula.



60: “Pulangan Balik Cukai (Refund)” dan “Tarikan Balik Cukai (Drawback)” yang dibolehkan?

Jawapan:
Pulangan Balik Cukai (Refund) dan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hanya dibolehkan jika tuntutan mengenainya dibuat dalam masa 12 bulan dari tarikh bayaran cukai import dibuat.



61: Kategori yang dibolehkan untuk “Tarikan Balik Cukai (Drawback)”?

Jawapan:
A.        Barang yang telah rosak
B.        Barang-barang pelawat dan barang-barang contoh perniagaan
C.        Barang-barang yang diimport bagi kegunaan perusahaan iaitu campuran kepada mana-mana barang yang diperbuat dalam negara ini dan kemudian dieksport semula.

Syarat dan Peraturan Permohonan Pulangan Balik Cukai (Refund).
Syarat dan Peraturan Permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback).



62: Syarat dan peraturan kebenaran masuk (A.P) bagi barang am dan termasuk dibawah perintah sekatan & larangan  Kastam bab 28 Akta Kastam?

Jawapan:
( i ) Syarat,
1.      Permohonan Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) terlebih dahulu diperolehi atau diluluskan sebelum barangan/ kenderaan berkenaan dibawa masuk (diimpot) ke Negara Brunei Darussalam.
2.      Mestilah ada Pengesahan (endorsement) atau Kebenaran dari Agensi-Agensi yang berkenaan (tertakluk kepada barangan tersebut).
3.      Lesen mengimpot (bagi kenderaan baru) dari Jabatan Kerajaan yang berkenaan mestilah masih sah (bagi pengedar kenderaan bermotor tempatan).

( ii ) Peraturan,

DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONANBORANG KEBENARAN MASUK ( A.P. ) BAGI BARANG AM DAN TERMASUKDIBAWAH PERINTAH SEKATAN & LARANGAN KASTAM Bab 28 AKTA KASTAM

1.    Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) yang lengkap diisikan.
2.    Surat Kebenaran / permit dari Agensi-Agensi yang berkenaan. (tertakluk kepada barangan berkenaan) seperti berikut:
i)   Invois belian.
ii)  Packing list
iii) Lain-lain dokumen yang berkaitan.
3.    Setiap permohonan hendaklah dihadapkan dalam 3 salinan.
4.    Setiap permohonan Kebenaran Masuk (A.P.)  hendaklah dihadapkan terus kepada:
KAUNTER
UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN
IBU PEJABAT KASTAM
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN
JALAN MENTERI BESAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM  BB3910


PERINGATAN:
1.    PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP/TERATUR DAN TIDAK MEMENUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG DITETAPKAN TIDAK AKAN DITERIMA.
2.    SETIAP PERMOHONAN BORANG KEBENARAN MASUK ( A.P. ) YANG DILULUSKAN HANYA SAH SELAMA 6 BULAN.
3.    PENGGUNAAN BORANG KEBENARAN MASUK ( A.P. ) YANG DILULUSKAN HANYA SAH BAGI BARANG-BARANG ATAU JUMLAH BARANG (KUANTITI) YANG DIPOHONKAN SAHAJA.



63: Syarat dan peraturan kebenaran masuk ( A.P ) kereta terpakai?

Jawapan:
( i ) Syarat,
1.    Kebenaran Masuk ( A.P. ) hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum diimpot ke Negara Brunei Darussalam.
2.    Kereta terpakai hanya boleh diimpot oleh syarikat yang telah dilesenkan di bawah AKTA LESEN-LESEN RAMPAIAN ( Cap 127 ) bagi maksud penjualan dalam negeri.
3.    Kereta terpakai yang diimpot atas nama persendirian adalah tidak dibenarkan kecuali pemohon yang berkelayakan di bawah Pengecualian AM Bahagian B Perintah Cukai Impot Kastam 1973 atau mana-mana kebenaran khas;
4.    Kereta terpakai yang diimpot yang dibenarkan atas nama persendirian tidak boleh ditukar milik dalam tempoh 4 tahun.  Tukar milik hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pengawal Kastam.
5.    Nilai kereta terpakai bagi maksud percukaian adalah tertaklok kepada perkiraan penilaian kastam.
6.    Kereta terpakai yang diimpot oleh syarikat yang dibenarkan mestilah TIDAK MELEBIHI UMUR 3 TAHUN daripada tarikh pendaftaran pertama dan berpacuan sebelah kanan.
7.    Kereta terpakai yang diimpot atas nama persendirian bagi pemohon di para (3) mestilah TIDAK MELEBIHI UMUR 5 TAHUN daripada tarikh pendaftaran pertama dan berpacuan sebelah kanan;
8.    Kereta terpakai yang diimpot hendaklah mematuhi spesifikasi berikut :-
a.    ruang bagi ‘plate’ pendaftaran depan dan belakang tidak kurang daripada (216mm x 343mm atau 533mm x 152mm).
b.    cermin pelindung angin depan, belakang dan cermin tepi hendaklah jenis putih jernih.
i.    Aliran cahaya cermin mestilah melebihi 70%.
ii.    Safety Glass Certificate hendaklah juga disertakan.
c.    Lampu depan hendaklah berwarna putih, lampu isyarat (signal) berwarna kuning, lampu belakang bagi ‘brake’ dan lampu tepi hendaklah berwarna merah.  Manakala lampu ‘sport light’ tidak dibenarkan.
d.    kereta terpakai tidak boleh diubahsuai atau mana-mana tambahan manakala bagi ukuran rim dam tayar hendaklah mengikut spesifikasi asal.
e.    kereta terpakai impot melebihi 1000 cc keatas mestilah dilengkapi dengan  CATALYTIC CONVERTER.
9.    Kereta terpakai yang tidak memenuhi syarat-syarat diatas atau spesifikasi semasa pemeriksaan teknikal Jabatan Pengangkutan Darat tidak akan dilesen dan didaftarkan.  Kereta terpakai tersebut mestilah dihantar keluar dan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk semula.

PERINGATAN:
1.    BAGI KELAYAKAN SESEBUAH KENDERAAN ITU NANTI IANYA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PEMERIKSAAN TEKNIKAL DI JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, JALAN GADONG BERIBI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
2.    SYARAT-SYARAT DIATAS ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI MASA KESEMASA TANPA SEBARANG MAKLUMAN.

( ii ) Peraturan,

DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONAN KEBENARAN MASUK ( A.P. ) KERETA TERPAKAI

1.    Borang permohonan bagi mengimport kereta terpakai (A.P.) hendaklah dihadapkan ke Jabatan Pengangutan Darat terlebih dahulu.
2.    Inbois belian.
3.    Sijil Pendaftaran asal kereta.
  • DOKUMEN TAMBAHAN BAGI PEMOHON PERSENDIRIAN DIDALAM SYARAT 3.
4.    Salinan Pass Kerja yang di ‘endorse’ / disahkan oleh Jabatan Buruh.
  • DOKUMEN TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI
5.    Surat permohonan Pengecualian Cukai Impot kereta terpakai.
6.    Salinan Paspot.
7.    Surat pengesahan dari Jabatan-jabatan yang berkenaan.
8.    Pengesahan dari Institusi Pengajian (tempat pemohon mengikut pengajian).
9.    Sijil Ekspot (salinan asal).
10.    Resit VAT (Value Added Tax) bagi United Kingdom.



64: Syarat dan peraturan kebenaran masuk ( A.P ) jentera berat (kenderaan)?

Jawapan:
( i ) Syarat,
1.    Pemohon hendaklah menghadapkan Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) yang lengkap beserta kebenaran impot dari Jabatan Pengangkutan Darat sebelum jentera berkenaan dibawa masuk (diimpot) ke Negara Brunei Darussalam.
2.    Penggunaan Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) yang diluluskan hanya SAH bagi barang-barang atau jumlah barang (kuantiti) yang dipohonkan sahaja.
3.    Jentera Berat terpakai hendaklah diimpot oleh Syarikat yang berdaftar.

( ii ) Peraturan,

DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONAN KEBENARAN MASUK ( A.P. ) JENTERA BERAT ( KENDERAAN )
1.    Surat permohonan.
2.     Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) yang lengkap diisikan. (Borang boleh didapati di Kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan).
3.    Surat Kebenaran asal (original) dari Jabatan Pengangkutan Darat.
4.    Surat keterangan projek yang dikendalikan (persendirian/Kerajaan).
5.    Salinan Kad Pengenalan (I.C.) pemohon.
6.    Lesen pendaftaran perniagaan.
7.    Inbois belian dan katalog serta dokumen yang berkaitan.
8.    Surat wakil (jika berwakil).
9.    Setiap permohonan hendaklah dihadapkan dalam 2 salinan.
10.    Setiap permohonan Borang Kebenaran Masuk ( A.P. ) hendaklah dihadapkan terus kepada:

KAUNTER
UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN
IBU PEJABAT
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN
JALAN MENTERI BESAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM  BB3910


PERINGATAN:
1.    PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP / TERATUR DAN TIDAK MEMENUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG DITETAPKAN TIDAK AKAN DITERIMA.
2.    SETIAP PERMOHONAN BORANG KEBENARAN MASUK ( A.P. ) YANG DILULUSKAN HANYA SAH (VALID) UNTUK SELAMA 6 BULAN.



65: Syarat dan peraturan pengecualian cukai impot mesin industri?

Jawapan:
( i ) Syarat - syarat,
1.    Surat permohonan berserta dokumen penyokong.
2.    Surat sokongan dari Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA).
3.    Mesin-mesin yang dimohonkan adalah bagi kegunaan khusus untuk industri dan mestilah bersifat atau mempunyai ciri-ciri industri (industry in nature).
4.    Mesin yang dimohonkan tidak ada dalam pasaran tempatan.
5.    Mesin-mesin yang dimohonkan tidak ada dalam pasaran tempatan.
6.    Pemeriksaan terhadap tapak perusahaan dan juga mesin (jika menggantikan mesin lama) oleh Pegawai dari Jabatan Kastam.
7.    Mesin berkenaan TIDAK boleh dipindahalih / ditukarmilik / dijual / dimusnahkan kecuali mendapat kebenaran dari pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

( ii )  Peraturan,
DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONAN PENGECUALIAN CUKAI IMPORT MESIN INDUSTRI
1.    Surat permohonan.
2.    Borang Kaji Selidik (boleh diperolehi dari Bahagian A.P./Kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan).
3.    Inbois belian dan senarai barangan yang lengkap serta lain-lain dokumen yang berkaitan.
4.    Salinan lesen perniagaan dan dokumen yang berkaitan.
5.    Bagi perusahaan baru, rajah bangunan menunjukkan kedudukan tapak / tempat perusahaan.
6.    Surat sokongan daripada Agensi-Agensi berkaitan seperti BINA.
7.    Mesin yang dimohonkan (jika diluluskan) MESTI ditempatkan ditapak perusahaan yang ditetapkan (seperti dalam permohonan).
8.    Setiap permohonan hendaklah dihadapkan kepada :
KAUNTER
UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN
IBU PEJABAT
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN
JALAN MENTERI BESAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BB3910




66: SYARAT DAN PERATURAN PERMOHONAN PULANGAN BALIK CUKAI (REFUND)?

Jawapan:
( i ) Syarat,
1.    Permohonan bertulis (permohonan refund) terlebih dahulu dihadapkan ke Jabatan Kastam untuk pertimbangan.
2.    Permohonan Pulangan Balik Cukai (Refund) atau tuntutan hendaklah dihadapkan dalam masa 12 bulan dari tarikh cukai import dibuat.
3.    Permohonan Pulangan Balik Cukai (Refund) yang disokong akan dibayar penuh.
4.    Jumlah Pulangan Balik Cukai (Refund) yang disokong akan dikira dari kadar cukai import Kastam yang dikenakan semasa ianya diimport.
5.     Bagi barang import sementara, Surat permohonan Import Sementara terlebih dahulu diluluskan oleh Jabatan ini sebelum barangan berkenaan diimport (permohonan boleh dihadapkan ke Ibu Pejabat Kastam, Bahagian Perkhidmatan Kastam dan Teknik).
6.    Permohonan Pulangan Balik Cukai (Refund) bagi barang-barang yang hilang atau rosak (terjadi masih dalam kawalan Kastam) terlebih dahulu diperiksa dan disahkan oleh Pegawai Kanan Kastam ditempat barangan tersebut ditempatkan.

( ii ) Peraturan,
DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONAN PERMOHONAN PULANGAN BALIK CUKAI (REFUND)

1.    Surat permohonan.
2.    Resit Cukai Import Kastam.
3.    Borang Import Deklarasi Kastam yang bercukai dan tidak bercukai (jika ada) lengkap dengan inbois dan lain-lain dokumen yang digunapakai khusus sewaktu pengimportan.
4.    Borang Eksport Deklarasi Kastam (Re-Export Declaration) bagi barang-barang Import Sementara.
5.    Surat Kebenaran Jabatan Kastam (kebenaran bagi Import Sementara).
6.    Setiap permohonan Pulangan Balik Cukai (Refund) hendaklah dihadapkan dengan lengkap dan teratur oleh pemohon itu sendiri atau wakilnya (surat kuasa atau wakil hendaklah diberikan oleh pemohon).
7.    Setiap permohonan hendaklah dihadapkan dalam 3 salinan.
  • 1 set salinan asal (original copy)
  • 2 set salinan bergambar (copy)
8.    Surat sokongan dari Agensi-Agensi yang berkenaan.
  • DOKUMEN TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PENGEDAR AUTOMOBIL TEMPATAN TERHADAP PENJUALAN KENDERAAN KEPADA DIPLOMAT ASING.
9.    Surat kebenaran dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
10.    Borang D yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
11.    Setiap permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hendaklah dihadapkan terus kepada:

KAUNTER

UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN
IBU PEJABAT
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN
JALAN MENTERI BESAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM  BB3910

ATAU MELALUI

BHG. PERKHIDMATAN KASTAM & TEKNIK
IBU PEJABAT
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN
JALAN MENTERI BESAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM  BB3910


PERINGATAN:
  • PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP / TERATUR DAN TIDAK MEMENUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG DITETAPKAN TIDAK AKAN DITERIMA.



67: Syarat dan peraturan permohonan tarikan  balik cukai (Drawback)?

Jawapan:
( i ) Syarat,
1.    Permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) yang disokong akan dibayar sebanyak 9/10 dari jumlah cukai import.
2.    Permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) yang dituntut dalam setiap konsinmen barang-barang yang dieksport (any one consignment of re-exported goods) hendaklah tidak kurang dari B$100.00.
3.    Barang-barang yang hendak dieksport hendaklah terlebih dahulu diperiksa atau diidentifikasi kan dengan memuaskan hati Pegawai Kanan Kastam di Pelabohan Kastam atau tempat mengeksport barangan berkenaan.
4.    Barang-barang tersebut hendaklah di EKSPORT dalam masa 12 bulan dari tarikh bayaran cukai import.
5.    Permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hanya akan disokong selagi barang-barang yang dieksport tidak di TEGAH oleh Peraturan dibawah Undang-Undang Kastam.
6.     Surat pemberitahuan dengan menyatakan bahawa permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) akan dituntut hendaklah diberikan/hadapkan kepada Pegawai Kanan Kastam (Pegawai Kanan Kastam di Bahagian Perkhidmatan Kastam dan Teknik) pada atau sebelum barang-barang tersebut dikeluarkan (Export).
7.    Surat kebenaran Eksport dari Jabatan Kastam, Negara Brunei Darussalam terlebih dahulu diperolehi sebelum barang tersebut dieksport.
8.    Tuntutan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hendaklah dihadapkan dalam masa 3 bulan dari tarikh barangan tersebut dieksport.
9.    Barang-barang bagi permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hendaklah tidak pernah diGUNAKAN selepas ianya dimasukkan (after importation), kecuali seperti yang dibenarkan dibawah Section 87 Akta Kastam, seperti barang kegunaan persendirian, barang-barang contoh perdagangan yang diimport oleh “commercial travellers”.
10.    Jumlah Tarikan Balik Cukai (Drawback) yang disokong akan dikira dari kadar cukai import Kastam yang dikenakan semasa ianya diimport.

( ii ) Peraturan,
DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI BAGI PERMOHONAN PERMOHONAN TARIKAN BALIK CUKAI (DRAWBACK)

1.    Surat permohonan.
2.    Resit asal Cukai Import Kastam.
3.    Borang Import Deklarasi Kastam yang bercukai dan tidak bercukai (jika ada) lengkap dengan inbois dan lain-lain dokumen yang digunapakai khusus sewaktu pengimportan.
4.    Borang Eksport Deklarasi Kastam (Re-Export Declaration).
5.    Borang Deklarasi Import atau Sijil Pendaratan (landing certificate) yang disahkan oleh pihak Kastam di negara penerima.
6.    Borang C11 (Declaration for Drawback) boleh didapati di Ibu Pejabat Kastam, Bahagian Perkhidmatan Kastam dan Teknik.
7.    Surat Kebenaran Eksport dari Jabatan Kastam, Negara Brunei Darussalam.
8.    Setiap permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hendaklah dihadapkan dengan lengkap dan teratur oleh pemohon itu sendiri atau wakilnya (surat kuasa atau wakil hendaklah diberikan oleh pemohon).
9.    Setiap permohonan hendaklah dihadapkan dalam 3 (set) salinan.
i.    1 set salinan asal (original copy)
ii.     2 set salinan bergambar (copy)
10.    Setiap permohonan Tarikan Balik Cukai (Drawback) hendaklah dihadapkan terus kepada:

KAUNTER

UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN
IBU PEJABAT
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN
JALAN MENTERI BESAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM  BB3910

ATAU MELALUI

BHG. PERKHIDMATAN KASTAM & TEKNIK
IBU PEJABAT
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
KEMENTERIAN KEWANGAN
JALAN MENTERI BESAR
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM  BB3910


PERINGATAN:
•    PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP/TERATUR DAN TIDAK MEMENUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG DITETAPKAN TIDAK AKAN DITERIMA.
SYARAT-SYARAT  BAGI  KELUAR  SEMENTARA  KENDERAAN  PERSENDIRIAN  DAN  PERNIAGAAN

1.    Kenderaan hendaklah dipunyai oleh pemohon.  Bagi kenderaan bukan milik pemohon, hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada pemilik.

2.    Kebenaran keluar sementara boleh digunakan tidak melebihi 3 bulan dari tarikh dikeluarkan di mana-mana pos Kawalan Kastam.

3.    Kebenaran ini hendaklah ditunjukkan kepada Pegawai Kastam yang bertugas apabila hendak berlepas dari dan tiba ke Pos Kawalan Kastam.Setiap pemohon dan kenderaan yang digunakan bagi maksud kebenaran keluar sementara mestilah mematuhi Akta Lalulintas Jalan Raya, Negara Brunei Darussalam yang berkuatkuasa pada masa ini.

4.    Sebarang ubahsuai dan penukaran alat-ganti terhadap kenderaan semasa di luar negeri hendaklah dilaporkan kepada Peagawi Kastam yang bertugas semasa ketibaan.


brg_kenderaan
Borang Keluar Sementara bagi Kenderaan Persendirian dan Perniagaan



68: Syarat-syarat bagi masuk sementara kenderaan persendirian dan perniagaan?

Jawapan:

1.    Pelawat hanya berkelayakan untuk memohon kebenaran masuk sementara kenderaan persendirian.

2.    Kenderaan hendaklah dipunyai oleh pemohon.  Bagi kenderaan bukan milik pemohon, hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada pemilik.

3.    Kebenaran masuk sementara boleh digunakan tidak melebihi 1 bulan dari tarikh dikeluarkan di mana-mana pos Kawalan Kastam.  Kebenaran ini hendaklah ditunjukkan kepada Pegawai Kastam yang bertugas apabila tiba dan sebelum berlepas dari Pos Kawalan Kastam.

4.    Setiap pemohon dan kenderaan yang digunakan bagi maksud kebenaran masuk sementara mestilah mematuhi Akta Lalulintas Jalan Raya, Negara Brunei Darussalam yang berkuatkuasa pada masa ini.

5.    Sebarang kerosakan atau kemalangan berlaku terhadap kenderaan tersebut semasa di dalam negara ini, yang mengakibatkan kenderaan tersebut untuk dimusnahkan di dalam negeri ini, mestilah dilaporkan dengan segera kepada mana-mana Pejabat Kastam.


brg_kenderaan2

Borang Masuk Sementara bagi Kenderaan Persendirian dan Perniagaan



69: Syarat-syarat mengimpot minuman keras?

Jawapan:
1.    Pengimport adalah berumur lebih daripada 17 tahun dan bukan berugama Islam.

2.    Pengimport masuk ke Negara Brunei Darussalam secara sah.

3.    Minuman keras yang dibawa masuk adalah untuk kegunaan sendiri pengimport dan bukan untuk diberikan, dipindah milik atau dijual kepada orang lain.

4.    Minuman keras hendaklah disimpan dan diminum ditempat kediaman sendiri.

5.    Borang ini hendaklah ditunjukkan apabila diminta oleh mana-mana Pegawai Kastam.

6.    Jumlah keseluruhan minuman keras yang diisytiharkan dan minuman keras yang ada didalam simpanan pengimport tidak melebihi 2 botol minuman keras ( maksima 2 liter ) dan 12 tin bir @ 330ml.

AMARAN
Adalah menjadi kesalahan di bawah Bab 124 Akta Kastam bagi sesiapa yang :-
i.    membuat secara lisan atau bertulis, atau menandatangani mana-mana dokumen yang tidak benar atau tidak betul dalam mana-mana perkara; atau

ii.    memalsukan atau pemalsuan mana-mana dokumen; atau

iii.    dengan sengaja mengubah mana-mana dokumen atau memalsukan mohor (seal), tandatangan atau tandatangan ringkas mana-mana Pegawai Kastam.



70: Tekad Pemendulian orang ramai (TPOR) Jabatan Kastam & Eksais Diraja?

Jawapan:
Setiap Permohonan Lengkap Serta Memenuhi Syarat-Syarat Akan Disokong dan Diproses Hingga Diluluskan Mengikut Tempoh Masa Seperti Berikut :

Bil.

JENIS PERKHIDMATAN

TPOR

1.

PEMPROSESSAN  PERMOHONAN A.P. ( APPROVAL  PERMIT ) :

( A ) Kereta Baru - Persendirian / Syarikat


 

1 HARI

( B ) Kereta Terpakai - Perjenisan

2 HARI

( C ) Jentera Berat - Syarikat

7 HARI

( D ) Garam / Gula / Beras / Minuman Keras / Rokok

2 HARI

( E ) Daging Ayam / Kerbau / Lembu

2 HARI

( F ) Daging Babi

2 HARI

2.

PEMPROSESSAN TARIKAN BALIK CUKAI (DRAWBACK) DAN  PULANGAN  BALIK  CUKAI
( REFUND )

60 HARI

3.

PEMPROSESSAN DEKLARASI (DI LONG ROOM)

1 HARI

4.

PEMERIKSAAN / PENGELUARAN BARANGAN :

( A ) BAHAGIAN PUSAT PEMPROSES MEL (MPC)


 


 

( 1 ) Barang Biasa (Bungkusan Sederhana)

1 HARI

( 2 ) Barang Sekatan

3 HARI

( B ) BAHAGIAN KARGO LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA (LTA)


 

( 1 ) Barang (Kargo) Biasa

1 HARI

5.

PEMERIKSAAN KONTINA DIPELABUHAN MUARA:

( A ) PEMERIKSAAN SECARA 10%


 

1 HARI

( B ) PEMERIKSAAN SECARA 100%

2 HARI

6.

PENGELUARAN LOCAL PERMIT DICAWANGAN/POS KAWALAN KASTAM

1 HARI

7.

PEMERIKSAAN KENDERAAN DI POS KAWALAN KASTAM

( A ) PEMERIKSAAN KERETA SECARA BIASA


 

15 MINIT

8.

PERMOHONAN  KETETAPAN  KLASIFIKASI :

( A ) Perjenisan DAN Taksiran


 

9 HARI

( B ) Percukaian

6 HARI

( C ) ProsEdur

6 HARI

9.

PERMOHONAN  PENGECUALIAN  CUKAI :

( A ) Mesin-Mesin Industri


 

14 HARI

( B ) Kenderaan Terpakai

7 HARI

( C ) Jentera Berat Terpakai

7 HARI



  

1: How do I apply for supply of Office Furniture/Office Equipment/IT Equipment?

2: How do I apply for supply of Office Stationeries?

3: How do I purchase Rice and Sugar from Information Technology and State Stores Department?

4: How do I purchase Government Crest Crockery/Brunei Darussalam Flags from Information Technology and State Stores Department?

5: How do I apply for the write-off of Government Assets?

6: How do I apply for Application Permits (AP) for importing rice and sugar?

8: How do I apply to register to purchase rice and sugar from Information Technology and State Stores Department?

9: How do I apply to increase my quota to purchase rice and sugar from Information Technology and State Stores Department?





1: How do I apply for supply of Office Furniture/Office Equipment/IT Equipment?

Answer:
1.    Please fill in the Application Form as attached.
2.    Please ensure the items applied for has been stated clearly and completely.
3.    Any application considered incomplete will be returned to the applicant.
4.    For further information, please do not hesitate to contact us at:

CUSTOMER SERVICE COUNTER
INFORMATION TECHNOLOGY AND STATE STORES DEPARTMENT
MINISTRY OF FINANCE
COMMONWEALTH DRIVE
BRUNEI DARUSSALAM
PHONE: 2383666
FAX: 2383695



2: How do I apply for supply of Office Stationeries?

Answer:
1.    Please fill in the PA Form as attached.
2.    The Application Form must be submitted to the Department with a Covering Letter.
3.    Please ensure the items applied for has been stated clearly and completely.
4.    Any application considered incomplete will be returned to the applicant.
5.    For further information, please do not hesitate to contact us at:

CUSTOMER SERVICE COUNTER
INFORMATION TECHNOLOGY AND STATE STORES DEPARTMENT
MINISTRY OF FINANCE
JALAN GADONG BE1110
BRUNEI DARUSSALAM
PHONE: 2423151
FAX: 2446447



3: How do I purchase Rice and Sugar from Information Technology and State Stores Department?

Answer:
1.    Purchase of Rice and Sugar can be made from the Customer Service Counter located at Level 1, Information Technology and State Stores Department (Gadong Branch).
2.    Purchase of Rice and Sugar is only permitted to companies pre-registered with Information Technology and State Stores Department.
3.    Please fill in the Application Form for Purchase of Rice and Sugar (TMSN 24 Form) as attached.
4.    Please ensure the items applied for has been stated clearly and completely.
5.    Any application considered incomplete will be returned to the applicant.
6.    For further information, please do not hesitate to contact us at:

CUSTOMER SERVICE COUNTER
INFORMATION TECHNOLOGY AND STATE STORES DEPARTMENT
MINISTRY OF FINANCE
JALAN GADONG BE1110
BRUNEI DARUSSALAM
PHONE: 2423151
FAX: 2446447



4: How do I purchase Government Crest Crockery/Brunei Darussalam Flags from Information Technology and State Stores Department?

Answer:

1.    Purchase of Government Crest Crockery can be made from the Customer Service Counter located at Level 1, Information Technology and State Stores Department (Gadong Branch).
2.    Please fill in the RIV (Stores Requisition and Issue Voucher) as attached.
3.    Please ensure the items applied for has been stated clearly and completely.
4.    All applications must use the proper budget vote.
5.    Applications must be signed by the Permanent Secretary/Head of Department or for Secretary/Head of Department with the Government Cop.
6.    Any application considered incomplete will be returned to the applicant.
7.    For further information, please do not hesitate to contact us at:

CUSTOMER SERVICE COUNTER
INFORMATION TECHNOLOGY AND STATE STORES DEPARTMENT
MINISTRY OF FINANCE
JALAN GADONG BE1110
BRUNEI DARUSSALAM
PHONE: 2423151
FAX: 2446447



5: How do I apply for the write-off of Government Assets?

Answer:
1.    Please submit the application for the inspection process for the write-off of government assets to:

Chairman
Standard Board of Survey
Customer Service Counter
Information Technology And State Stores Department
Ministry Of Finance
Jalan Gadong BE1110
Brunei Darussalam

2.    Relevant Documents

For Non-Technical Items, please submit the following:-
a.    List of equipment
b.    Photos of equipment

For Technical Items, please submit the following:-
a.    List of equipment
b.    Photos of equipment
c.    Technical Inspection Report

TypeTIR applied to
Vehicles, Heavy-Duty Vehicles and MachinesDirector of Technical Services, Mechanical Section, Public Works Department, Sinarubai
Boat Engines 
Director of Marine, Marine Department
Typewriters, Photocopiers, Fax Machines,
Computers, Printers
Chairman, Standing Board of Survey
Air-Conditioners, Fans, RefridgeratorsDirector of Electrical Services, Department of Electrical Services.
Civil Aviation Equipment 
Director of Civil Aviation
Hospital Equipment
Permanent Secretary, Ministry of Health
Defense EquipmentPermanent Secretary, Ministry of Defense
Radio, Videos, Television Sets
Director, Radio Television Brunei
Weighing EquipmentsDirector General, Brunei Economy and Development Department


For further information, please do not hesitate to contact us at:

CUSTOMER SERVICE COUNTER
INFORMATION TECHNOLOGY AND STATE STORES DEPARTMENT
MINISTRY OF FINANCE
JALAN GADONG BE1110
BRUNEI DARUSSALAM
PHONE: 2423151
FAX: 2446447



6: How do I apply for Application Permits (AP) for importing rice and sugar?

Answer:

CONDITIONS FOR APPLYING
1.    Applicants must be pre-registered as purchasers of rice and sugar at the Information Technology and State Stores Department.
2.    The permit applied for must not be the same as the rice and sugar stock supplied by the Department.

INSTRUCTIONS
3.    Please fill in five (5) copies of the Control of Import & Export Application Form as attached.
4.    The Application Form must be submitted to the Department with a Covering Letter.

RELEVANT DOCUMENTS

a.    One (1) copy of business certificates : 1) Business Names Act (Bab 16): ii) Business Name Act Capt.92 (Section 17) and iii) Sijil Perakuan Penubuhan Syarikat (for first time applicants)
b.    Original payment receipt within 12 months.
c.    Two (2) copies of pro-form invoice type and cost.

7.    For further information, please do not hesitate to contact us at:

CUSTOMER SERVICE COUNTER
INFORMATION TECHNOLOGY AND STATE STORES DEPARTMENT
MINISTRY OF FINANCE
JALAN GADONG BE1110
BRUNEI DARUSSALAM
PHONE: 2423151
FAX: 2446447



7: How do I apply to register as a vendor to Information Technology and State Stores Department?

Answer:

INSTRUCTIONS
1.    Please fill in the Vendor Registration Form as attached.
2.    Applicants are required to fill in Sections 1.1 – 1.9, Sections 2 – 6 are related to section 1.9 i.e. type of business conducted and Section 2 is in relation to the applicant’s business track record.
3.    Applications considered incomplete will be returned to the applicant.
4.    The Application Form must be submitted to the Department with a Covering Letter.
5.    The Application must be accompanied with a copy of the Applicant’s Identity Card and Distributor Appointed Letter.
6.    For further information, please do not hesitate to contact us at:

CUSTOMER SERVICE COUNTER
INFORMATION TECHNOLOGY AND STATE STORES DEPARTMENT
MINISTRY OF FINANCE
COMMONWEALTH DRIVE
BRUNEI DARUSSALAM
PHONE: 2383666
FAX: 2383695



8: How do I apply to register to purchase rice and sugar from Information Technology and State Stores Department?

Answer:
1.    Please fill in the Application Form (TMSN 17) as attached.
2.    Applications considered incomplete will be returned to the applicant.
3.    The Application Form must be submitted to the Department with a Covering Letter.
4.    For further information, please do not hesitate to contact us at:

CUSTOMER SERVICE COUNTER
INFORMATION TECHNOLOGY AND STATE STORES DEPARTMENT
MINISTRY OF FINANCE
COMMONWEALTH DRIVE
BRUNEI DARUSSALAM
PHONE: 2383666
FAX: 2383695



9: How do I apply to increase my quota to purchase rice and sugar from Information Technology and State Stores Department?

Answer:
1.    Please fill in the Application Form (TMSN 25) as attached.
2.    Applications considered incomplete will be returned to the applicant.
3.    The Application Form must be submitted to the Department with a Covering Letter.
4.    For further information, please do not hesitate to contact us at:

CUSTOMER SERVICE COUNTER
INFORMATION TECHNOLOGY AND STATE STORES DEPARTMENT
MINISTRY OF FINANCE
COMMONWEALTH DRIVE
BRUNEI DARUSSALAM
PHONE: 2383666
FAX: 2383695
Title 
body