PEMELIHARAAN BERKONTREK DAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN BAGI TEMPOH 24 BULAN DI KOMPLEKS BANGUNAN JABATAN PERDANA MENTERI (BANGUNAN UTAMA DAN MASJID ASH-SHALIHEEN), JALAN PERDANA MENTERI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
| Open Date: |
21/09/2026 |
| Reference: |
JPM/ASSET/M5/26-27/9/5 |
| Title: |
PEMELIHARAAN BERKONTREK DAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN BAGI TEMPOH 24 BULAN DI KOMPLEKS BANGUNAN JABATAN PERDANA MENTERI (BANGUNAN UTAMA DAN MASJID ASH-SHALIHEEN), JALAN PERDANA MENTERI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM |
| Deadline: |
13/10/2026 |
| Fee: |
B$ 10.00 (Non-Refundable) **Payment via BIBD Online Only |
| Class/Categories: |
KATETORI: KPME 05 / KELAS: II, III, IV, V DAN VI |
| If interested, please contact/collect: |
- Tawaran adalah dipelawa bagi projek “PEMELIHARAAN BERKONTREK DAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN BAGI TEMPOH 24 BULAN DI KOMPLEKS BANGUNAN JABATAN PERDANA MENTERI (BANGUNAN UTAMA DAN MASJID ASH-SHALIHEEN), JALAN PERDANA MENTERI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM” dari syarikat syarikat yang berdaftar di Kementerian Pembangunan Kategori KPME 05 – Sistem Amaran dan Kawalan Kebakaran dan syarikat tersebut hendaklah diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam serta berpengalaman khusus dalam pemeliharaan dan pembaikan ke atas peralatan pencegahan kebakaran.
- Yuran tawaran adalah sebanyak $10.00 (tidak dikembalikan) dan dibayar melalui BIBD ONLINE dan emel kepada kewangan.jpm@jpm.gov.bn dan asset@jpm.gov.bn
- Dokumen-dokumen tawaran serta penerangan lanjut boleh diperolehi dari Unit Pengurusan Aset, Basement 2, Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Jalan Perdana Menteri BB3913, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam semasa waktu-waktu bekerja.
- Tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2:00 petang pada hari Selasa, 13 Oktober 2026 ke alamat yang tersebut di bawah dalam sampul surat yang tertutup rapat. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis tajuk tawaran seperti berikut: BILANGAN TAWARAN: JPM/ASSET/M5/26-27/9/5 – “PEMELIHARAAN BERKONTREK DAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PERLINDUNGAN KEBAKARAN BAGI TEMPOH 24 BULAN DI KOMPLEKS BANGUNAN JABATAN PERDANA MENTERI (BANGUNAN UTAMA DAN MASJID ASH-SHALIHEEN), JALAN PERDANA MENTERI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM” tanpa menunjukkan sebarang tanda syarikat dan dialamatkan kepada:
PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL BANGUNAN JABATAN PERDANA MENTERI JALAN PERDANA MENTERI BANDAR SERI BEGAWAN BB3913 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
- Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang dinyatakan diatas tidak akan dilayan.
- Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada hari Sabtu, 10 Oktober 2026 jam 3.00 petang.
- Sebelum dokumen tawaran dikeluarkan, setiap syarikat/pemborong adalah dikehendaki untuk membawa salinan Sijil Pendaftaran Kontraktor dan Pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah dalam kelas yang ditetapkan sahaja serta Lampiran Syarikat (Business Enactment Section 16 & 17) dan juga salinan yuran tawaran dengan kadar yang ditetapkan.
- Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.
(** The steps Bill Payment Guide can be found at JPM Website: https://www.pmo.gov.bn/Sitepages/tender-Quotation.aspx )
|
| Submission To : |
Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Peti Tawaran (‘Tender Box’) Main Lobby, Aras 1 Jabatan Perdana Menteri, Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan, BB3913, Negara Brunei Darussalam |