THE SUPPLY, DELIVERY, DESIGN, CUSTOMIZATION, DEVELOPMENT, INTEGRATION, TESTING, VERIFICATION, COMMISSIONING AND MAINTENANCE OF BKISHHB ONLINE TICKETING SYSTEM FOR BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH, BRUNEI DARUSSALAM – (49)QTN/BKISHHB/2023/PT.1

THE SUPPLY, DELIVERY, DESIGN, CUSTOMIZATION, DEVELOPMENT, INTEGRATION, TESTING, VERIFICATION, COMMISSIONING AND MAINTENANCE OF BKISHHB ONLINE TICKETING SYSTEM FOR BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH, BRUNEI DARUSSALAM – (49)QTN/BKISHHB/2023/PT.1

Open Date: 22/09/2025
Reference: (49)QTN/BKISHHB/2023/PT.1
Title:

​THE SUPPLY, DELIVERY, DESIGN, CUSTOMIZATION, DEVELOPMENT, INTEGRATION, TESTING, VERIFICATION, COMMISSIONING AND MAINTENANCE OF BKISHHB ONLINE TICKETING SYSTEM FOR BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH, BRUNEI DARUSSALAM

Closing date: 25/11/2025
Fee: BND$ 30.00 (Non-Refundable) and BND$5.00 for E-Document (Non-Refundable) **Payment by Debit Card or Credit Card (Mastercard or Visa ONLY)
Link to Pelita Brunei Ads: KLIK DISINI BAGI IKLAN TAWARAN DALAM JPM (24.09.2025)
​If interested, please contact/collect:

Note:
Payment FEE (Payment by Debit Card or Credit Card i.e. Mastercard or Visa ONLY) is to be made at BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH OFFICE with assistance of Finance & Store Unit OR via OCBS Portal before collection of tender document

IF INTERESTED IN THE TENDER:
Please Email the details below to tawaran@bkishhb.gov.bn:
1. Company Name:
2. ROCBN No.:
3. Quotation No.:
4.HP No.:

Our Finance will issue an Invoice via Email or Text Message via Handphone once your details is given
 
AFTER PAYMENT OF TENDER FEE IS DONE, YOU MAY COLLECT THE TENDER DOCUMENT AT:
  BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH OFFICE
  Jalan Pengiran Babu Raja,
  Simpang 26,
  Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
 
MONDAY TO THURSDAY & SATURDAY
 Morning: 8.45 am to 11.00 am
 Afternoon: 1.45 pm to 3.00 pm

For Any Enquiries
Telephone: +673 2220701/2/3 ext 151 (Office) / +673 8153266 (Mobile)
Email: tawaran@bkishhb.gov.bn

**ALL TENDER DOCUMENTS (Hard Copies) to be submitted to:
  ‘TENDER BOX’
  MAIN LOBBY, LEVEL 1
  PRIME MINISTER’S OFFICE
  ** Not Later the 2.00 PM on Closing Date. NO EMAIL submissions.

NOTIS TAWARAN:
1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat Teknologi Maklumat (IT) yang sah berdaftar dengan Kerajaan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan mematuhi Highly
Specialised Quadrant seperti yang dinyatakan di dalam LBD Policy Framework for ICT Industry. 
(Rujukan:
https://www.egnc.gov.bn/Shared%20Documents/LBD/LBD%20Policy%20Framework%20for%20ICT%20Industry.pdf


2.  Dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Sistem Bangunan, Bahagian Pengurusan Bangunan dan Keselamatan,
Tingkat 1, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan membuat pembayaran kepada “Kerajaan Brunei”.
Yuran Tawaran terlebih dahulu sebanyak Tiga Puluh Ringgit (BND30.00) tidak dikembalikan dan lima ringgit (BND5.00) 
tidak dikembalikan bagi pembelian e-Dokumen Tawaran  dengan menggunakan kaedah pembayaran melalui kad debit atau
kad kredit iaitu mastercard atau visa card sahaja di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan bantuan
Unit Kewangan & Stor ATAU melalui PORTAL OCBS sebelum pengambilan dokumen tawaran, semasa waktu pejabat
seperti yang dinyatakan di bawah:-         

           
     Pada: Hari Isnin ke Hari Khamis dan Hari Sabtu,  
     Jam:  8.30 pagi – 11.00 pagi dan 2.00 petang – 3.30 petang

    Nota: Prosedur pembayaran adalah mengikut invois yang diberikan.
         –    Rujukan bagi tatacara pembayaran melalui OCBS (https://ocbs.mofe.gov.bn/help/anonymous)

3.  Syarikat dan Perusahaan akan memperolehi e-Dokumen Tawaran setelah bayaran yang disahkan akan dihubungi bagi
pengambilan e-dokumen Tawaran. E-Dokumen tawaran boleh di dapati di Unit Sistem Bangunan, Bahagian Pengurusan
Bangunan dan Keselamatan, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 26, Jalan Pengiran Babu Raja,
BA2112, Negara Brunei Darussalam.

4.  Tawaran yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat tertutup (sealed) dan dihantar ke dalam Peti
Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Jabatan Perdana Menteri. Pada muka depan sampul surat hendaklah ditulis tajuk
tawaran seperti berikut:

      BILANGAN TAWARAN: (49) QTN/BKISHHB/2023/PT.1
      TAJUK TAWARAN: THE SUPPLY, DELIVERY, DESIGN, CUSTOMIZATION, DEVELOPMENT, INTEGRATION, TESTING,
                                       VERIFICATION, COMMISSIONING AND MAINTENANCE OF BKISHHB ONLINE TICKETING SYSTEM FOR 
                                       BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH, BRUNEI DARUSSALAM

       ** tanpa menunjukkan nama syarikat dan sampul surat itu hendaklah ditujukan kepada: 
           Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil,
           Aras 1, Jabatan Perdana Menteri
           Jalan Perdana Menteri
           Bandar Seri Begawan BE3913
           Negara Brunei Darussalam
           ** Tidak lewat dari jam 2.00 petang pada hari Selasa, 25hb November 2025

5.  Dokumen tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN.

6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak
semestinya terikat menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran difikirkan tidak munasabah.

7. Sesi penerangan tawaran (Information Day) akan diadakan pada Hari Selasa, 21 Oktober 2025 bertempat di Bilik
Persidangan, Aras Bawah, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri
Begawan BE3913 pada jam 9.00 pagi dan hanya dibukakan kepada Syarikat yang telah membeli tawaran sahaja.

8.  Syarikat yang berminat untuk menghadiri Sesi Penerangan (Information Day) berkenaan hendaklah menghadapkan tiga
(3) orang nama wakil kepada Pejabat ini dengan mengemel kepada tawaran@bkishhb.gov.bn.

9.  Bagi sebarang pertanyaan lanjut berhubung dengan Sesi Penerangan tersebut bolehlah menghubungi ke Unit Sistem
Bangunan, Bahagian Pengurusan Bangunan dan Keselamatan, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, melalui
talian 2220701 / 2220702 / 2220703 ext 157 / 151 atau emel tawaran@bkishhb.gov.bn.

Titah KDYMM Sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-13 Universiti Teknologi Brunei (UTB)

Titah KDYMM Sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-13 Universiti Teknologi Brunei (UTB)

TITAH
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah 
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, 
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Bersempena
Majlis Konvokesyen Kali Ke-13
Universiti Teknologi Brunei
 (UTB)​
 
​​​Pada Hari Rabu
10​hb. Rabiulawal 1447
03hb. September 2025
 
Bertempat
Pusat Persidangan Antarabangsa
Berakas, Negara Brunei Darussalam
 

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem​

Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.​​​

Beta bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dapat hadir ke Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Brunei (UTB) Kali Ke-13 pada hari ini.

Di kesempatan ini, Beta terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan di atas kejayaan mereka​ menamatkan pengajian masing-masing. Semoga jadi pemangkin kepada kecemerlangan di masa akan datang. Ucapan ​tahniah juga Beta tujukan kepada ibu bapa dan penjaga serta tenaga pengajar yang secara konsisten telah mendorong para graduan sehingga beroleh kejayaan. 

Pada Majlis Konvokesyen UTB Kali Ke-8 yang berlangsung pada 16hb., November, 2020, Beta telah melancarkan Majlis Penulisan Mushaf UTB dan menzahirkan titah bahawa Mushaf ini akan menjadi kepala dalam setiap perarakan Majlis Konvokesyen UTB. Ini menandakan bahawa UTB tidak ketinggalan dalam memertabatkan Mushaf sebagai “lambang ilmu yang tidak ada tolok bandingnya.” Alhamdulillah, pada hari ini, buat julung kalinya, Mushaf UTB tulisan tangan telah dijulang dan diarak sebagai mengetuai perarakan Majlis Konvokesyen pada pagi ini.​

Beta ucapkan syabas kepada kejayaan ini.

Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada UTB atas penampilan sulung dalam kedudukan Dunia Times Higher Education 2025 yang berprestij. Sementara itu, kedudukan terkini dalam QS World University Ranking 2026 menunjukkan bahawa UTB kini berada pada tangga ke-9 di kalangan Universiti Kejuruteraan dan Teknologi di ASEAN. Syabas atas pencapaian ini.

Beta gembira mengetahui bahawa prestasi Institusi Pengajian Tinggi di negara ini dalam kedudukan ranking dunia adalah selaras dengan aspirasi ke arah mencapai sasaran matlamat Wawasan Brunei 2035 berlandaskan kepada konsep Melayu Islam Beraja.

Beta berharap usaha institusi-institusi pengajian tinggi untuk memberi impak di persada global dapat diteruskan.

Beta ingin mengingatkan kepada UTB untuk bukan sahaja memfokuskan kepada pencapaian akademik sahaja bahkan meningkatkan kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi para tenaga pengajar dan penuntut UTB.

Menyentuh mengenai inovasi, pada hemat Beta, UTB telah mecapai kematangan dengan kurikulum pembelajaran dan penyelidikan dan telah berhasil memberi impak signifikan kepada budaya inovasi.

Dalam peringkat kebangsaan dan ASEAN, UTB telah berjaya memajukan pemikiran inovatif melalui penganjuran Pertandingan CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota selama dua (2) dekad. Pertandingan CIPTA berfungsi sebagai platform untuk mengetengahkan idea-idea bernas yang mampu memberikan impak signifikan dan menjadi sebahagian daripada gerakan inovasi global.

Inovasi yang Beta maksudkan di sini adalah penyelesaian teknologi global melalui kecerdasan buatan (A.I), teknologi iklim dan teknologi mendalam atau deep tech untuk memacu kemampanan dan membentuk semula hala tuju industri.

Beta berharap agar semua pihak akan dapat bersama-sama mendokong usaha ke arah memastikan budaya inovasi ini boleh menyumbang kepada perkembangan ekonomi yang mampan dalam menjana peluang pekerjaan kepada graduan-graduan tempatan.

Beta turut difahamkan bahawa UTB mempunyai kerjasama yang rapat bersama industri melalui penyelidikan dan inovasi dalam kampus seperti projek Solar Farm dan projek Electric Vehicles (EV) serta Stesen Pengecasan EV.Makmal-makmal yang sedia ada dalam kampus iaitu Huawei ICT Academy, CISCO Networking Academy, AI Machinery Lab dan Sand Retention Innovation Lab juga menyokong pembangunan UTB sebagai sebuah hab inovasi.

Kerjasama yang terjalin antara UTB dan industri adalah merupakan peluang untuk membangun inisiatif serta keupayaan penyelidikan dan inovasi. Beta menasihatkan supaya UTB, bersama institusi pengajian tinggi yang lain, terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan melalui platform inovasi negara yang sedia ada.

Beta juga ingin menyeru kepada graduan-graduan untuk menggunakan ilmu yang ada khususnya dengan kepesatan teknologi dan kecerdasan buatan (A.I) untuk meneroka industri-industri baru khususnya industri digital dan kreatif untuk mempelbagaikan lagi ekonomi dan membukakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan atau keusahawanan.

Sebelum mengakhiri titah ini, Beta menyeru semua pihak, lebih-lebih lagi kepada pihak pengurusan pendidikan supaya budaya dan amalan yang baik dikukuhkan. Budaya dan amalan yang baik itu adalah yang diajarkan oleh Islam iaitu berlaku ihsan kepada sesama sendiri dan bahkan kepada sesiapa sahaja di luar kalangan kita. Dengan adanya budaya dan amalan yang baik ini, apa-apa pun gejala yang kurang sihat tidak akan bertapak di negara ini umpamanya gejala penyalahgunaan dadah dan gejala buli dalam apa jua bentuk sekalipun.

Akhirnya, Beta merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga Universiti Teknologi Brunei, yang merangkumi Ahli-Ahli Majlis dan Senat, Naib Canselor, Pegawai-Pegawai Utama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka. Beta berdo’a semoga Allah Subhanahu Wata’ala akan memberkati segala usaha kita dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Waramatullahi Wabarakatuh.​

 

*   *   *

Congratulatory Messages on Occasion of Malaysia’s 68th Anniversary of Independence Day

Congratulatory Messages on Occasion of Malaysia’s 68th Anniversary of Independence Day

Congratulatory Messages on Occasion of Malaysia’s 68th Anniversary of Independence Day

His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam has consented to send congratulatory messages to His Majesty Sultan Ibrahim, Yang Di-Pertuan Agong of Malaysia and Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, the Prime Minister of Malaysia, as well as the Government and people of Malaysia on the occasion of its 68th Anniversary of Independence Day.

News courtesy of Radio Television Brunei
Photo courtesy of InfoFoto